Wednesday, January 28, 2009

Pembangunan Diri ii (unit 1.1)

UNIT 2


OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Memahami faktor yang menghalang komunikasi dan tahu cara mengatasi halangan komunikasi


OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
v Menjelaskan halangan komunikasi
v Menerangkan bahawa halangan komunikasi menyebabkan komunikasi tidak berkesan
v Menyenaraikan jenis-jenis halangan dalam komunikasi
v Melalkukan aktiviti Berkomunikasi dengan berkesan







INPUT 2A

2.1 FAKTOR YANG MENGHALANG KOMUNIKASI
Halangan komunikasi menyebabkan mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas. Antara faktor yang menghalang komunikasi adalah seperti berikut;

a. Struktur Organisasi
Semakin jauh jarak tahap jawatan antara penghantar dan penerima mesej, maka semakin susah untuk berkomunikasi dengan berkesan.

b. Kepakaran yang berbeza
Penghantar dan penerima mesej yang mempunyai kepakaran yang berbeza mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan.

c. Objektif yang berbeza
Objektif yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej akan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi


d. Status
Status adalah tahap seseorang dalam sesuatu kumpulan . Status yang berbeza boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan kerana:
· Pengurus berkuasa dan hanya memilih apa yang ia suka dengar.
· Pengurus boleh mempengaruhi pekerja untuk menyatakan sesuatu yang ia suka dengar.
· Penyalahgunaan maklumat oleh pengurus untuk mencapai cita-citanya.
· Pengurus mungkin memikirkan maklumatnya jelas dan berkesan sedangkan hakikatnya adalah berbeza.

e. Andaian yang salah
Kadang-kala apa yang dimaksudkan oleh penghantar telah
“disalah faham ’’ oleh penerima mesej.
· Semantik
Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya;
Orang Semenanjung : Belon bermakna belon getah berisi udara
Orang Serawak : Belon bermakna kapal terbang


· Emosi
Emosi penghantar dan penerima kadang-kadang mempengaruhi makna maklumat yang dihantar dan diterima.
Contohnya dalam situasi suka dan duka, tenang dan sibuk, marah dan ceria.

f. Kemahiran Komunikasi
Kemampuan berkomunikasi , personaliti dan keyakinan mempengaruhi keberkesanan komunikasi.


















Apakah yang anda lihat ?










2.2 CARA-CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI

a Pengaliran maklumat yang ditapis
Hanya maklumat yang terpenting perlu di sampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan.

b. Galakkan maklumbalas
Pastikan setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami. Maklumbalas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan.

c. Maklumat yang jelas dan mudah
Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar.

d. Mendengar secara aktif
Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian

e. Elakkan terlalu emosional
Dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa badan atau isyarat.





2.3 PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN

a. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi.
Analisa masalah dan perjelaskan dalam fikiran anda sebelum menghantar maklumat. Rancanglah maklumat yang hendak dihantar. Perancangan yang yang baik ialah dengan mengambil kira objektif dan sikap penerima.

b. Periksa tujuan sebenar komunikasi
Sebelum anda menghantar maklumat, tanyalah diri anda apa sebenarnya yang anda hendak sampaikan. Putuskan samaada ingin mendapat maklumat, membuat keputusan, mendesak orang lain untuk mengambil tindakan.

c. Pilih tempat yang sesuai untuk berkomunikasi
Pastikan tempat itu selesa dan jauh daripada ganguan orang lain

d. Minta pendapat orang lain
Ada masanya orang yang lain dapat memberi cadangan yang
mana anda sendiri tidak terfikir

e. Berhati-hati tentang bahasa badan
Nada suara, memek muka, sahsiah anda serta keadaan sekeliling boleh mempengaruhi pendengar


f. Bantu pendengar tersebut
Apabila berkomunikasi, ambil kira tentang minat dan keperluan pendengar. Dengan ini maklumat yang disampaikan akan menjadi lebih jelas. Komunikasi yang bekesan boleh berlaku jika pengucap berusaha untuk melihat sesuatu maklumat itu dari segi pandangan pendengar.

g. Dapatkan maklumbalas tentang maklumat yang disampaikan
Ini bertujuan untuk mengetahui samaada maklumat boleh difahami atau tidak.

h. Pastikan apa yang anda tuturkan di praktikkan.














