UNIT
3
OBJEKTIF
IBADAH
DAN
PEMBANGUNAN
OBJEKTIF AM
1. Memahami konsep Ibadah dalam Islam serta perbezaan Ibadah Umum dan Khusus
2. Memahami perlakuan yang menjadi ibadah dan perlakuan yang menjadi adat sahaja
3. Memahami solat jemaah merupakan asas pengurusan dan kepimpinan.dalam Islam.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
1. menyatakan takrif Ibadah.
2. membezakan ibadah khusus dan ibadah umum
3. memberi contoh perlakuan adat yang menjadi ibadah
4. mengaitkan solat jemaah dengan pengurusan organisasi
5. menyatakan adab sebagai imam dan pemimpin
6. menyatakan kriteria pemilihan imam dan pemimpin
INPUT 3A
3.1 BEKERJA SEBAGAI IBADAH
3.1.0 PENGENALAN.
Fungsi utama manusia di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah s.w.t. yang tidak terhingga dan tidak ternilai. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi, manakala kehidupan di dunia terhad dalam jangka masa khusus yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada manusia bagi menyediakan bekalan secukupnya di akhirat. Bekalan itu ialah amalan soleh yang merangkumi konsep ibadah.
3.1.1 KONSEP IBADAH
Konsep ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat. Inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Setiap muslim boleh melaksanakan sifat kesempurnaan yang dituntut oleh agama semasa ia menjalankan segala kegiatan di bumi sebgai khalifah Allah seperti semasa mencari rezeki dan sebagainya dengan syarat sentiasa mengikhlaskan hatinya ke jalan Allah.
Pengertian Ibadah
Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ibadat berert patuh,
taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh Rasul ,samada ia berbentuk suruhan dan larangan.
Di antara ayat perintah beribadat:
Firman Allah s.w.t;
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسََ إِِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ
“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Surah az-Zaariyat:56)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
قَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ الإِحْسَانِ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
“Apakah dia ihsan? Jawab baginda: Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya maka jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”
Daripada ayat dan hadis di atas, kita dapat memahami bahawa:
· Allah s.w.t. menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan larangan-laranganNya.
· Tujuan sebenar Allah s.w.t. menciptakan manusia ialah untuk beribadat.
· Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah s.w.t. tanpa menyengutui Allah dengan sesuatu makhluk.
· Manusia dituntut beribadat kepada Allah s.w.t. sehingga akhir hayatnya kerana seseorang itu tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut.
· Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha sebagai mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
3.1.2 RUANGLINGKUP IBADAT UMUM DAN IBADAT KHUSUS
Ibadat di dalam Islam meliputi seluruh aktiviti-aktiviti kehidupan manusia sama ada perbuatan, perkataan, tingkahlaku, ataupun cara berfikir merupakan ibadat asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah, melaksanakan perintah Allah, berbudi pekerti yang mulia, berjihad di jalan Allah, menegakkan kebenaran, menentang kemungkaran adalah ibadat.
Di dalam Islam, ibadat terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Umum dan Ibadat Khusus.
i. Ibadat Umum:
Ialah perlakuan manusia yang mempunyai hubungan ketuhanan kepada Allah dan hubungan baik sesama manusia sama ada kegiatan itu berkaitan dengan diri sendiri urusan keluarga, masyarakat ataupun negara. Contohnya bersedekah, berbuat baik sesama manusia, mencari rezeki yang halal menuntut ilmu dan sebagainya.
ii. Ibadat Khusus:
Ialah semua bentuk ibadat yang ditentukan oleh Allah dan wajib dilaksanakan bagi menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia yang terkandung di dalam fardu ain secara ilmu dan amal. Ia terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Khusus Wajib dan Ibadat Khusus Sunat.
· Ibadat Khusus Wajib ialah ibadat yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang cukup syarat bagi melakukannya seperti syahadat, solat lima waktu, berpuasa dalam bulan Ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji.
· Ibadat Khusus Sunat ialah ibadat yang sangat digalakkan seperti solat sunat, puasa sunat dan lain-lain.
Ciri-Ciri Ibadat Dalam Islam
· Ibadat hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah swt. Al Quran menitik beratkan bahawa ibadat itu hendaklah dilakukan kerana Allah swt semata-mata.
· Perhubungan langsung antara hamba dan PenciptaNya. Dalam Islam perlindungan dapat dilakukan oleh seseorang hamba dengan Allah swt secara langsung. Ibadat dalam Islam tidak berhajat
adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.
· Melambangkan khusyuk yang penuh dan ketaatan yang mutlak kepada Allah swt. Ibadat dalam Islam melambangkan khusyuk dan ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah swt serta ketaatannya yang mutlak terhadapNya. Oleh itu di dalam bidang ibadat khusus, ia bersifat taufiqiyah, iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah swt, tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw. ;
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِى أُصَلِّى
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat."
(Riwayat al Bukhari)
3.1.3 SYARAT-SYARAT KERJA MENJADI IBADAT
Ibadat-ibadat Umum dan ibadat Khusus mempunyai syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu untuk diiktiraf sah dan diredhai Allah swt. Amalan-amalan lain hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
· Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
· Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya,menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah swt.
· Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Rasulullah swt sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim :
إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ ِشَئِّ
"Sesungguhnya Allah swt mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu."
· Ketika melakukan sesuatu amalan, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasannya, seperti tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak merampas hak orang.
· Tidak lalai dan tidak cuai menjalankan kewajipan ibadat-ibadat khusus seperti solat, puasa dan sebagainya ketika mengerjakan amalan-amalan dunia.
Apabila seseorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, dia dikira sentiasa beribadat kepada Allah swt meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau disurau-surau ketika membuat kerja-kerja tersebut.
Kesimpulan
Ibadat di dalam Islam ialah hakikat bahawa manusia adalah makhluk dan hamba kepada Penciptanya dan kepadaNya mereka akan dikembalikan. Penyembahan dan penyerahan diri kepada Allah swt, perhubungan yang suci dan perkhidmatan yang penuh khusyuk dan rendah hati yang dilakukan oleh manusia kepada Allah swt. merupakan ciri penting dalam amalan mengabdikan diri kepada Allah swt. Wujudnya kesepaduan dan kaitan yang erat antara iman dan akhlak adalah untuk melahirkan ibadat yang natijahnya diterima Allah swt.
AKTIVITI 3A
3.1 Nyatakan pengertian ibadat dari sudut:
i. Bahasa :
ii. Agama :
3.2 Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan maksud potongan ayat di bawah ini:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3.3 Ibadah dalam Islam mempunyai makna yang amat luas dan mengandungi
pelbagai rukun dan syaratnya yang tertentu.
Manakah antara perkara berikut merupakan penentu sesuatu ibadah memperolehi ganjaran atau tidak ?
A. Mengikut tertib.
B. Niat yang betul.
C. Menjaga adab-adabnya.
D. Melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
3.4 Dari segi istilah agama, ibadah membawa maksud:
i. Suatu tindakan mengikat diri kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul.
ii. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
iii. Patuh kepada undang-undang agama.
iv. Menyembah dan beramal kepada Allah.
A. i dan ii
B i, ii dan iii
C ii dan iv
D i,ii, iii dan iv
3.5. Berikut adalah ibadah-ibadah umum ynag dilakukan oleh seseorang muslim.
i. Membaca al Qur’an.
ii. Membayar zakat.
iii. Mencari rezeki.
iv. Solat.
A. i dan iii
B. ii dan iv
C. iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv
3.6.
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)
Berdasarkan ayat di atas ibadah yang dimaksudkan ialah :
A. Taat melakukan segala perintah Allah.
B. Melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas.
C. Patuh kepada segala yang disyariatkan Allah sama ada suruhan atau larangan.
D. Mengerjakan ibadah khusus dan umum yang disyariatkan Allah kepada hambaNya.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A
3.1 Dari segi bahasa ibadat bererti patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan
diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama:
Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
3.2 Apa saja ulasan yang bertepatan dengan ayat yang diberikan.
3.3 B
3.4 D
3.5 A
3.6 A
INPUT 3B
3.2 BANDING BEZA IBADAH DAN ADAT
3.2.0 PENGENALAN
Islam mengakui seluruh kehidupan manusia dan setiap aspek gerak laku kemanusiaan yang menuju kepada sasarannya adalah ibadah kepada Allah swt. Daripada itu, kehidupan manusia adalah terbatas dan berkisar pada persekitaran peribadatan; sebagai contoh bersifat adil kepada manusia, membangunkan muka bumi dan menuntut ilmu.
3.2.1 Perlakuan Yang Menjadi Ibadah dan Perlakuan Yang Menjadi Adat Sahaja
Setiap amalan yang diperintahkan Allah swt. kita melakukannya seperti ibadat solat, puasa dan lain-lain adalah dikatakan sebagai ibadah. Begitu juga sesuatu amalan yang kita kerjakan dengan niat yang baik turut dikatakan ibadah seperti:
· Riadah dengan tujuan untuk menjaga kesihatan supaya dapat melakukan ibadat dengan khusyuk.
· Masuk ke masjid dengan niat iktikaf
· Bekerja dengan niat untuk mencari nafkah diri, keluarga dan untuk bersedekah.
· Mandi pada pagi hari raya akan menjadi ibadah jika ada niat mandi sunat hari raya.
Manakala sesuatu amalan yang dikerjakan tanpa niat kepada Allah swt adalah dikatakan sebagai adat ataupun kebiasaan sahaja seperti:
· Riadah tanpa niat.
· Masuk ke masjid tanpa niat.
· Belajar semata-mata untuk mendapatkan sijil dan pekerjaan.
· Mandi pada pagi hari raya jika tiada niat mandi sunat hari raya dikira sebagai amalan bangun pagi mandi mencuci diri sahaja.
Di samping amalan yang menjadi adat atau kebiasaan, amalan turun temurun sesuatu masyarakat turut dikatakan sebagai adat ('urf) dan ia boleh dipatuhi selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak seperti adat seraya iaitu bergotong-royong ketika musim menuai padi dan pada majlis perkahwinan sesuatu tempat dan lain-lain lagi.
3.2.2 Faktor Yang Menjadikan Perlakuan Adat Sebagai Ibadat Dan Sebaliknya.
Rasulullah saw. bersabda;
لاَ يَقْبَلُ اللهَ مِنْْ عَمَلٍ إِلاَّ مَا كَانَ لَهُ خَالِصًا وَابْتَغِى بِهِ وَجْهَهُ
"Allah tidak menerima amalan melainkan ikhlas dan untuk mencari keredhaanNya"
(Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis di atas dapatlah difahami bahawa:
· Perlakuan adat yang dilakukan dengan niat kerana Allah swt. merupakan faktor utama untuk membezakan sesuatu amalan yang dilakukan akan menjadi ibadah ataupun adat sahaja.
· Amalan-amalan yang dilakukan dengan tujuan yang baik dikira sebagai ibadat.
AKTIVITI 3B
Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.
3.7. Antara fungsi niat terhadap ibadat yang dilakukan ialah…
Membezakan antara ibadat dengan adat.
Membuktikan telah melaksanakan perintah Allah.
Menentukan sama ada perbuatan yang dilakukan mendapat pahala atau lagha semata-mata.
Menentukan perbuatan yang dilakukan haram atau harus.
3.8 Senaraikan LIMA syarat yang membolehkan sesuatu amalan itu menjadi ibadah.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B
3.7 D.
3.8 Amalannya ialah :
· Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
· Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah. Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
· Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu.”
· Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
· Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan sebagainya
INPUT 3C
3.3 SOLAT JEMAAH ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ISLAM
3.3.0 PENGENALAN
Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang terdiri daripada imam dan makmum. Hukum menunaikan solat berjemaah adalah fardu kifayah. Menunaikan solat secara berjemaah akan mendapat ganjaran iaitu 27 kali ganda darjatnya daripada solat berseorangan sebagaimana sabda Rasulullah saw.;
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةًً
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda pahalanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di antara Hikmat Sembahyang Berjemaah
§ Memupuk ikatan persaudaraan di kalangan amggota masyarakat setempat.
§ Dapat berbincang untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
§ Melatih dan meningkatkan disiplin.
§ membentuk masyarakat yang menghormati orang tua.
§ Membentuk diri dan sentiasa peka dengan keadaan semasa yang berkaitan
dengan masyarakat Islam.
§ Anggota masyarakat dapat bergaul dengan baik tanpa mengira pangkat dan kekayaan.
§ Melahirkan syiar dan simbol perpaduan umat Islam.
§ Seseorang itu sangat disukai oleh Allah s.w.t.
3.3.1 Pengurusan Solat Jemaah Sebagai Model Asas Pengurusan Organisasi
Bil
Solat Jemaah
Sesebuah Organisasi
a.
Makmum tidak boleh mendahului imam dalam segala perbuatan ketika solat berjemaah
Ahli tidak boleh membelakangkan ketua di dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi
b.
Makmum dikehendaki mengingatkan imam yang terlupa membaca ayat / bacaan ketika solat iaitu “subhanallah”
Sifat ingat-mengingati antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi perlu untuk kebaikan bersama.
c.
Saf solat hendaklah lurus dan rapat.
Perpaduan dan kerjasama di kalangan ahli organisasi mestilah kukuh untuk memastikan kelancaran dalam setiap perkara.
d.
Imam hendaklah orang yang baik bacaannya.
Seorang ketua organisasi hendaklah orang yang arif dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
e.
Imam hendaklah mengutamakan toharahnya.
Ketua menjadi contoh agar menjaga personalti yang baik dan disegani.
f.
Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.
Mengeratkan silaturrahim di kalangan anggota sesebuah organisasi melalui sikap bekerjasama dan saling hormat-menghormati.
3.3.2 Peraturan Di Dalam Solat Berjemaah
Islam telah menetapkan beberapa peraturan di dalam menunaikan solat berjemaah iaitu:
A. Syarat Menjadi Imam
· Mestilah seorang yang beragama Islam.
· Imam mestilah lelaki - Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada makmum perempuan sahaja.
· Baligh - Kanak-kanak tidak boleh menjadi imam kecuali di kalangan mereka sahaja.
· Berakal.
· Imam tidak boleh mengikut imam yang lain.
· Mesti betul bacaan wajib dalam sembahyang.
B. Keutamaan menjadi Imam ialah:
· Orang yang lebih baik bacaannya dan yang dimaksudkan dengan baik bacaannya itu termasuklah yang banyak hafaz al Quran.
· Orang yang lebih faham dan lebih mengetahui hukum-hukum agama menurut al Quran dan hadis sebaliknya jika semua sifat tersebut sama maka hendaklah dijadikan imam orang yang lebih tua umurnya. Dalam masalah di suatu kawasan atau tempat maka orang yang mempunyai kawasan atau tempat itulah yang lebih berhak menjadi imam.
C. Adab-Adab Imam Sebelum Mendirikan Solat:
Adab-adab yang perlu dijaga sebelum mendirikan solat jemaah ialah:
· Hendaklah membaguskan toharah atau bersuci
· Hendaklah datang pada awal waktu solat sebab itu patutlah rumah imam berdekatan dengan msajid,
· Hendaklah imam mempunyai keikhlasan yang sempurna terhadap para makmum, janganlah imam terus sahaja bertakbir sebelum melihat ke kanan dan ke kiri untuk mempastikan kesempurnaan saf.
· Jika makmum seorang sahaja hendaklah imam menuruh makmum itu berdiri di sebelah kanannya.
D. Syarat-syarat Makmum
· Makmum berniat mengikut imam.
· Makmum hendaklah mengikuti perbuatan imam iaitu tidak boleh mendahului perbuatan imam.
· Makmum mengetahui pergerakan imam untuk diikuti sama ada melihat pergerakan imam, mendengar atau melihat pergerakan saf (barisan) makmum bahagian hadapan.
· Kedudukan makmum hendaklah belakang sedikit daripada imam.
· Makmum lelaki tidak boleh mengikut sembahyang imam wanita.
· Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya.
· Makmum wajib mengikuti imam di dalam perkara-perkara sunat seperti sujud tilawah. Jika imam sujud tilawah maka makmum wajib sujud mengikut menjadi imam begitu juga sebaliknya jika imam tidak sujud maka makmum juga tidak sujud. Berlainan pula dalam perkara sujud sahwi jika imam melakukannya makmum wajib mengikutinya tetapi jika imam tidak sujud sahwi makmum disunatkan sujud sahwi setelah imam memberi salam.
E. Jenis Makmum Dalam Solat Berjemaah
a. Makmum Muafik
Muafik ialah makmum yang sempat menghabiskan bacaan al- Fatihah sebelum imam rukuk. Hukumnya ialah mereka dihendaki segera menghabiskan bacaan fatihahnya dan dibenarkan ketinggalan dari imam hingga tiga rukun perbuatan iaitu rukuk, iktidal dan sujud pertama. Sekiranya masih belum selesai dari bacaan fatihahnya dan imam telah memasuki sujud kedua maka wajiblah ia segera mendapatkan imam di mana ianya sedang berada dan luputlah rakaat itu baginya. Jika dia masih meneruskan bacaannya lagi dengan tidak niat berpisah dari imam maka batallah sembahyangnya itu.
Hukum bagi orang muafik dimaafkan jikalau tertinggal jarak tiga rukun yang panjang dari imamnya tidak termasuk rukun-rukun yang pendek. Rukun-rukun yang panjang itu seperti rukuk dan sujud manakala rukun-rukun yang pendek pula ialah seperti iktidal dan duduk antara dua sujud. Tiga rukun yang panjang itu tidak termasuk duduk tasyahud awal dan iktidal. Contoh dan gambaran seperti berikut:
· Seseorang makmum yang muafik sedang solat jemaah sebelum imam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana dia tertinggal daripada imam belum masuk kepada rukun yang keempat.
· Seseorang makmum yang muafik dapat masuk solat berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir tetapi makmum berkenaan sudah rukuk. Hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
Kedua-dua contoh di atas menunjukkan bahawa makmum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum masuk lagi ke rukun yang keempat sebagaimana contoh di atas, di antara makmum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira membolehkan seseorang itu muafik ialah:
i. Rukuk
ii. Sujud yang pertama
iii. Sujud yang kedua.
b. Makmum Masbuk
Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan al- Fatihah sebelum imam rukuk. Jika Takbiratul Ihramnya ketika imam belum rukuk hendaklah dia membaca al- Fatihah sedapat mungkin kemudian ikut rukuk bersama imam atau dia sempat rukuk dengan sempurna bersama-sama imam maka dikira mendapat satu rakaat namun jika dia tidak sempat bersama imam dalam rukuk maka hendaklah dia menggenapkan bilangan rakaat yang masih belum cukup sebaik-baik sahaja imam memberi salam. Adapun al- Fatihahnya ditanggung oleh imam, ini adalah pendapat jumhur ulamak.
Hukum Masbuk:
Kedudukan makmum yang masbuk adalah seperti berikut:
· Bila makmum yang masbuk itu mendapati imam sedang berdiri dalam pembacaannya tetapi dia khuatir jikalau imam segera rukuk sebelum dia sempat membaca al- Fatihah, ketika itu eloklah dia membaca al fatihah sahaja tanpa membaca doa iftitah sekiranya imam rukuk sedangkan dia belum selesai membaca al fatihah maka dia hendaklah rukuk bersama
imam dan tidak perlu dia meneruskan bacaan al fatihah yang belum habis.
· Bila didiapati imam sedang rukuk atau hendak rukuk, maka hendaklah dia membaca takbiratul ihram sahaja kemudian terus rukuk bersama imam. Masbuk yang demikian mendapat rakaat itu kerana dia telah mendapat rukuk bersama imam.
· Bila didapati imam sedang duduk membaca tasyahud atau sedang sujud maka hendakhlah dia duduk berserta imam dengan tidak payah membaca takbir intiqal iaitu setelah dia membaca takbiratul ihram, ketika itu tidak wajib baginya membaca tasyahud itu tetapi duduk sahaja mengikut imam. Dia juga wajib mengikut imam pada apa jua perbuatan yang masih didapatinya, walaupun perbuatan itu tidak dikira.
F. Susunan Saf
· Jika makmum seorang lelaki tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak maka makmum itu hendaklah disebelah kanan imam dan terkebelakang sedikit.
· Seandainya datang seorang lelaki untuk menyertai sembahyang berjemaah itu maka dia hendaklah berdiri untuk sembahyang di belakang imam sedangkan makmum yang mula-mula tadi hendaklah berundur ke belakang lalu menjadi lurus dalam saf makmum yang datang kemudian tadi.
· Jika makmum bercampur lelaki dan perempuan maka kedudukan saf adalah seperti berikut iaitu imam, makmum lelaki dan makmum wanita lebih ke kiri sedikit.
· Jika imam seorang lelaki dan jemaahnya hanya seorang wanita maka makmum wanita itu hendaklah berdiri di saf barisan kedua belakang dengan memberat ke sebelah kiri saf pertama belakang imam hendaklah dikosongkan untuk memberi tempat jika ada makmum lelaki masuk berjemaah.
· Jika makmum itu lelaki, wanita dewasa dan kanak-kanak maka kedudukan saf seperti berikut iaitu imam, makmum kanak-kanak lelaki dan makmum wanita dewasa.
· Jika jemaah itu mengandungi semua peringkat maka susunan saf adalah seperti berikut: imam, makmum lelaki dewasa, makmum kanak-kanak lelaki, makmum wanita dewasa dan makmum kanak-kanak perempuan.
· Jika imam adalah perempuan dan makmumnya seorang perempuan maka kedudukan makmum ialah terkebelakang sedikit daripada imam di sebelah kanannya.
· Jika ramai makmum perempuan maka kedudukannya adalah seperti berikut: iaitu imam wanita, makmum wanita ( di sebelah kanan dan kiri imam).
G. Perbezaan di antara Lelaki dengan Perempuan
Bil
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Semasa takbiratul ihram kedua tangan hendaklah diangkat hingga nampak ketiak dan tinggi hingga kedua jari bertentangan dengan cuping telinga.
Mengangkat kedua tangan hingga hujung jari bersententangan dengan cuping telinga.
2.
Semasa rukuk dan sujud direnggangkan dua lengan (siku) dari dua lambungan.
Dirapatkan dua lengan siku dengan dua lambungnya.
3.
Bacaan dalam solat hendaklah dinyaringkan pada tempat-tempat nyaring.
Memperlahankan bacaan ketika ada lelaki yang ajnabi berhampiran dengannya.
4.
Apabila memperingatkan imam yang terlupa atau tersalah hendaklah diucapkan dengan lafaz tasbih (subhanallah)
Menepuk tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri.
5.
Aurat dalam solat ialah antara pusat hingga lutut.
Aurat dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangannya.
AKTIVITI 3C
3.9 Terangkan pengertian solat berjemaah.
3.10 Berapakah ganjaran yang diterima oleh orang yang melakukan solat secara berjemaah daripada solat berseorangan
A. 17 kali ganda.
B. 27 kali ganda
C. 10 kali ganda
D. 37 kali ganda
3.11 Pernyataan berikut adalah benar mengenai makmum kecuali:
A. Makmum perempuan boleh menjadi imam kepada anak lelakinya.
B. Makmum berniat mengikut imam.
C. Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya
D. Kedudukan makmum hendaklah belakang sedikit daripada imam.
3.12 Berikut adalah syarat-syarat seorang Imam di dalam solat berjemaah kecuali:
A. Mestilah seorang yang beragama Islam.
B. Imam tidak boleh mengikut imam yang lain.
C. Kanak-kanak tidak boleh menjadi imam kecuali di kalangan mereka sahaja.
D. Perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 3C
JAWAPAN
3.9 Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang terdiri daripada imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.
3.10 B
3.11 A
3.12 D
FAKTA KUNCI
IBADAH DAN PEMBANGUNAN
1. a. Konsep Ibadah
Konsep ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat.
b. Pengertian Ibadah
Bahasa: Patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.
Istilah: Tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh Rasul, samada ia berbentuk suruhan dan larangan.
2. Ibadat terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Umum dan Ibadat Khusus.
a. Ibadat Umum:
Ialah perlakuan manusia yang mempunyai hubungan ketuhanan kepada Allah dan hubungan baik sesama manusia sama ada kegiatan itu berkaitan dengan diri sendiri urusan keluarga, masyarakat ataupun negara. Contohnya bersedekah, berbuat baik sesama manusia, mencari rezeki yang halal menuntut ilmu dan sebagainya.
b. Ibadat Khusus:
Ialah semua bentuk ibadat yang ditentukan oleh Allah dan wajib dilaksanakan bagi menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia yang terkandung di dalam fardu ain secara ilmu dan amal. Ia terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Khusus Wajib dan Ibadat Khusus Sunat.
i. Ibadat Khusus Wajib ialah ibadat yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang cukup syarat bagi melakukannya seperti syahadat, solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji.
ii. Ibadat Khusus Sunat ialah ibadat yang sangat digalakkan seperti solat sunat, puasa sunat dan lain-lain.
PENILAIAN KENDIRI unit 3
1. Sesuatu amalan diakui sebagai ibadah jika memenuhi syarat-syaratnya. Di antara berikut ynag manakah bukan menjadi syarat suatu amalan menjadi ibadat?
A. Dinyatakan di dalam al Qur’an dan as-Sunnah.
B. Sentiasa melakukannya dengan niat yang baik.
C. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan teliti.
D. Tidak sampai mengabaikan kewajipan yang khusus.
2. Ibadah kepada Allah SWT dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ibadah Khusus dan Ibadah Umum.
Di antara berikut yang manakah tidak menjelaskan Ibadah Umum.
A. Dilaksanakan selaras dengan syariah.
B. Meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu kifayah.
C. Aktiviti yang dilaksanakan hendaklah jujur dan ikhlas serta diredhai oleh Allah SWT.
D. Apabila melakukannya akan mendapat pahala dan meninggalkannya akan mendapat dosa.
3. Senaraikan LIMA fungsi niat kepada seorang muslim.
4. Sebutkan tiga perbezaan di antara solat lelaki dengan perempuan.
PENILAIAN KENDIRI
1. A.
2. D.
3. Fungsi niat :
· Membezakan antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi pada pagi Hari Raya, akan jadi ibadah jika ada niat mandi sunat Hari Raya. Jika tiada niat akan jadi amalan bangun pagi mandi mencuci diri.
· Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadat lain. Contohnya, niat puasa untuk ibadah puasa dan niat solat untuk ibadah solat.
· Membezakan antara fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis. Contohnya, niat menentukan sama ada hendak solat fardhu atau sunat kerana cara perlaksanaannya adalah sama.
· Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri. Contohnya, jika seseorang itu menanggung kewajipan berpuasa sebab qadha, nazar dan kifarah, niatnyalah yang menentukan kewajipan mana yang hendak dilaksanakan.
· Niat juga boleh menentukan sama ada boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya ataupun lagha sahaja, seperti duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dan masuk masjid untuk berehat sahaja, maka yang niat iktikaf dapat pahala sedangkan yang tidak berniat tidak mendapat apa-apa pahala.
4. Tiga perbezaan di antara Lelaki dengan Perempuan
Bil
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Semasa Takbiratul Ihram kedua tangan hendaklah diangkat hingga nampak ketiak dan tinggi hingga kedua jari bertentangan dengan cuping telinga.
Mengangkat kedua tangan hingga hujung jari bersententangan dengan cuping telinga.
2.
Semasa rukuk dan sujud direnggangkan dua lengan (siku) dari dua lambungan.
Dirapatkan dua lengan siku dengan dua lambungnya.
3.
Bacaan dalam solat hendaklah dinyaringkan pada tempat-tempat nyaring.
Memperlahankan bacaan ketika ada lelaki yang ajnabi berhampiran dengannya.
Wednesday, January 21, 2009
UNIT 2 Akidah Islam
UNIT
2
OBJEKTIF
Aqidah
OBJEKTIF AM
Mengetahui dan memahami pengertian aqidah dan kepentingannya..
Mengetahui dan memahami fungsi dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Membezakan konsep pahala dan dosa.
Mengetahui dan memahami pengertian taubat dan rukunnya.
Mengetahui dan memahami aqidah ahli sunnah wal jamaah.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
1. Menerangkan pengertian aqidah.
2. Menjelaskan fungsi dan tanggungjawab manusia.
3. Menghuraikan konsep pahala dan dosa.
4. Menjelaskan rukun taubat.
5. Menghuraikan aqidah ahli sunnah wal jamaah.
INPUT
2A
2.1 AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA
2.1.0. PENGENALAN
Apabila kita bercakap mengenai aqidah sesungguhnya kita sedang bercakap dalam daerah kepercayaan, keyakinan dan keimanan. Hal itu jelas apabila kita merujukkan perkataan aqidah itu sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan keyakinan yang merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan aqidah itu pula merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan keimanan, maka itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta keyakinan. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa aqidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang mempunyai makna yang sama.
2.1.1 PENGERTIAN AQIDAH
Dari segi bahasa aqidah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab makna literalnya merujuk kepada ikatan kemas atau simpulan mati.
Dari segi istilah aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.
Ciri-Ciri Aqidah yang Benar
Aqidah atau keimanan yang tulin itu mestilah mengandungi ciri-ciri yang berikut:
· Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan ilmu yang mantap (wahyu Ilahi)
· Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh, bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak dan tidak mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan lain sebagaimana firman Allah s.w.t.
إِنَّمَا المُؤْمِنُوْنَ الَّذِينَ ءَامَنُوْا بِااللهِ وَرَسُوْلِهِ ثُمَّ لَمْ
يَرْتََابُوْا.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya kemudian mereka tidak meragu- ragukan”.
· Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang bantahan.
Ciri-Ciri Aqidah Yang Salah (Fasad)
§ Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syariah dari al Quran dan as Sunnah.
§ Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun penyelewengan aqidah yang sahih yang diselewengkan menurut akal fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniah dan lain-lain lagi.
2.1.2 KEPENTINGAN AQIDAH
Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang muslim, maka perlu dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan batang yang subur kepada sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya. Demikianlah tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukannya demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik
Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah:
· Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al Ikhlas : 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.”
· Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh kehidupannya adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t.
· Supaya dapat merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam tindakan dan amalan setiap mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.
وَمَا كََانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا اَنْ
يَكُوْنَ لَهُمُ الخِيَرَة مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقََدْ
ٰ
ضَلَّ ضَللاً مُبِيْنَا
“Tidak patut bagi laki-laki mukmin dan bagi perempuan, apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka dan barang siapa yang menderhakai Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata"
(Surah al-Ahzab: 36)
· Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan umat atau bangsa yang mulia.
· Akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
2.1.3 KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR
Antara kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:
· Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat dan perbuatanNya.
· Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan tempat tuju.
· Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau melebihkan sistem yang lain.
· Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quaran dan Sunnah sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.
· Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.
2.1.4 AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kemunculannya.
Ahli Sunnah ertinya penganut sunnah nabi dan wal Jamaah ertinya jemaah para sahabat nabi s.a.w; maka pengikut aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-oranag yang menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para sahabat baginda, iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya terkandung di dalam al- Quran dan as- Sunnah rasul sendiri.
Dalam sejarah Islam, usaha mengumpul Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada akhir abad ketiga hijrah yang diusahakan oleh dua orang ulamak yang besar dalam Usuluddin iaitu Sheikh Abu Hassan Ali as-Syaari dilahirkan di kota Basrah dan wafat pada tahun 324 hijrah; dan Sheikh Abu Mansor al-Maturidi, wafat pada 333 hijrah.
Pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
Di antara pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:
i. Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar baginya.
ii. Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t.
iii. Melihat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa pada hari akhirat orang mukmin dapat melihat Allah s.w.t. itu adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syarak kerana Allah itu yang Maha Wujud.
iv. Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim dan azali kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak berhuruf dan bersuara.
v. Dosa besar: berpendapat bahawa orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar yang belum gugur imannya maka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah amalan hati. Seluruh umat Islam bersepakat bahawa orang yang melakukan dosa besar wajib disembahyangkan jenazahnya.
Kepentingan berpegang dengan Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah
· Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah itu diambil dan digali daripada al Quran dan al Hadis Nabi s.a.w.
· Kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah itu merupakan iktikad yang telah dipegang oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat sebelum ini.
· Memastikan manusia menjadikan al Quran dan al Hadis nabi s.a.w. dirujuk bagi setiap perkara.
· Memahami iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah akan membolehkan seseorang membezakan antara iktikad yang benar atau sebaliknya.
AKTIVITI 2A
Arahan :
Jawab semua soalan.
2.1 Tuliskan B untuk pernyataan yang betul dan S untuk pernyataan yang salah.
a. Kepercayaan dan keyakinan itu berasaskan kefahaman minda
dan ilmu yang mantap. ( )
b. Aqidah yang benar adalah suaatu iktikad yang bercanggah
dengan nas-nas syariah. ( )
c. Aqidah itu mestilah berada di dalam keadaan yang cukup teguh
bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak. ( )
d. Aqidah yang betul adalah berpunca dari akal pemikiran
manusia semata-mata. ( )
2.2 Nyatakan tiga di antara kepentingan aqidah di dalam kehidupan muslim.
2.3 Sebutkan dua kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar.
2.4 Terangkan pendapat aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dari aspek:
· Perbuatan hamba
· Sifat Allah s.w.t
· Mengenai al Quran
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
JAWAPAN
2.1 a. ( B )
b. ( S )
c. ( B )
d. ( S )
2.2 Tiga kepentingan aqidah ialah:
· Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli
· Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh
· kehidupannya adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah
· Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan
· umat atau bangsa yang mulia.
2.3 Dua kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:

· Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar
· kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan tempat tuju.
2.4 Pendapat aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dari aspek:
· Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar baginya.
· Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t.
· Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim dan azali kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak berhuruf dan bersuara
INPUT2B
2.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA
2.2.0 PENGENALAN
Manusia ialah makhluk Allah swt. yang dijadikan seelok kejadian dan dilengkapkan dengan akal fikiran iaitu tugas membina dan memakmurkan bumi Allah swt. , menggunakan nikmat Allah swt. untuk menegakkan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kebaikan dan keamanan, mencegah daripada berlaku kerosakan, kekejian, kebinasaan terhadap Allah swt.
2.2.1 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari dan terus mengkaji dan mencari hakikat dirinya hasil daripada naluri ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam dirinya, namun manusia tetap tidak akan mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang dikemukakan Allah s.w.t. yang Maha Pencipta. Oleh itu logiknya ialah Allah s.w.t yang mencipta manusia sahaja dan Dialah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Mulk :14 yang bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan segala makhluk itu mengetahui segala-galanya sedang Dia amat halus urusan tadbirnya lagi amat mendalam pengetahuanNya, Maha Mengetahui segala ciptaanNya.”
Kejadian Manusia Yang Pertama
Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah nabi Adam a.s. Dia dijadikan daripada tanah liat yang kering dan banyak istilah yang digunakan di dalam al Quran terhadap kejadian Nabi Adam a.s. seperti at-turab (tanah), at-tin al-lazib ( tanah liat), sulalatin min tin (pati tanah), hamma in masnun (tanah yang panas, minal ardhi (tanah bumi) dan lain-lain lagi sebagaimana firman Allah s.w.t
ٰ
ٰ
وَإِذْقَالَ رَبُّكَ لِلْمَلئِكَةِ إِنِّى خَلِقُ بَشَرًا مِنْ صَلْصلٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُوْنَ.
“Dan ingatkanlah peristiwa ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” Setelah disempurnakan kejadiannya lalu Allah s.w.t meniupkan ruh dalam tubuh nabi Adam a.s.
(Surah al-Hijr : 28)
Proses Kejadian anak Adam
Kejadian anak Adam adalah melalui proses seperti berikut:
i. Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk nutfah.
ii. Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
iii. Kemudia alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
iv. Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
v. Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang membaluti)
vi. Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
vii. Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam tubuh manusia.
Proses kejadian manusia di atas telah dinyatakan oleh Allah s.w.t.
ٰ
ٰ
ٰ
ٰوَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسنَ مِنْ سُللَةٍ مِنْ طِيْنٍ. ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ فِى قَرَار ٍ مَكِيْنٍ.ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظمَا فَكَسَوْنَ الْعِظمَ لَحْمًا ثُمَّ اَنْشَانهُ خَلْقًا ءَاخَرْ فَتََبَارَكَ أَحْسَنُ الخلِقِيْنَ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh ( rahim), kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu seketul daging dan seketul daging itu Kami jadikan tulang-belulang lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk) lain, maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Maha Baik.”
(Surah al-Mukmin: 12 – 14)
Daripada ayat di atas jelaslah bahawasanya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal, kesempurnaaan rohani dan jasmani dan membekalkan ilmu pengetahuan supaya manusia dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan di muka bumi ini.
2.2.2 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T. DI MUKA BUMI
Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun:115)
Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepadaNya.
Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.
Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.
Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.
Manusia Sebagai Khalifah Allah.
Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)
Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Al-Ahzab: 72)
2.2.3 TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH S.W.T. MANUSIA SERTA TERHADAP ALAM
a. Tanggungjawab Manusia Terhadap Allah s.w.t :
· Mentauhidkan Allah s.w.t yang Maha Esa
· Tidak menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu
· Mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
· Melakukan ibadat dalam bentuk amar makruf dan nahi mungkar.
· Mengingati Allah sama ada dalam keadaan senang ataupun dalam kesusahan
b. Tanggungjawab Manusia Sesama Manusia
· Menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
· Saling-bantu-membantu sesama manusia
· Menjaga kesejahteraan masyarakat dan tidak menimbulkan perpecahan sesama manusia.
· Hormat-menghormati di antara satu sama lain.
· Berakhak mulia di antara satu sama lain.
c. Tanggungjawab Manusia Terhadap Alam
· Tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan alam seperti pencemaran sungai, udara dan seumpamanya.
· Menjaga kebersihan dan keindahan alam.
· Menyayangi makhluk-makhluk lain.
AKTIVITI 2B AKTIVITI 1B
Arahan: Jawab semua soalan.
2.1 Tanggungjawab manusia yang paling besar sebagi khalifah Allah di atas muka bumi ialah :
A. Memakmurkan bumi dengan sebaik mungkin.
B. Menunaikan amanat sebagai pemimpin yang adil.
C. Memastikan Islam ditegak dan dilaksanakan dengan sempurna.
D. Membangunkan kemudahan untuk semua manusia.
2.2 Sebagai khalifah Allah berdakwah menjadi tanggungjawab kepada setiap muslim. Dalam memahami konsep berdakwah ini termasuklah.
i. Mencegah kemungkaran.
ii. Menegakkan syiar Islam.
iii. Mengislahkan orang-orang muslim.
iv. Meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi.
A. i dan ii.
B. ii dan iv.
C. i, ii dan iv.
D. i,ii,iii dan iv.
2.3 Allah SWT menjadikan manusia bukanlah tanpa sebarang tujuan dan matlamat.
Berdasarkan ayat di bawah berikan penjelasan anda.