AKTIVITI 2A

KOMUNIKASI BERKESAN
Pensyarah memberi arahan.
1. Pelajar diminta mencari pasangan (A dan B)
2. Setiap pasangan diminta mencari tempat yang sesuai. Peserta A diminta menceritakan pengalaman yang menggembirakan kepada B dalam masa 10 minit.
3. Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan besar.
4. Peserta B diminta menceritakan semula apa yang telah diberitahu oleh A.
5. Peserta A pula diminta mengesahkan sejauh-mana benarnya cerita yang disampaikan oleh B.
6. Pelajar A diminta menceritakan tingkahlaku B pada masa ia (A) menceritakan pengalaman sedihnya tadi.
Sebagai contoh:
· Adakah B memotong percakapannya
· Adakah B memberi perhatian yang sepenuhnya
· Adakah B pura-pura mendengar
· Adakah B dalam keadaan berkhayal
· Adakah B di pengaruhi oleh emosi

· Adakah B memahami
· Adakah B memberikan respon yang sesuai
· Adakah B mendengar dengan baik
B
Percakapan
Memberi perhatian
Mendengar
Berkhayal
Dipengaruhi Emosi
Memahami
Tindakbalas yang sesuai
/
/
/


/
/








7. Ulangi semula langkah 2 hingga 6. Kali ini B bercerita kepada A tentang kisah sedih dalam hidupnya selama 10 minit juga. Masuk semula ke dalam kelompok besar.
8. Ulangi semula proses yang sama.











MAKLUMBALAS 2A
PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN
1. Berminat
2. Ada kontek mata
3. Beri perhatian sepenuhnya
4. Tenang, emosi terkawal.
5. Memahami dengan mengambil kira minat dan keperluan pendengar.
6. Bertanya soalan terbuka atau soalan tertutup, minta penjelasan, huraian atau membuat rumusan.
7. Persekitaran yang kondusif.
8. Nada suara bersesuaian dengan maksud yang hendak
disampaikan.
9. Berbicara atau berkomunikasi di tempat yang bersesuaian.
10. Jangan tergesa-gesa membuat kesimpulan.
11. Lawan gangguan, contohnya apabila bunyi bising mengganggu, tinggikan nada suara.
12. Jangan bersikap kritikal. Pendengar yang kurang sabar mungkin akan mengkritik idea sebelum ia mendengar keseluruhan percakapan.
13. Bagaimanakah sesuatu idea atau isu itu disampaikan adalah lebih penting dari apa yang di perkatakan. Contohnya dalam majlis pembentangan,forum dan pidato.
AKTIVITI 2B

1 Sebutkan faktor yang menghalang komunikasi.
a. _____________________________
b. _____________________________
c. _____________________________
d. _____________________________

2 Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan
dalam komunikasi
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________
d. _________________________________

3 Bagaimanakah caranya untuk berkomunikasi dengan
berkesan ?
a. _________________________________
b. _________________________________
c. _________________________________
d. _________________________________


MAKLUMBALAS 2B
Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1 Faktor yang menghalang komunikasi.
a. Dalam struktur organisasi, jarak tahap jawatan yang jauh,
contohnya antara pengurus dan pemandu.
b. Andaian yang salah diantara penghantar dan
penerima mesej.
c) Semantik iaitu bahasa yang sama tetapi
mempunyai makna yang berlainan.
d) Emosi diantara dua pihak yang berkomunikasi.

2 Cara untuk mengatasi halangan dalam komunikasi.
a) Hanya maklumat yang di sah kan sahih akan disampaikan
b) Dapatkan maklumbalas agar maklumat sebenar difahami.
c) Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
d) Mendengar dengan aktif.





3 Cara untuk berkomunikasi dengan berkesan.
a) Berminat
b) Tenang, emosi terkawal
c) Ada kontek mata
d) Persekitaran yang kondusif


NILAI MURNI

1. Komunikasi berkesan sangat penting bidang kehidupan.Contohnya dalam menuntut ilmu, hidup bermasyarakat.
2. Komunikasi yang berkesan juga dapat menyelesaikan pelbagai urusan dalam kehidupan seharian
3. Komunikasi juga dapat melahirkan rasa syukur terhadap kurniaan ilahi
urusan se










FAKTA KUNCI

i. Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan.
















PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

SOALAN 1-2
a. Senaraikan 5 (LIMA) faktor yang menghalang komunikasi
b. Nyatakan 2 (DUA) pandua untuk berkomunikasi


SOALAN 2-2
a. Terangkan bagaimanakan kesilapan andaian boleh meberi kesan terhadap komunikasi






MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

SOALAN 1-2
a. 5 (LIMA) faktor yang menghalang komunikasi
i. Struktur organisasi
ii. Kepakaran berbeza
iii. Objektif berbeza
iv. Status
v. Andaian yang salah

b. 2 (DUA) panduan untuk berkomunikasi
i. Menjelaskan idea komunikasi
ii. Periksa tujuan berkomunikasi
iii. Pilih tempat yang sesuai berkomunikasi







SOALAN 2-2
a. Terangkan bagaimanakan kesilapan andaian boleh meberi kesan terhadap komunikasi

Andaian yang salah
Kadang-kala apa yang dimaksudkan oleh penghantar telah
“disalah faham ’’ oleh penerima mesej.
Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya; Orang Semenanjung : Belon bermakna belon getah berisi udara Orang Serawak : Belon bermakna kapal terbang

Pembangunan Diri ii (unit 1)

UNIT 1


OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Memahami fakta dan prinsip asas kemahiran berkomunikasi yang sesuai dalam perhubungan individu.

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
v Mendefinasikan konsep komunikasi
v Menerangkan proses yang perlu ada dalam berkomunikasi
v Menyenaraikan jenis-jenis komunikasi yang ada dalam perhubungan antara individu
v Menunjukkan contoh-contoh aktiviti komunikasi yang wujud dalam komuniti



INPUT 1A

1.0 Definisi Komunikasi dan Proses Komunikasi
Komunikasi adalah proses penyampaian maksud/mesej oleh individu kepada individu lain. Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam hubungan antara individu. Ini kerana individu terlibat dalam perhubungan kemanusian

1.1 Proses Komunikasi
Komunikasi adalah proses yang memerlukan kedua-dua pihak penghantar memulakan memulakan proses dan penerima melenkapkan proses











1.1.1 Elemen Proses Komunikasi
Individu yang aktif menggunakan 60% dari masa mereka untuk berkomunikasi. Semasa berkomunikasi terdapat 6 elemen utama terlibat dalam aktiviti tersebut.

a. Pemberi/Penyampai Mesej (Enkod)
Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi. Perlakuan berkomunikasi lisan dan tanpa lisan

b. Penerima Mesej (Dekod)
Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej/maklumat

c. Mesej
Maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima mesej

d. Saluran
Ialah media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Saluran yang paling asas ialah melalui pendengaran dan penglihatan. Saluran tambahan adalah seperti media elektronik(televisyen,radio,internet) dan media masa (majalah,lukisan, gambar, simbol-simbol, bahasa isyarat atau bahan cetakan ) yang lain.



e. Maklumbalas
Ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej

f. Konteks
Ialah keadaan ( situasi ) penyampaian mesej dari pemberi mesej kepada penerima mesej ( contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya ).


















Proses Komunikasi digambarkan seperti Rajah 1.1
a. Penyampai
b. Penerima
e.Maklum Balas
Mesej
c. Mesej
Penyampai Maksud
d. Saluran
Penerima
Maksud
Dekod
Dekod
Faham
Maksud
Enkod
f. Konteks
Respon
Enkod















Rajah 1.1 : Proses Komunikasi





AKTIVITI 1A

Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi
di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

1. a). Berikan definisi Komunikasi?

b). Penyampai mesej ialah________________________________
________________________________________________
________________________________________________

ii. Penerima mesej ialah________________________________
________________________________________________
________________________________________________










c) Lengkapkan Gambarajah proses berkomunikasi
a. Penyampai
b. Penerima


Penyampai Maksud

Penerima
Maksud
Dekod
Dekod
Faham
Maksud
Enkod
f. Konteks
Respon
Enkod























2. Definisi Komunikasi
MASA : 60 Minit
ALAT/BAHAN : Transparensi, marker, OHP, Kertas A4
OBJEKTIF : Setelah menjalani aktiviti ini, pelajar akan
dapat:
i. Pelajar menjelaskan lebih mendalam maksud perkataan komunikasi
LANGKAH :
i. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan Kecil ( 3 atau 4
orang setiap kumpulan ).
ii. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua sebagai
pengerusi, seorang pencatat dan seorang pembentang.
iii. Setiap kumpulan kecil dibekalkan transparensi dan marker pen .
iv. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyenaraikan apa yang kumpulan tahu tentang maksud komunikasi.
v. Kumpulan kecil dikumpulkan dalam kumpulan besar dan pencatat
diminta melaporkan hasil perbincangan.
vi. Selepas setiap kumpulan memberi laporan peserta-peserta lain
diminta memberi pandangan.
vi. Kumpulan besar berbincang untuk melaporkan satu rumusan mengenai maksud perkataan komunikasi.