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B
JAWAPAN
2.1 C
2.2 D
2.3 Apa saja penjelasan yang berkaitan dengan ayat
INPUT 2C
2.3 KONSEP PAHALA DAN DOSA
2.3.0 PENGENALAN
Setiap mukmin yang beriman kepada Allah s.wt. hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan iman dan amal soleh dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Setiap perbuatan manusia sama ada baik atau jahat, kecil atau besar, semuanya akan diadili oleh Allah s.w.t. dan diberi ganjaran sama ada pahala ataupun dosa. Firman Allah s.w.t.
ٰ
ٰ
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْْقلَ ذَرَّةٍ خَيْرًا َيَرة. وَمَنْ يَعْمَل مِثْقلَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَة
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya akan diperlihatkannya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya akan diperlihatkannya.” (Surah al-Zalzalah:7-8)
2.3.1 PAHALA
Pahala ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah di akhirat kelak kepada mukmin yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. serta melakukan amalan-amalan soleh. Firman Allah s.w.t
ٰ
ٰ
ٰوَالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَعَمِلُوا الصلِحتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنّتٍ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا
الأَنْهرُ خلِدِيْن فِيْه أَبَدًا وَعْدَا اللهِ حَقًّا وَمَنْ اَصْدَقُ مِنَ اللهِ قِيْلاً
“Dan orang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan ke dalam syurga mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya sebagai janji Allah s.w.t yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya (selain) daripada Allah? (Surah an-Nisak:122)
Antara perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala ialah:
· Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.
· Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah menunaikan ibadat yang fardu.
· Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan dan berfaedah untuk diri, keluaraga, masyarakat dan negara.
· Menjalin hubungan baik sesama manusia sama ada terhadap ibu bapa, keluarga, jiran dan masyarakat.
· Melakukan amar makruf dan nahi mungkar, sebagaimana firman Allah s.w.t
ٰ
ٰيُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأخِرِ وَيَاءْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسرِعُوْنَ فِى الخَيْرَاتِ وَأوْلئِكَ مِنَ الْصّلِحِيْڹَ
“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat perkara kebaikan dan melarang daripada perkara mungkar dan mereka pula bersegera pada mengerjakan berbagai kebaikan dan mereka itu adalah daripada orang-orang yang soleh.” (Surah aali-Imran: 114)
2.3.2 DOSA
Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang tidak patuh (engkar) pada perintah Allah s.w.t. dan melanggar segala laranganNya. Allah s.w.t. menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai peringatan terhadap hambaNya di mana setiap perlakuan dosa itu akan dipertanggungjawabkan, seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang telah dijanjikan. Setiap manusia yang melakukan dosa itu tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah s.w.t Segala dosa yang dilakukan oleh manusia dikategorikan kepada dua iaitu:
Pertama: Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap TuhanNya. Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana meninggalkan hak-hak PenciptaNya yang meliputi segala suruhan dan laranganNya. Walaupun demikian, dosa-dosa ini agak mudah dan lebih senang untuk mendapat keampunan sekiranya memenuhi tuntutan yang telah disyariatkan dalam kesempurnaan bertaubat. Firman Allah s.w.t
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَصُوْحَا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh).” (Surah at-Tahrim: 8)
Semua dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diampunkan oleh Allah s.w.t selagi hayat dikandung badan kecuali dosa menyekutukanNya sebagaimana firman Allah s.w.t
إِنﱠ اللهَ لاَ يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukanNya dan Dia mengampunkan selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki.” (Surah an-Nisak : 48)
Kedua: Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk. Ianya berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menunaikan atau melanggar hak-hak orang lain. Dosa ini adalah lebih berat dan lebih sukar untuk mendapat keampunan. Mereka yang melakukan kesalahan terhadap sesama makhluk ini terpaksa bertemu sendiri dengan orang yang dilakukan penganiayaan itu serta menyatakan segala kesilapannya, seterusnya meminta kemaafan atau terpaksa menerima pembalasan darinya sebagai tebusan dari apa yang telah dilakukan. Firman Allah s.w.t
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْذِلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوْا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ
“Mereka itu ditimpakan kehinaan dari segenap penjuru di mana sahaja mereka berada kecuali dengan ada tali hubungan dari Allah s.w.t. dan hubungan dari manusia.... ( Surah Ali-Imran : 112)
Antara sifat-sifat buruk manusia yang yang mendorong kepada melakukan dosa-dosa, boleh dibahagikan kepada empat sifat besar iaitu:
· Pertama: Apabila terdapatnya sifat Rububiyyah (Ketuhanan) dalam jiwa. Sifat-sifat ini hanya layak pada zat Allah s.w.t.. Sifat-sifat ini adalah seperti sifat-sifat membangga diri (riyak), bermegah-megah, suka dipuji dan disanjung, memuji diri dan lain-lain lagi sifat-sifat Allah s.w.t. yang sememangnya tidak layak bagi hamba untuk menirunya. Sifat-sifat ini boleh mendorong kepada melakukan dosa-dosa yang lain.
· Kedua: Apabila terdapatnya sifat syaitaniyyah (kesyaitanan) dalam jiwa. Sifat ini boleh menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad dengki, suka menganiaya, menipu, mendorong kepada melakukan kerosakan dan kebinasaan, menyeru kepada melakukan perbuatan keji dan mungkar, bersifat munafik dan mengajak kepada membuat perkara bid’ah dan kesesatan.
· Ketiga: Apabila terdapatnya sifat bahimah (kebinatangan) dalam jiwa. Sifat ini lebih cenderung kepada sifat-sifat binatang, iaitu sifat yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal. Ini termasuklah seperti sifat-sifat mencuri, suka mementingkan diri sendiri, tamak haloba, melepas nafsu syahwat sesuka hati sehingga berlakunya perbuatan zina dan liwat, memakan harta anak yatim dan sebagainya.
· Keempat: apabila terdapatnya sifat sabi’iyyah (kebuasan) dalam jiwa. Sifat ini biasanya boleh menimbulkan sifat marah,iri hati, pukul memukul tanpa sebab yang munasabah, memaki hamun sesuka hati, membunuh dengan sengaja dan sifat-sifat lain yang berunsurkan keganasan dan kekejaman.
Kesemua sifat ini boleh menimbulkan berbagai-bagai lagi dosa kerana ia adalah sebagai induk kepada segala dosa. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dihindarkan daripada terdapatnya sifat-sifat ini dai dalam jiwa kita.
Pembahagian Dosa
Para ulamak telah bersepakat membahagikan dosa-dosa itu kepada dua bahagian iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Firman Allah s.w.t
إِنْ تَجْتَنِبُوْا مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ مِنْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلُكُمْ مُدْخَلاً كَرِيمًا
“Jika kamu sekelian menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang melakukannya, maka Kami hapuskan dosa-dosa kamu yang kecil-kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia.” (Surah an-Nisak: 31)
(a) Dosa Besar
Dosa besar adalah segala perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. mealkukannya sepertimana yang terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah. Segala perbuatan yang dilakukan ini akan membawa kepada balasan terhadap pelakunya semasa di dunia dan dijanjikan dengan neraka oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Begitu juga sesuatu perkara yang sekiranya dilakukan akan membawa kemurkaan Allah s.w.t. Sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak membezakan antara dosa-dosa besar dengan dosa-dosa kecil adalah dengan melihat kesan kerosakan yang ditimbulkan disebabkan dosa-dosa tersebut. Sekiranya kesan kerosakannya itu besar maka besarlah dosa itu, sebaliknya jika kesan kerosakannya maka kecillah dosa itu.
Para ulamak salaf berpendapat bahawa yang dikatakan dengan dosa-dosa itu adalah segala maksiat yang dilakukan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dengan balasan api neraka. Para sahabat dan tabiin telah berselisih pendapat tentang bilangan dosa-dosa besar itu. Abu Talib al Makki berkata: Bilangan dosa-dosa besar itu kesemuanya berjumlah 17 berdasarkan beberapa buah hadis iaitu:
Empat perkara yang berkaitan dengan hati:
1) Syirik kepada Allah s.w.t
2) Melakukan maksiat secara rela hati
3) Berputus harap dari rahmat Allah s.w.t
4) Merasai terlindung dari balasan dan ancaman Allah s.w.t
Empat perkara yang berkaitan dengan lidah:
5) Bersaksi bohong
6) Menuduh zina
7) Sihir
8) Bersumpah palsu iaitu bersumpah dengan menyalahkan yang hak dan membenarkan yang batil.
Tiga perkara yang berkaitan dengan perut:
9) Minum arak
10) Memakan harta anak yatim
11) Memakan riba
Dua perkara yang berkaitan dengan alat kelamin:
12) Zina
13) Liwat
Dua perkara yang berkaitan dengan tangan:
14) Membunuh
15) Mencuri
Satu perkara yang berkaitan dengan kedua kaki:
16) Melarikan diri dari medan perang.
Terakhir sekali yang berkaitan dengan:
17) Menderhaka terhadp kedua ibu bapa.
(b) Dosa Kecil
Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia. Contohnya melihat aurat bukan muhrim, ingkar arahan guru, tidak bermoral dan seumpamanya lagi.
Allah s.w.t. berfirman
ٰ
اَلَّذِيْنَ يَجْتَنِبُوْا كَبئِرَ الإِثْمَ وَالْفَوَاحِشَ إِلاَّ اللَّمَمَ إِنَّ رَبَكَ
وٰسِعُ
الْمَغْفِرَةٌٰ
ٰ "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan yang keji kecuali dosa-dosa kecil sesungguhnya Tuhan engkau Maha luas keampunanNya.”
(Surah an-Najm: 32)
Ayat yang tersebut menjelaskan perkataan ‘al-Lam am’ yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. sebagai dosa-dosa kecil yang tidak dapat dihindari dari melakukannya oleh setiap manusia biasa kecuali orang yang dipelihara oleh
Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya dosa-dosa kecil. Dosa kecil ini rendah sedikit tarafnya kalau hendak dibandingkan dengan dosa-dosa
besar. Dosa-dosa kecil ini adakalanya terhapus apabila melakukan kebajikan dan amal kebaikan, sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Solat lima waktu, solat Jumaat hingga ke solat jumaat yang berikutnya dan Ramadan hingga Ramadan berikutnya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil selama tidak melakukan dosa-dosa besar.”
Namun demikian jangan sekali-kali kita menganggap bahawa dosa-dosa kecil ini satu perkara yang remeh dan tidak membawa kepada kemudharatan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Awaslah kamu terhadap dosa-dosa yang remeh, kerana dosa-dosa itu akan terkumpul dan akan membinasakannya.”
Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa dosa-dosa kecil yang sentiasa dilakukan akan terkumpul dan akan menjadi perkara yang besar serta memudaratkan. Apabila sesuatu perkara buruk yang dilakukan akan membawa kemudaratan, maka sudah semestinya ia wajib dijauhkan dan dihindarkan.
2.3.3 KESAN PSIKOLOGI TERHADAP KEYAKINAN DAN KEFAHAMAN TENTANG DOSA DAN PAHALA
§ Beriman kepada Allah dan Rasul serta rukun-rukun imanyang lain dengan sepenuh hati.
§ Mendorong seseorang melakukan amal soleh yang diredhai Allah s.w.t
§ Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak.
§ Ikhlas melakukan amal ibadat dan kebajikan.
§ Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan selawat dan mencontohi akhlak baginda.
§ Berusaha menghindarkan diri daripada perbuatan yang dimurkai Allah s.w.t.
§ Sentiasa bertaubat dan beristighfar daripada dosa dan berusaha tidak mengulanginya.
§ Sentiasa berkorban harta, tenaga, fikiran dan nyawa utuk menegakkan agama Allah s.w.t.
KESIMPULAN
Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hati akan sentiasa menginsafi bahawa Allah s.w.t bersifat Maha Adil yang akan memberi pembalasan di atas perbuatan hambaNya. Balasan neraka yang dijanjikan Allah s.w.t akan mengingatkan manusia tentang siksa yang mengerikan di atas perbuatan dosa yang dilakukan, sebaliknya segala pengorbanan dan amalan baik yang dilakukan di dunia akan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak.
AKTIVITI 2C
2.4 Isi tempat kosong dengan pernyataan yang betul.
Maksud Dosa
Dosa Kecil
Dosa Besar
2.5 Dua contoh perbuatan derhaka kepada ibu bapa
a. _______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
2.6 Nyatakan empat kesan psikologi terhadap keyakinan dan kefahaman tentang dosa
dan pahala.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2C
2.4 Dosa Besar ialah segala perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. melakukannya sepertimana yang terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah. Segala perbuatan yang dilakukan ini akan membawa kepada balasan terhadap pelakunya semasa di dunia dan dijanjikan dengan neraka oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia.
2.5 Perbuatan yang menderhaka kepada ibu bapa ialah:
a. meninggikan suara ketika bercakap dengan mereka
b. menyakitkan hati ibu bapa
2.6 Empat kesan psikologi terhadap keyakinan dan kefahaman dosa dan pahala ialah:

§ Ikhlas melakukan amal ibadat dan kebajikan
INPUT 2D
2.4 TAUBAT
2.4.0 PENGENALAN
Status manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan dengan tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada Allah s.w.t Tetapi juga hakikat manusia berlainan dengan iblis yang statusnya derhaka selama-lamanya. Manusia berada di antara keduanya yang adakalanya akan terjerumus ke tahap kemuliaan dan kesucian tetapi juga ada ketikanya akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kederhakaan bila tergoda dengan bisikan syaitan.
Manusia dianugerahi sejumlah keistimewaan tertentu dibandingkan dengan makhluk-makhluk lainnya, namun juga kelemahan-kelemahan. Salah satu daripada kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-kadang akan tergoda mengikutinya.
Jika Nabi Adam a.s. pernah melakukan kealpaan dan kekhilafan, maka anak cucunya tidak lepas dari keadaan tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
كُلُّ ابْنِى آدَم خَطَّاءُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التََوَّابُوْنَ
“ Tiap-tiap Bani Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang banyak berbuat kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat.”
Tiga Faktor Utama Manusia Selalu Melakukan Kesalahan Atau Dosa:
Pertama; watak yang lemah (dhaif) untuk melawan godaan syaitan kecuali mereka yang ikhlas dalam agama.
Kedua; Kecenderungan (naluri) manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang-kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal.
Ketiga; Manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran norma-norma Ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani adam.
Segolongan manusia mampu bertahan dengan kekuatan iman yang membentengi peribadinya dan segolongan pula terjerumus mengerjakan larangan Allah s.w.t.
ٰdia mengakui kesalahannya.Firman Allah s.w.t.
ٰ
قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَ مِنَ الْخسِرِيْنَ
“Kedua-duanya (Adam dan Hawa) berkata: Hai tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiayai diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan tidak Engkau rahmati kami, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi.” (Surah al-A’raf: 23)
Demikian juga Nabi Yunus ketika meninggalkan kaumnya dengan amarah, suatu kesalahan kerana meninggalkan tugas yang diamanahkan Allah s.w.t. kepadanya. Ketika ikan menelan dirinya, sedarlah Nabi Yunus akan kesalahannya sebagaimana firman Allah s.w.t “Dan ingatlah sahabat ikan itu (Yunus), tatkala ia pergi dengan marah kerana ia sangka bahawa Kami tiada berkuasa ke atasnya, maka ia berseru dalam kegelapan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya.” (Surah al-Anbiyak: 87)
Oleh kerana itulah sebagai hamba Allah yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan kita hendaklah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
2.4.1 PENGERTIAN TAUBAT
Taubat dari segi bahasa ertinya kembali. Yang dimaksudkan dalam istilah syariat ialah kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa. Takrif taubat yang lengkap dirumuskan seperti berikut: Berhenti daripada melakukan kesalahan atau dosa, menyesal di atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hukumnya adalah wajib ke atas mereka yang telah melakukan dosa, sebagaimana firman Allah s.w.t;
وَتُوْبُوْا اِلَى اللهِ جَمِيْعًا أَيُّهَا الْمُؤْ مِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
(Surah an Nur : 31)
Dalam kitab Riyadhus-salihin, An-Nawawi mengutarakan bahawa taubat itu wajib dari setiap dosa. Jika maksiat itu hanya antara dia dengan Allah tidak berhubungan dengan hak manusia, maka ada tiga syarat taubat.
Pertama: Menghentikan maksiat.
Kedua : Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan.
Ketiga : Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, misalnya
mengembalikan barang yang harus dikembalikannya atau
meminta maaf.
2.4.2 MENGAPA MESTI BERTAUBAT
Kita wajib beriman sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. Berkuasa kepada semua makhluknya di bumi atau langit. Dia mengetahui segala yang berlaku kepada makhluknya sama ada yang lahir atau yang tersembunyi dan Dia juga berkuasa untuk memberikan keampunan kepada seseorang yang dikehendakiNya. Oleh itu kita hendaklah percaya kepada rukun iman dan melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan hendaklah sentiasa berdoa memohon keampunan dan pertolongan Allah s.w.t kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Terdapat beberapa faktor mengapa manusia mesti bertaubat, di antaranya ialah:
§ Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah s.w.t
§ Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
§ Mendapat keampunan dan petunjuk Allah s.w.t sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
§ Meningkatkan keimanan kerana menyedari dirinya tidak sempurna.
§ Mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
§ Mengembalikan kembali silaturrahim.
§ Dikasihi dan dipelihara oleh Allah s.w.t sebagaimana firman Allah s.w.t
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَوَابِيْنَ وَيُحِبُ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.”
(surah al-Baqarah: 222)
2.4.3 SYARAT DAN RUKUN BERTAUBAT
i. Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah terlanjur dilakukannya.
ii. Berhenti melakukan maksiat dengan serta-merta.
iii. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
iv. Jika kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain segeralah mengakuinya dengan terus terang dan meminta maaf daripadanya.
Sekiranya kesemua rukun taubat disempurnakan, maka seseorang itu telah bertaubat dengan sebenarnya atau dinamakan dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah s.w.t.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا تُوْبُوْا اِلَى اللهِ تَوْبَةً نَصُوْحًا
“ Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.
(Surah at-Tahrim : 8)
Imam Ghazali membahagikan taubat kepada tiga jenis:
i. Pertama: Taubat orang awam iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa-dosa lahir dan nyata misalnya berzina, mencuri, membunuh orang dan lain-lain.
ii. Kedua : Taubat yang khusus yakni taubat yang dilakukan kerana dosa-dosa batin misalnya dengki, takbur, ujub dan lain-lain.
iii. Ketiga : Taubat yang lebih khusus iaitu taubat dari kealpaan dan kelalaian mengingati Tuhan. Rangka taubat yang demikian itulah yang dimaksudkan oelh rasulullah s.a.w dalam hadis bahawa belaiu sendiri bertaubat kepada tuhan seratus kali sehari.
2.4.4 CONTOH DAN KISAH TAUBAT
Dalam riwayat al Bukhari dan Muslim nabi s.a.w. menceritakan di zaman dahulukala ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang kemudian dia ingin bertaubat. Ketika dia bertanya kepada seorang alim apakah taubatnya masih dapat diterima Allah, pendita itu menjawab taubatnya itu tidak dapat diterima lagi, maka orang alim itulah dibunuhnya pula sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya.
Dia cuba menghubungi orang alim lainnya. Orang alim itu memberikan jalan kemungkinan diterima taubatnya dan dianjurkan pergi ke negeri yang penduduknya banyak orang yang taat kepada Allah s.w.t. dan jangan lagi kembali ke negerinya semula kerana negeri itu banyak penjahatnya. Berangkatlah pembunuh itu, dan ternyata dalam perjalanan dia menemui ajalnya.
Ketika datang malaikat rahmat untuk membawa ruhnya ketika itu datang pula malaikat azab , bertengkarlah kedua malaikat itu. Berkata malaikat rahmat dia telah menempuh perjalanan kerana dia telah bertaubat kepada Allah dan mencari keampunanNya. Berkata malaikat azab, dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali maka datanglah malaikat yang akan menghakimi keduanya lalu mengukur jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang ditujunya, ternyata negeri yang ditujunya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya, maka ruhnya dibawa oleh malaikat rahmat.
Riwayat ini menggambarkan bahawa betapa pun beratnya dosa jika pelakunya sungguh-sungguh bertaubat dengan berhijrah dari larangan Allah kepada perintah Allah, maka InsyaAllah taubatnya akan dikabulkan.
AKTIVITI 2D
Pilih jawapan yang betul.
2.7 Apakah hukum bertaubat bagi umat Islam yang melakukan dosa?
A. Harus
B. Makruh
C. Wajib
D. Haram
2.8 Berikut adalah pernyataan yang benar tentang bertaubat kecuali:
A. Walaupun kita tidak melakukan dosa kita tidak perlu beristighfar memohon keampunan Allah swt.
B. Bertaubat akan menjadikan jiwa seseorang erasa tenang dan tenteram.
C. Menurut Imam Ghazali taubat yang lebih khusus iaitu taubat dari kealpaan dan kelalaian mengingati Tuhan.
D. Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali.
2.9 Nyatkan tiga hikmah taubat.
a. .......................................................................................................................
b. .......................................................................................................................
c. .......................................................................................................................
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2D
JAWAPAN
2.7 C
2.8 A
2.9 i. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah s.w.t
ii. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
iii. Mendapat keampunan dan petunjuk Allah s.w.t sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
FAKTA KUNCI
1. Pengertian Aqidah:
Pengertian aqidah dari segi bahasa ialah perkataan yang berasal dari bahasa arab makna literalnya merujuk kepada ikatan kemas atau simpulan mati.
Dari segi istilah, aqidah Islam ialah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.
2. Kepentingan Aqidah ialah:
· Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli.
· Melahirkan kesedaran bahawa seluruh kehidupan adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t.