PROSES :
Fasilitator membuat rumusan berhubung maksud komunikasi dan memberi maklum balas mengenai aktiviti yang dijalankan. Fasilitator mengedarkan bahan bacaan dan rujukan.



MAKLUMBALAS 1A

Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1 a) Komunikasi adalah proses penyampaian maksud/mesej
oleh individu kepada individu lain.

b) i. Pemberi/Penyampai Mesej
Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.

ii. Penerima Mesej
Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai
mesej/maklumat
c.
a. Penyampai
b. Penerima
e. Maklum Balas
Mesej

c. Mesej

Penyampai Maksud
d. Saluran

Penerima
Maksud
Dekod
Dekod
Faham
Maksud
Enkod
f. Konteks
Respon
Enkod



2 a) FALSAFAH :
Semasa perbincangan dan pembentangan, pelajar telah melakukan proses komunikasi. Melalui komunikasi, mesej telah disampaikan kepada penerima dan difahami.Tanpa komunikasi, maklumat tidak dapat disebarkan. Komunikasi dapat disampaikan melalui pelbagai media ( medium ).

b) NILAI-NILAI MURNI :
1. Individu yang yakin diri akan dapat berkomunikasi dengan aktif.
2. Melalui komunikasi, pelajar dapat mengembangkan potensi diri.











INPUT 1B

1.2 Kepentingan Komunikasi
Apa sahaja yang anda lakukan pada setiap detik, sama ada disengajakan atau tidak, adalah sesuatu bentuk komunikasi. Keupayaan indidvidu menguasai tahap berkomunikasi akan memberi faedah yang maksimum terhadap tahap hubungan kemanusian dan ketuhanan.Kepentingan berkomunikasi dapat dijelaskan seperti berikut:

1.2.1 Mengeratkan perhubungan
Keupayaan berkomunikasi secara berkesan samada secara lisan atau tanpa lisan akan dapat mengambarkan tahap hubungan antara individu.

1.2.2 Menyampaikan Maklumat, Arahan dan Pesanan
Maklumat, arahan dan pesanan yang tepat hanya akan dapat disampaikan jika amalan komunikasi berkesan dilaksanakan dalam organisasi, institusi keluarga dan sebarang pertubuhan yang menggunakan medium komunikasi.

1.2.3 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran keupayaan pelajar mendapatkan semaksimum ilmu bergantung kepada tahap keupayaan pensyarah dan pelajar menguasai komunikasi berkesan. Pensyarah harus meningkat penguasaan dalam menyampaikan ilmu manakala pelajar harus meningkatkan keupayaan menerima ilmu yang maksimum.

1.2.4 Menentukan Kekuatan Jati Diri
Ramai negarawan yang mempunyai tahap komunikasi lisan dan tanpa lisan yang berkesan berjaya menjadi negarawan ulung, seperti Sukarno (menguasai lima bahasa)di Indonesia, Anwar Ibrahim dan Mahathir Muhamad di Malaysia, Mahatma Gandhi di India dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja mengusai lebih dari satu bahasa tetapi seorang pemidato yang hebat.

1.2.5 Luahan Perasaan dan Persepsi
Perasaan manusia boleh digambarkan melalui luahan kata-kata atau gerak badan, penulisan, lukisan atau lakonan. Seorang kanak-kanak yang merengek bertujuan menarik perhatian ibunya untuk menghilang rasa dahaga, perasaan kasih sayang juga wujud di antara ibu bapa dan anak-anak, diantara adik beradik dan diantara pemimpin dan pengikut. Kasih sayang merupakan komunikasi tersemat di hati, anugerah Ilahi.

1.3 Jenis-jenis Komunikasi
Kaedah yang biasa digunakan untuk membahagikan komunikasi ialah dengan mengambil kira aktiviti percakapan sebagai asas pembahagian jenis komunikasi, Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis komunikasi lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan bukan sahaja terbatas kepada penulisan, tetapi juga merangkumi aspek-aspek perbuatan (atau kelakuan), bahasa isyarat dan mesej paralinguistik. Dengan itu, seseorang boleh menyampaikan maklumat tanpa sebarang penulisan atau percakapan kepada orang lain dengan syarat orang yang lain itu memahaminya.