3. Kesan Pelanggaran Aqidah Yang Benar:

· Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quran dan Sunnah sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah dan munculnya ajaran sesat di dalam masyarakat.

4. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli Sunnah Wal Jamaah ertinya penganut sunnah nabi; Wal Jamaah ertinya jemaah para sahabat nabi s.a.w; maka aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-orang yang menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para sahabat baginda di mana iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya terkandung di dalam al Quran dan as Sunnah rasul sendiri.
5. Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam:
Berdasarkan surah al-Mukmin : 12 – 14, proses kejadian manusia adalah seperti berikut:

iii. Kemudian alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).

v. Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang membaluti).

6. Pahala:
Ganjaran baik yang diberikan oleh Allah di akhirat kelak kepada mukmin yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. serta melakukan amalan-amalan soleh.
7. Dosa
Balasan buruk yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang tidak patuh (engkar) pada perintah Allah s.w.t.
i. Dosa Besar
kesalahan yang diberi amaran oleh Allah swt. dengan azab yang keras di akhirat.
ii. Dosa Kecil
ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat kelak dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia. Dosa-dosa kecil jika dilakukan berterusan akan menjadi dosa besar.
8. Pengertian Taubat:
Bahasa ertinya kembali.
Istilah syarak: Kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa yakni berhenti daripada melakukan kesalahan atau dosa, menyesal di atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
PENILAIAN KENDIRI unit 2
1. Terangkan proses kejadian manusia mengikut perspektif Islam.
2. Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang individu terhadap masyarakat berdasarkan tanggungjawab sebagai khalifah yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran: 104)
3. Terangkan 3 perkara yang boleh mendatangkan pahala.
4. Jelaskan syarat dan rukun taubat.
PENILAIAN KENDIRI UNIT 2
1. Proses kejadian manusia mengikut perspektif Islam ialah
§ Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk nutfah.
§ Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
§ Kemudia alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
§ Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
§ Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang membaluti)
§ Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
§ Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam tubuh manusia.
2. Jawapan yang bersesuaian dengan maksud ayat.
3. Tiga perkara yang boleh mendatangkan pahala ialah:
§ Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah menunaikan ibadat yang fardu.
§ Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan dan berfaeah untuk diri, keluaraga, masyarakat dan negara.
§ Menjalin hubungan baik sesama manusia sama ada terhadap ibu bapa, keluarga, jiran dan masyarakat.
4. Syarat dan rukun bertaubat adalah seperti berikut:
§ Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah terlanjur dilakukannya.
§ Berhenti melakukan maksiat dengan serta-merta.
§ Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
§ Jika kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain segeralah mengakuinya dengan terus terang dan meminta maaf daripadanya.

Unit 1Tasawwur Islam
TASAWWUR
ISLAM
UNIT
1
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
1. Mengetahui dan memahami konsep Islam sebagai ad-Din dan konsep kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam.
2. Mengetahui dan memahami konsep kebahagiaan dan pembangunan dalam Islam mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Islam.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
1. Menghuraikan pengertian Islam sebagai ad-Din.
2. Menerangkan konsep kejayaan dan kecemerlangan mengikut tasawwur
Islam yang betul.
3. Dapat mengaitkan keadaan kehidupan harian dengan tasawwur Islam
yang betul.
4. Dapat membezakan antara konsep pembangunan insan dengan pembangunan
material.
INPUT 1A
1.1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.1.0 PENGENALAN.
Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ia adalah suatu cara hidup yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara hidup mukmin yang diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah Islam. Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman, islam dan ihsan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al Quran dan as-Sunnah. Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam.
1.1.1 ERTI PERKATAAN ISLAM
· Islam berasal daripada bahasa Arab ‘aslama’. Dari segi bahasa ia bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.
· Dari segi istilah syarak pula, Islam memberi makna tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya dan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh rasulNya.
· Islam menurut pengertian khusus adalah agama yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w.
· Menurut pengertian umum Islam bererti agama yang diajar oleh semua nabi dan rasulullah s.a.w. bermula dari nabi Adam hingga nabi Muhammad s.a.w. tetapi perlu diingat hanya agama yang masih aslidan murni mengikut ajaran rasul dikira sebagai Islam. Sekiranya ajaran tersebut telah berubah dari ajaran asalnya maka ia tidak dianggap sebagai agama Islam.
· Ciri-ciri agama Islam ialah bersifat rabbani, syumul, sejagat, umum, universal, tetap dan ada balasan di dunia dan akhirat.
1.1.2 ERTI PERKATAAN MUSLIM
Muslim bererti individu yang beragama Islam dengan erti kata orang yang beriktikad dengan konsep syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah s.w.t, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
ٰ
اِنَّ المُسْلِمَ اِِذَا سُئِلَ فِي القََبْرِ شَهِدَ أَنْ لآ اِله الا الله وَأنَّ مُحَمَّدًٌﺍ
رََسوْلُ الله.
"Bahawasanya seseorang muslim itu apabila disoal dalam kubur dia naik saksi bahawasanya tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya nabi Muhammad itu utusan Allah.”
Ciri-Ciri Muslim Sejati
Orang yang menganut Islam dipanggil muslim. Seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam mestilah sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t, tidak mensyirikkan Allah s.w.t, sentiasa memastikan orang lain dalam keadaan sejahtera, sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan sentiasa menjadikan al Quran sebagai panduan dalam seluruh aspek kehdiupan.
1.1.3 PENGERTIAN AD-DIN
Ad-Din bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi kekuasaan Allah s.w.t. yang mutlak, penyerahan lahir dan batin kepadanya, iman dan amalan di bawah pengawasannya serta ganjaran baik dan buruk.
Di dalam dunia ini terdapat banyak agama tetapi hanya satu agama sahaja yang dipanggil ad-Din iaitu agama Islam. Ia disebut ad-Din kerana:
· Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t sebagaimana firmanNya
ٰ اَليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَأَتْمَمْتُ ‘عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيْتُ لَكُمُ
اْلاِسْلمَ دِيْنَا
” Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku cukupkan kepada kamu dan aku redha Islam itu menjadi agama untuk kamu.” ( Surah al-Maidah: 3)
§ Islam mampu menyelesaikan semua persoalan dan masalah hidup manusia.
§ Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiyak
ٰ
وَمَا اَرْسَلنكَ إِِلاَّ رَحْمَةً لِلْعاَلَمِيْنَ
“Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat pada seluruh alam.”
§ Islam adalah agama yang dapat melahirkan insan yang beriman dan bertakwa kepada allah s.w.t. serta membentuk insan yang soleh.
§ Ajaran Islam merangkumi semua bidang kehidupan seperti perkara yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, perundangan dan pemerintahan.
1.1.4 PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN
Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. dan diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Islam diertikan sebagai ad-Din kerana:
· Ia merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan agama yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan semua zaman.
· Ia adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.
ٰإِنَّ الدِيْنَ عِنْدَ اللهِ الإِسْلم ُ
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t. hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran : 19)
· Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia memberi petunjuk dan panduan kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia menuju ke arah keredhaan Allah s.w.t.
Oleh itu, sesiapa yang menganut selain daripada agama Islam bermakna dia telah memilih jalan ke arah kemusnahan dan kehancuran. Di samping itu, ia termasuk di dalam golongan sesat dan dimurkai Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.
وَمَنْ يَبتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمَ دِينَا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الاَخِرَةِ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran:85)
· Ajaran Islam bersumberkan al Quran dan as Sunnah. Kedua-duanya merupakan rujukan utama umat Islam sebagaimana sabda rasulullah s.a.w.
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا إِِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِِهِمَا أَبَدًا
كِتَابَ الله وَسُنَّةِ رَسُوْلِهِ.
"Aku tinggal untuk kamu semua (wahai umat Islam) dua perkara kamu tidak akan sesat selama-lamanya selepas aku tiada lagi selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu al Quran dan as-Sunnah.”
· Islam bersifat universal dan sejagat. Ajarannya sesuai untuk semua peringkat manusia, semua tempat, semua bangsa dan kaum serta semua masa dan zaman. Ini adalah kerana ia diturunkan oleh Allah s.w.t. yang menjadikan semua manusia serta mengetahui keadaan mereka.
AKTIVITI 1A
Arahan : Jawab semua soalan .
1.1 Islam adalah agama yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Apakah yang
dimaksudkan dengan perkataan Islam dari segi bahasa dan istilah?
______________________________________________________________

1.2 Di bawah ini yang manakah sumber ajaran Islam yang merupakan tempat rujukan bagi umat Islam.
I. Al-Quran
II. Kamus Bahasa Arab
III. Hadis
IV. Malaikat
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I dan III
1.3 Terangkan dua sebab Islam disebut sebagai ad-Din.
__________________________________________________________________

1.4 Isikan jawapan yang betul berkaitan dengan ciri-ciri Muslim sejati di dalam
ruangan yang disediakan.
BIL
CIRI-CIRI MUSLIM SEJATI
1.
2.
3.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A
JAWAPAN
1.1 Islam berasal daripada bahasa Arab ‘aslama’. Dari segi bahasa ia bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.
Dari segi istilah syarak pula, Islam memberi makna tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya dan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh rasulNya.
1.2 C
1.3 Dua sebab Islam disebut sebagai ad-Din Ialah:
i. Islam mampu menyelesaikan semua persoalan dan masalah hidup manusia.
ii. Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.
BIL
CIRI-CIRI MUSLIM SEJATI
1.
Tidak mensyirikkan Allah s.w.t.
2.
Sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t.
3.
Sentiasa memastikan orang lain dalam keadaan sejahtera.
1.4
INPUT 1B
1.2 KONSEP KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM ISLAM
1.2.0 PENGENALAN
Islam menggalakkan kemajuan bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat berlandaskan kepada syariat Allah s.w.t. agar manusia dapat menjalankan tugas khilafah (khalifah Allah) dan ubudiyah (mengabdikan diri kepada Allah s.w.t serta supaya manusia tidak tersalah jalan dalam memajukan alam ini. Sejarah membuktikan bahawa kejayaan dan kecemerlangan sejak zaman awal Islam adalah kerana kekuatan iman umat Islam itu sendiri, berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t. serta menjalankan tugas dan tanggungjawab berasaskan kepada al Quran dan as-Sunnah.
1.2.1 ERTI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENURUT ISLAM
Kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam bererti suatu kemenangan yang diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai segala yang dicita-citakan berasaskan strategi yang ditentukan.
Orang yang cemerlang ialah orang yang menang, iaitu orang yang dapat mengatasi pelbagai rintangan. Kemenangan yang paling besar ialah kemenangan mengatasi nafsu-nafsu yang jahat yang ada dalam diri sendiri. Oleh kerana itulah kekuatan iman menjadi kunci utama bagi membebaskan diri dari penghambaan hawa nafsu.
Orang yang berjaya dan cemerlang juga ialah orang-orang yang paling bertakwa di kalangan orang- orang yang beriman. Mereka sentiasa berhati-hati, menjaga diri, beriman dengan perkara-perkara ghaib, melaksanakan pokok-pokok ibadah dan selalu memohon keampunan (maghrifah) Allah iaitu bersegera memohon ampun kepada Allah s.w.t jika tersalah atau terlupa. Mereka juga sentiasa mengadakan hubungan kemanusiaan yang baik seperti beradab, bersopan-santun dan berbudi-bahasa dengan pelbagai manusia tanpa mengira kaum dan agama, rakyat dan pemimpin, pekerja dan majikan, pendidik dan pelajar, orang muda dan orang tua, ibu bapa dan anak, serta suami dan isteri. Takwa ialah satu motivasi moral yang sangat kuat untuk manusia membangunkan dirinya dan tamadun secara berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah. Ia juga boleh membangun peradaban yang tinggi atas dasar tiada paksaan terhadap penganut mana-mana agama yang lain.
Selain itu ilmu pengetahuan juga menjadi kunci utama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Penguasaan ilmu agama yang sahih lagi benar dan ilmu pengetahuan yang kemaskini dengan teknologi canggih yang tidak merosakkan alam adalah suatu perkara yang diperlukan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Antara aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh Islam ialah meliputi bidang politik, pemerintahan, perundangan, kesenian, kesusasteraan, kebajikan sosial, sistem kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain lagi.
a. Di bidang ekonomi, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai
melalui garis panduan yang ditentukan oleh syariat Islam iaitu:
Ø Islam tidak melarang umatnya memiliki harta jika didapati daripada sumber yang halal dan menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah s.w.t
Ø Islam memelihara semua kepentingan dengan undang-undang dan peraturan yang diperlukan dalam berbagai perkara seperti jual beli, hutang-piutang, perdagangan dan perusahaan.
Ø Harta kekayaan adalah milik Allah s.w.t. dan manusia harus memanfaatkan harta tersebut dengan sewajarnya.
Ø Untuk menjamin kekayaan diagihkan dengan adil, umat Islam diwajibkan supaya menjadi pengurus, pentadbir dan pemerintah yang bertanggungjawab.
Ekonomi yang mantap dan terkawal dapat mengelakkan kemiskinan, dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam, serta meraih banyak pahala daripada infak iaitu membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t., sedekah dan wakaf dan menggunakan harta untuk perkara-perkara yang berfaedah.
b. Untuk mencapai kejayaan di bidang politik pula Islam menggariskan pula perkara-perkara yang berikut iaitu:
Ø Umat Islam hendaklah memilih orang yang benar-benar berkelayakan untuk menjadi khalifah, imam atau sebagainya mengikut dasar-dasar yang telah ditentukan oleh al Quran dan as-Sunnah.
Ø Khalifah bertanggungjawab memastikan syariat Allah s.w.t. dijalankan dalam negara yang dipimpin serta syariat Islam terlaksana dengan sempurna.
Ø Khalifah bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara untuk menjamin keadilan dan hak rakyat ditadbir dengan sebaik-baiknya.
c. Di bidang sosial pula, perhubungan hendaklah menurut peraturan pergaulan yang disyariatkan Allah s.w.t. iaitu:
Ø Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan.
Ø Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong.
Ø Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam hidup.
Ø Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, harta dan rupa.
Ø Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi membina keamanan.
Ø Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.
1.2.2 PERBEZAAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENURUT FAHAMAN SEKULAR DAN ISLAM
Sekularisme dalam bahasa Inggeris membawa slogan “Leave the Church to the God and leave the state to the Caesar” yang bermaksud “Serahkan urusan gereja (agama) kepada Tuhan dan serahkan urusan negara kepada pemerintah.” Ini bermaksud pemisahan urusan keduniaan manusia seperti ekonomi, politik dan social daripada sebarang peranan keagamaan dan pengaruh ketuhanan.
FAHAMAN SEKULAR
FAHAMAN ISLAM
Pemisahan urusan keduniaan manusia seperti kehidupan harian, ilmu pengetahuan, pemerintahan dan pentadbiran negara daripada sebarang pengaruh agama. Kesannya kejayaan yang dicapai turut melahirkan mansuia yang rosak akhlaknya, musnah institusi kekeluargaan dan hancurnya sisitem kemanusiaan.
Untuk mencapai kejayaan, Tuhan tidak mempunyai peranan dalam menentukan corak kehidupan manusia dan manusia bebas melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuan hidup.
Islam telah menetapkan syariat sebagai penentu atau garis panduan hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. Pengasingan peranan agama daripada urusan hidup keduniaan untuk mengejar kejayaan akan membawa manusia ke arah kerosakan dan kebinasaan kerana syariat sahajalah yang menentukan landasan sebenar hidup manusia.
Allah s.w.t. adalah sumber segala ilmu pengetahuan. Manusia tidak akan mampu untuk memikirkan segala kejadian di alam ini tanpa petunjuk dari agama melalui ayat-ayat al-Quran.
1.2.3 KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN YANG MELIPUTI DUNIA DAN AKHIRAT
Di dalam surah al Mukminun: 1 hingga 11 Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya iaitu:
§ Khusyuk dalam solat.
§ Meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia. (lagha)
§ Mengeluarkan zakat.
§ Menjaga kehormatan.
§ Memelihara amanah dan janji.
§ Memelihara solat.
Mereka yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut, Allah s.w.t. menjanjikan kejayaan kepada mereka di dunia dan akhirat; dan akan diberi ganjaran syurga firdaus.
Selain daripada perkara-perkara di atas, umat Islam hendaklah :
Ø Sentiasa menjadikan Allah s.w.t. dan rasulNya sebagai sumber rujukan dan pengharapan.
Ø Menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya di dalam kehidupan. Mukmin yang teguh imannya akan bersedia menghadapi berbagai cabaran untuk mencapai kejayaan.
Ø Mengimbangi keperluan jasmani, rohani dan akal sehingga ketiga-tiganya berfungsi secara harmonis lalu mengiktiraf kedudukan Allah s.w.t. sebagai penguasa, pemilik, pentadbir seluruh alam dan sumber hukum sebaik-baiknya.
Ø Sentiasa menyedari dan menginsafi akan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Ø Sentiasa berusaha untuk memahami dan menyebarkan ilmu di samping mengamalkannya untuk pembangunan ummah.
Ø Menggunakan tenaga yang ada untuk berjihad dan membangunkan ummah.
Ø Berdisiplin dan berkhidmat di semua lapangan bagi melicinkan pergerakan untuk menjayakan pembangunan negara, masyarakat dan individu itu sendiri.
Ø Dedikasi dan kesungguhan dalam menjalankan tugas akan dapat menjamin keutuhan ummah dan membentuk perpadauan di antara satu sama lain.
Ø Umat Islam hendaklah bersifat sabar, tawakal serta berani menghadapi tentangan dan halangan dalam melaksanakan ajaran Islam dan menegakkan keadilan.
Ø Menyedari bahawa kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan Allah s.w.t dan sentiasa berasyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t serta bijak menggunakan kurniaan itu ditempat yang wajar.
KESIMPULAN
Kecemerlangan dan kejayaan mestilah dibangunkan sendiri dan bukannya dibangunkan oleh orang lain untuk kita tumpang kemegahannya. Bukan cemerlang namanya jika bangunan mencecah awan, atau kenderaan bagaikan peluru, atau peralatan yang cekap dan canggih itu didirikan oleh orang tetapi yang ada pada kita ialah modal sedangkan modal itu hanyalah hasil bumi tinggalan nenek moyang kita sendiri tetapi kita tidak tahu cara mengeluarkannya. Apa bentuk kejayaan sekalipun, terasnya ialah akidah dan ketaatan kepada Allah s.w.t., kemudian jika segenap kemampuan akal, jasmani dan rohani digilap dan dipergunakan maka wujudlah insan-insan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing menurut bakat dan kemampuan yang dikurniakan Allah s.w.t.
AKTIVITI 1B
1.5 Takrifkan kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam dengan ringkas.
................................................................................................................................

1.6 Sebutkan dua faktor bagi mencapai kejayaan dalam bidang sosial.

1.7 Di dalam surah al-Mukminun : 1 – 11, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya. Sebutkan tiga di antaranya.
.................................................................................................................................................................

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B
1.6 Takrif kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam ialah:
ialah suatu kemenangan yang diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai segala yang dicita-citakan berasaskan strategi yang ditentukan, berlandaskan kekuatan iman, bertaqwa kepada Allah s.wt. dan menguasai ilmu yang sahih serta bebas dari penghambaan hawa nafsu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..
1.6 Dua faktor kejayaan dalam bidang sosial.
i. Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan.
ii. Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong
1.7 Di dalam surah al-Mukminun : 1 – 11, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya. Tiga sifat-sifat yang tersebut ialah

INPUT 1C
1.3 KONSEP KEBAHAGIAAN DALAM ISLAM
1.3.0 PENGENALAN.
Manusia di dalam hidupnya di muka bumi ini memang mempunyai keinginan mencari kebahagiaan dan ketenangan. Kebahagiaan merupakan impian semua orang, baik ia seorang pemimpin atau rakyat biasa, para hartawan yang tinggal di mahligai-mahligai besar ataupun orang-orang miskin yang melarat. Tiada seorang pun yang mahukan penderitaan dan kesengsaraan di dalam kehidupannya.
Ramai orang yang menganggap bahawa kebahagiaan hidup itu terletak kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan, kecukupan hidup, kesempurnaan jasmani dan kesihatan, kewibawaan, bakat, kekuatan dan kemasyhuran. Manusia sanggup bertungkus-lumus bekerja dan mengorbankan hartanya semata-mata bagi memperolehi kebahagiaan yang ingin mereka kecapi.
1.3.1 ERTI KEBAHAGIAAN MENURUT ISLAM
Pengertian umum kebahagiaan ialah gembira, kesukaaan dan keseronokan. Menurut ilmu jiwa, kebahagiaan ialah suasana perasaan hati yang menunjukkan kepuasan dan dihayati secara individual. Pada pandangan Islam, kebahagiaan ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan (sakinah), ketenteraman (mutmainnah), keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-cita dan kasih sayang yang bersumberkan keimanan.
Melalui pelbagai kalimat dan pernyataan, di dalam al Quran diungkapkan adanya kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan, kenikmatan, kesejahteraan, kelazatan, kemuliaan dan sebagainya yang merupakan tumpuan dan harapan manusia dalam kehidupannya. Pernyataan tersebut mengandungi kesenangan yang bersifat sementara, mendorong manusia mencapai kebahagiaan dan jalan-jalan yang perlu ditempuh untuk mendapatkannya.
Pernyataan-pernyataan tersebut dikemukakan dalam pelbagai ungkapan, antara lain seperti berikut:
Lazzah, lazat, enak atau sedap:
وَفِيْهَا مَا تَشْتَهِيْهِ الأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ
"Dan adalah di syurga itu terdapat apa-apa yang diinginkan oleh nafsu-nafsu, dan dirasa enak oleh pandangan-pandangan dan di dalamnya kamu akan kekal. ( Surah az-Zukhruf:71)
Mata’ ; perhiasan atau kesenangan:
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوْبُوْا اِلَيْهِ يُمَتِّعُكُمْ مَتَاعًا حَسَنَا
اَِِلَى أَجَلٍ مُسَمَّى. .
"Dan hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah kepadanNya, tentu ia akan berikan kepadamu satu kesenangan yang baik hingga satu masa yang tertentu."
(Surah Hud:3)
Ni’mah yang bererti nikmat atau kesenangan.
ٰ
اَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِى السَّموَاتِ وَمَا فِى الاَرْضِِ
وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهٍرَةً وَبَاطِنَةً
"Tidakkah kamu lihat bahawa Allah telah menudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan Ia telah sempurnakan atas kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin. (Surah Luqman:20)
Dengan ungkapan-ungkapan tersebut, nyatalah persesuiannya dengan fitrah manusia yang diciptakan Allah s.w.t. allah yang menciptakan kecenderungan manusia mencari kebahagiaan, merasakan kelazatan dan menikmati ketenangan hidup dan fitrah tersebut ditegaskan pula melalui firmannNya.
Menurut al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w kebahagiaan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
a. Kebahagiaan Sementara:
Iaitu kebahagiaan yang boleh terputus, terhenti ataupun hilang daripada seseorang sebagaimana firman Allah s.w.t
ٰ
ٰ
قُلْ مَتعُ الّدُنْيَا قَلِيْلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُوْنَ
فَتِيْلاَ
“Katakanlah wahai Muhammad, Kesenangan di dunia ini adalah sebentar sahaja; dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”
(Surah an-Nisak : 77)
Nas-nas di atas menjelaskan bahawa kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi manusia dalam hidup ini semuanya terbatas pada suatu batas waktu tertentu. Contohnya kebahagiaan yang dikecapi kerana memiliki pangkat dan darjat kebesaran, di mana ia tidak akan kekal dimiliki selama-lamanya kerana selepas beberapa tahun berlalu, dia pasti sampai kepada usia bersara dan kemudian menjadi orang biasa semula.
b. Kebahagian Abadi:
Iaitu kebahagiaan yang kekal, terus menerus dimiliki dan tidak hilang daripada seseorang. Islam menganjurkan kepada umatnya supaya sentiasa berusaha mencari kebahagiaan yang abadi yang dinikmati ketika di dunia dan berkekalan sehingga ke akhirat. Rasulullah s.a.w. juga mengajar manusia supaya sentiasa berdoa memohon kepada Allah s.w.t. supaya diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dengan doa yang terkandung di dalam firman Allah s.w.t.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“ Dan di antara mereka ada yang berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
(Surah al-Baqarah : 201)
1.3.2 CIRI-CIRI KEBAHAGIAAN DALAM ISLAM
Menurut Prof. Muhammad Ali-al Shabuni dalam kitab tafsirnya, Sofwah at-Tafsir, ciri-ciri kebahagiaan di dunia dan akhirat seperti yang terkandung di dalam ayat di atas adalah kebahagiaan yang meliputi:
· Memperolehi kesihatan fizikal dan mental.
· Memiliki ilmu yang memberikan manfaat.
· Melakukan perbuatan amal yang soleh.
· Ikhlas dalam beramal ibadah.
· Mendapat keredaan Allah s.w.t.
· Disenangi oleh masyarakatnya.
· Merasa puas dengan harta yang ada.
· Rumah tangga yang aman dan tenteram, mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh.
· Mendapat keselamatan daripada siksaan di dalam kubur.
· Menempuhi peperiksaan yang mudah di hari akhirat kelak.
· Dipersilakan masuk ke syurga dengan penuh nikmat kesenangan dan mendapat kepuasan yang abadi.
1.3.3 FAKTOR-FAKTOR UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN
Di dalam al Quran, berulang kali Allah s.w.t. menyatakan kebahagiaan yang abadi hanya dapat diperolehi melalui iman dan amal soleh seseorang. Hanya keimanan yang teguh dan benar serta amal perbuatan yang baik, taat melakukan ibadat kepada Allah s.w.t serta mengikut contoh tauladan Rasulullah s.a.w. sahaja yang menjanjikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
ٰ
ٰ
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أََوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحِيَنَّهُ حَيوةً
طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
(Surah an-Nahlu : 97)
Antara faktor-faktor untuk mencapai kebahagiaan ialah:
a. Bersungguh-sungguh melakukan ibadat.
Umat Islam diminta membahagikan masa hidupnya dengan melakukan pekerjaan bagi menyara hidupnya pada waktu siang dan membanyakkan amal ibadat di malam hari. Waktu malam selain daripada untuk berehat dan tidur, juga merupakan waktu yang sangat sesuai bagi melakukan solat-solat sunat, berzikir pada Allah s.w.t., membaca al-Quran, berdoa kepada Allah s.w.t. dan lain-lain ibadat yang sunat. Firman Allah s.w.t
وَجَعَلْنِا الَّيْلَ لِبَاسًا وَجَعَلْنَا الّنَهَارَ مَعَاشًا.
“Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian dan Kami jadikan siang bagi mencari penghidupan.” (Surah an-Nabak : 10 )
Allah juga berfirman;
وَالَّذِيْنَ يَبِِيْتُوْنَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (Surah al-Furqan : 64 )
b. Menjauhi Perbuatan Dosa Dan Maksiat.
Orang yang ingin memperolehi kebahagiaan yang abadi hendaklah menjaga dirinya daripada dosa-dosa yang merosakkan jiwanya dan seterusnya membawa dia kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan dia hendaklah juga sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada azab siksa api neraka sebagaimana firman Allah s.w.t.
وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّم إِنّ عَذَابَهَا كَانَ
غَرَامَا
“Dan orang-orang yang berkata, Wahai tuhan Kami jauhkanlah azab neraka jahanam daripada kami kerana sesungguhnya azab neraka itu adalah kebinasaan yang kekal.”
(Surah al- Furqan: 65 – 66)
c. Amal Soleh, Kebaktian atau Takwa.
Amal soleh dan takwa adalah rantai keimanan yang mendapat jaminan kebahagiaan bagi sesiapa yang melaksanakannya, sebagaimana firman Allah s.w.t.
اَلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ طُوْبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآب.
“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah kebahagiaan bagi mereka dan mendapat tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Rakdu : 29)
d. Tawassau bil-Haqqi dan Tawassau bis-Sabri
Maksudnya ialah berpesan di antara satu sama lain dan melaksanakan kebenaran iaitu mengajak beriman kepada Allah s.w.t. dan mengikut rasulNya baik dalam akidah mahupun dalam bidang amalan-amalan kebajikan, di samping itu saling berwasiat sesama lain berlaku sabar, menahan diri daripada perbuatan maksiat, tabah menghadapi ujian dan redha dengan keputusan Allah. Jaminan kebahagiaan dan keberuntungan bagi orang yang mengajak kepada kebenaran dijelaskan dalam surah Ali-Imran : 104
وَلْتَكُمْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَاءْمُرُْوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
“"Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh mereka membuat kebaikan, melarang mereka daripada kejahatan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat kejayaaan (kebahagiaan).”
(Surah Ali Imran : 104)
AKTIVITI 1C
1.8 Berikan pengertian kebahagiaan menurut pandangan Islam.
........................................................................................................................................

1.9 Bezakan di antara kebahagiaan sementara dan kebahagiaan abadi mengikut al Quran.
BIL
KEBAHAGIAAN SEMENTARA
KEBAHAGIAAN ABADI
1.10 Berikut adalah ciri-ciri kebahagiaan KECUALI :
A. Memiliki ilmu yang bermanfaat
B. Memiliki pangkat dan kebesaran
C. Ikhlas dalam beramal dan beribadat
D. Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1C
JAWAPAN
1.8 Pengertian kebahagiaan menurut pandangan Islam ialah:
Pengertian umum kebahagiaan ialah gembira, kesukaaan dan keseronokan. Pada pandangan Islam, kebahagiaan ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan (sakinah), ketenteraman (mutmainnah), keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-cita dan kasih sayang yang bersumberkan keimanan
KEBAHAGIAAN SEMENTARA
KEBAHAGIAAN ABADI
Kebahagiaan yang boleh terputus, terhenti ataupun hilang daripada seseorang dan terbatas dalam waktu-waktu ayng tertentu.
Kebahagiaan yang kekal, terus menerus dimiliki dan tidak hilang daripada seseorang. Islam menganjurkan kepada umatnya supaya sentiasa berusaha mencari kebahagiaan yang abadi yang dinikmati ketika di dunia dan berkekalan sehingga ke akhirat.
1.9
1.10 B
INPUT 1D
1.4 KONSEP PEMBANGUNAN
1.4.0 PENGENALAN
Pembangunan bukan suatu perkara baru dalam sejarah peradaban manusia. Setiap tamadun yang pernah lahir dalam sejarah mempunyai dasar pembangunannya sendiri. Dalam hubungan ini Islam sejak saat-saat awal kelahiran lagi sudah mengemukakan dasar pembangunan yang bersepadu dengan meletakkan pembangunan insan yang berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia sebagai asas yang kukuh untuk model-model pembangunan yang lain bagi menyempurnakan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, seperti termaktub di dalam surah al-Baqarah : 30
وَإِذْقَالَ رَبَُُّكَ لِلْمَلئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الأرْضِ خَلِيْفَة
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku jadikan d muka bumi seorang khalifahi."
(Surah al-Baqarah : 30)
1.4.1 PENGERTIAN PEMBANGUNAN
Pembangunan dalam Islam adalah merupakan pelbagai dimensi yang meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (material) dan juga pembangunan manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian yang berlaku secara bersepadu.
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing, barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan menolak apa-apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup Islam.
Menurut Muhammad Akhir dan Hailani dinyatakan bahawa ‘Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat.’
Imam al-Ghazali mentakrifkan pembangunan dengan pemahaman yang dinamik dan mendalam tentang epistemology Islam, pelakuan sisial yang penuh beradab, pendidikan yang memberi penekanan kepada kepentingan dunia dan akhirat serta cara hdiup Islam yang menyeluruh yang merupakan teras pembangunan peradaban Islam. Terdapat dua perkara pokok dalam pembangunan Islam iaitu kekuatan intelektual dan kekuatan taharah.
Menurut Imam A’la al-Maududi, menyatakan bahawa pembangunan membabitkan perkara-perkara berikut iaitu:
· Menjelaskan semuala ajaran Islam dengan memberi fokus kepada masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
· Memilih tenaga kerja yang berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak tinggi bagi melaksanakan tugas pembangunan peradaban Islam.
· Melaksanakan perubahan yang akan membawa kepada transformasi yang menyeluruh pada setiap lapisan masyarakat berdasarkan situasi tempatan yang bermakna mementingkan perancangan starategi.
· Melaksanakan reformasi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan kehendak Islam.
1.4.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN DALAM ISLAM
Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan dan Kekuasaan Allah, rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah (peranan manusia sebagai utusan Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan jiwa dan ketinggian akhlak). Di dalam Islam, pembangunan mempunyai matlamat penting yang mana jika dikaji dengan terperinci, kesemua matlamat tersebut akan membawa ke arah satu tamadun yang lengkap, aman dan damai, menifestasi daripada ajaran itu sendiri. Matlamat tersebut adalah seperti berikut:
a. Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia
Sepertimana yang diketahui, Islam mengajar manusia ke arah membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan, kepimpinan dan lain-lain berdasarkan nilai Islam. Jika seseorang itu patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam itu sebagai ‘the way of life’, maka segala amalan yang dilakukan tidak bercanggah dengan larangan yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, pembangunan peribadi dapat meningkatkan lagi keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan negara Islam mengatasi negara-negara lain di dunia.
b. Menghasilkan Keluaran Yang Berguna
Keluaran yang berguna yang dimaksudkan oleh Islam adalah makanan dan kebendaan asasi yang lain, keluaran untuk pertahanan Islam dan barang-barang untuk kegunaan sendiri. Satu perkara yang paling penting dititikberatkan oleh Islam terhadap bahan-bahan keluaran yang dihasilkan tersebut ialah ianya mesti mampu dibeli oleh orang-orang miskin dan berpendapatan rendah.
c. Meningkatkan Kualiti Kehidupan
Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah gambaran kualiti kehidupan umat manusia. Kualiti kehidupan ini boleh dicapai dengan tiga cara iaitu:
· Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian institusi, teknologikal, pelaburan dan pendidikan.
· Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada golongan yang tidak dan kurang berupaya. Matlamat ini boleh dicapai dengan sistem zakat.
· Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil supaya dengan ini boleh merapatkan jurang ketidaksamaan yang berlaku di kalangan masyarakat.
d. Mencapai Pembangunan Yang Seimbang
Islam menganjurkan pembangunan tanpa bersyarat kepada sempadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan lain-lain lagi. Tujuannya supaya dapat mengelakkan ekonomi dualisme dan dapat mengeraatkan perpaduan.
e. Membangunkan Teknologi Yang Sesuai
Islam juga mementingkan pembangunan teknologi. Teknologi yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran tempatan iaitu sesuia dengan keperluan atau aspirasi negara Islam. Islam menggalakan merekacipta, memperbaiki dan mengubah suai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.
f. Mengintegrasikan Pembangunan Moral, Kerohanian dan
Agama dengan Pembanunan Kebendaan.
Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fid-dunia, hasanah fil-akhirah iaitu kebaikan di dunia dan kebikan di akhirat.
1.4.3 PERBEZAAN PEMBANGUNAN INSAN DAN PEMBANGUNAN MATERIAL
PEMBANGUNAN INSAN
PEMBANGUNAN MATERIAL
Pembangunan peribadi dan keupayaan manusia.
Mengembangkan pengeluaran yang berguna dan berfaedah.
Meningkatkan kualiti kehidupan.
Untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Menjadikan seseorang cemerlang dari segi pembangunan yang dilakukan seimbang terhadap Islam.
Memberi kesempurnaaan hidup kepada rakyat.
Meningkatkan pendapatan negara.
Mengurangkan penderitaan, pergantungan, penindasan dan ketaksamaan di kalangan individu atau masyarakat.
Merapatkan jurang serta meningkatkat taraf ekonomi negara.
Penciptaan teknologi baru.
1.4.4 KESAN PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG
Pada umumnya pembangunan masa kini tidak menepati cici-ciri pembangunan yang diinginkan oleh Islam yang terbukti telah membawa keamanan dan kesejahteraan kepada manusia. Akibatnya dunia hari ini mengalami berbagai-bagai kepincangan dan hidup manusia terancam dalam dunia yang serba maju. Di antara kesan pembangunan yang tidak seimbang ialah:
Terhadap Ummah:
· Lahirnya manusia yang bersifat mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kebajikan orang lain.
· Berlaku permusuhan dan pergaduhan sesama manusia.
· Hanya golongan tertentu sahaja yang dapat menikmati pembangunan tersebut.
· Umat Islam senang dikuasai oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.
· Masyarakat akan menjadi lemah.
Terhadap Negara :
· Berlaku pencemaran alam sekitar yang berterusan bukan sahaja membahayakan manusia sendiri, malah akan memusnahkan keseluruhan ekosistem dan ekologi.
· Negara menjadi miskin dan mundur kerana bebanan perbelanjaan melebihi hasil pendapatan.
· Negara akan mudah dikuasai oleh bangsa asing.
KESIMPULAN
Konsep pembangunan Islam mempunyai sifat yang menyeluruh. Ia merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan. Semuanya mestilah berkembang secara sepadu tanpa mengabaikan salah satu daripadanya atau menumpukan pembangunan sebahagian dan tidak kepada yang lain. Justeru itu, pembangunan Islam adalah bersifat pelbagai dimensi.
AKTIVITI 1D
ARAHAN. Jawab semua soalan
1.10 Terangkan erti pembangunan menurut pandangan Islam.
........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
1.11 Tuliskan B bagi pernyataan yang benar dan S bagi pernyataan yang salah.
a. Islam menolak terus pembangunan asing seperti untuk mencapai keredhaan Ilahi.
b. Pembangunan dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari aspek kebendaan, moral dan kerohanian.
c. Islam boleh menerima refomasi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan kehendak Islam.
d. Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil merupakan salah satu daripada matlamat pembangunan Islam yang seimbang di dalam masyarakat.
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1D
1.11 Pembangunan menurut pandangan Islam ialah pembangunan yang yang meliputi semua aspek sama ada pembangunan kebendaan (material) dan juga pembangunan manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian yang berlaku secara bersepadu. Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan dan Kekuasaan Allah, rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah (peranan manusia sebagai utusan Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan jiwa dan ketinggian akhlak).
1.12 a. S
b. B
c. B
d. B
FAKTA KUNCI
TASAWWUR ISLAM
1. Pengertian Islam:
Dari segi bahasa ia bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.
Dari segi istilah syarak, Islam memberi makna tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya dan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh rasulNya.
2. Pengertian Muslim
Muslim bererti individu yang beragama Islam yang beriktikad dengan konsep syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah s.w.t.
3. Pengertian ad-Din

4. Pengertian Islam Sebagai ad-Din
Islam disebut sebagai ad-Din kerana:
§ Islam merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.
§ Islam merupakan agama yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan semua zaman.
§ Ia adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah s.w.t.
§ Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan memberi petunjuk dan panduan kepada manusia.
§ Ajaran Islam bersumberkan al Quran dan as Sunnah
§ Islam bersifat universal dan sejagat. Ajarannya sesuai untuk semua peringkat manusia, semua tempat, semua bangsa dan kaum serta semua masa dan zaman.
5. Menurut Islam, Kejayaan dan Kecemerlangan

6. Menurut Islam, Kebahagiaan
ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan (sakinah), ketenteraman (mutmainnah), keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-cita dan kasih sayang yang bersumberkan keimanan.
7. Menurut Islam, Pembangunan
adalah pembangunan yang meliputi semua aspek sama ada pembangunan kebendaan (material) dan juga pembangunan manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian yang berlaku secara bersepadu. Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan dan Kekuasaan Allah, rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah (peranan manusia sebagai utusan Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan jiwa dan ketinggian akhlak).
PENILAIAN KENDIRI unit 1
1. Sebutkan tiga contoh muslim yang tidak mempunyai ciri-ciri muslim yang sejati.
2. Untuk mencapai kejayaan dan keredhaan Allah s.w.t., seseorang mukmin hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia (lagha). Apakah yang dimaksudkan dengan perkara lagha tersebut.
3. Antara faktor mencapai kebahagiaan ialah bersungguh-sungguh melakukan ibadat. Nyatakan tiga kesan ibadat dalam membentuk kebahagiaan.
4. Konsep pembangunan merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan serta mestilah berkembang secara bersepadu. Terangkan kesan
pembangunan yang tidak seimbang menurut pandangan anda.
PENILAIAN KENDIRI
JAWAPAN
1. Tiga contoh muslim yang tidak mempunyai ciri-ciri muslim yang sejati
ialah:
· Riak melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.
· Tidak menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.
· Tidak berusaha bersungguh-sungguh ke arah kesejahteraan hidup.
2. Perkara sia-sia (lagha) bermaksud perkara yang tidak ada nilai dan tidak memberikan apa-apa faedah sama ada perkataan atau perbuatan serta boleh melalaikan yang tidak membawa kepada pendidikan jiwa, seterusnya tidak dapat melahirkan nilai murni dan boleh merosakkan akhlak.
3. Kesan ibadah dalam membentuk kebahagiaan ialah:
· Mendapat ketenangan jiwa.
· Dikasihi Allah s.w.t. dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
· Diberi ganjaran sama ada di dunia dan akhirat.
4. Kesan pembangunan yang tidak seimbang ialah:

· Negara akan mudah dikuasai oleh bangsa asing

Subscribe to:
Posts (Atom)