1.3.1 Komunikasi lisan
Komunikasi yang diucapkan oleh penghantar mesej (enkod) dan diterma oleh penerima mesej (dekod) dan mesej itu difahami. Contohnya ialah dua orang yang sedang berbual. Medium lain juga selalu digunakan dalam berkomunikasi seperti penghantaran surat, penggunaan telefon, pesanan ringkas (SMS), pesanan elektronik ( e-mail ), buku dan akhbar.

1.3.2 Komunikasi Bukan Lisan
Ia adalah maklumat yang tidak diucapkan atau bukan bentuk penulisan. Ini termasuklah:
a. Ruang/ Wilayah
Jarak individu dengan individu yang lain menggambarkan tahap komunikasi. Jarak yang dekat bermakna akrab sementara jarak yang jauh menggambarkan kurang mesra.
Cara menggunakan ruang fizikal juga meggambarkan personaliti individu, contohnya susunan perabut dalam rumah atau pejabat Bayangkan personaliti seorang yang bilik tidurnya tidak kemas Apakah persepsi anda terhadapnya? Bagaimanakah watak mereka ?

b. Bahasa Badan
i. Muka
Muka anda dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain. Iannya mengambarkan kesedihan, kegembiraan, terkejut, marah dan malu

ii. Gaya Badan
Ini termasuk cara anda bertingkahlaku, contohnya
cara anda berjalan bergerak dan berlari. Gaya badan dapat menyampaikan maklumat dalam berkomunikasi. Antara maklumat tersebut termasuklah keyakinan, kebimbingan, ketakutan, tertarik, status dan keagresifan.

iii. Gerakan Badan
Anda boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan menggunakan gerakan badan dan lambang. Contohnya “bye-bye” dan lain-lain.


iv. Penampilan Diri
Pakaian menggambarkan gaya dan perwatakan peribadi seseorang. Gaya berpakaian memberikan maklumat yang menjadi “ tanggapan pertama ” kepada orang lain. Ini akan mempengaruhi proses komunikasi selanjutnya. Cara anda menyikat rambut termasuklah dalam cara penampilan diri. Penampilan diri dapat melambangkan maklumat tentang tahap ekonomi, tahap pendidikan, kepercayaan dan kedudukan sosial.



AKTIVITI 1B
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang
diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya

1. a) Nyatakan 4 (Empat) kepentingan Kemahiran berkomunikasi
dalam kehidupan individu
i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
iv. _________________________


b) Apakah yang dimaksudkan berkomunikasi boleh meluahkan perasaan?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



c) Huraikan kenapa Komunikasi Tanpa Lisan lebih penting dari Komunikasi Lisan?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________





2. Komunikasi Bukan Lisan
MASA : 30 Minit
ALAT/BAHAN : Transparensi, marker, OHP, Kertas A4
OBJEKTIF : Setelah menjalani aktiviti ini, pelajar akan
dapat:
i. Pelajar dapat mentafsir lebih mendalam bentuk komunikasi lisan dan bukan lisan
ii. Pelajar dapat menyebut hubungan bahasa badan dengan perasaan

LANGKAH :
i. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Kecil ( 5 atau 6 orang setiap kumpulan ).
ii. Pensyarah diminta menerangkan konsep komunikasi
bukan lisan
iii. Setiap pelajar diminta melakonkan aktiviti berasaskan gerak fizikal
iv. Setiap diminta mencatatkan maksud gerak tersebut

PROSES :
Fasilitator membuat rumusan berhubung maksud komunikasi dan memberi maklum balas mengenai aktiviti yang dijalankan. Fasilitator mengedarkan bahan bacaan dan rujukan.

Jika terdapat bahagian-bahagian yang tidak difahami, fasilitator menggalakkan pelajar
bertanya.

MAKLUMBALAS 1B
Anda boleh menyemak jawapan yang diberikan.

1 a) Nyatakan 4 (Empat) kepentingan Kemahiran
berkomunikasi dalam kehidupan individu

· Mengeratkan perhubungan
· Menyampaikan Maklumat, Arahan dan Pesanan
· Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
· Menentukan Kekuatan Jati Diri

b) Apakah yang dimaksudkan berkomunikasi boleh meluahkan perasaan?

Perasaan manusia boleh digambarkan melalui luahan kata-kata atau gerak badan, penulisan, lukisan atau lakonan. Seorang kanak-kanak yang merengek bertujuan menarik perhatian ibunya untuk menghilang rasa dahaga, mebersihkan diri atau dalam kesakitan. Seorang seniman meluahkan perasaaan melalui lukisan, lagu. Begitu juga wartawan, novelis, junalis akan meluahkan persaan melalui penulisan yang tajam. Perasaan kasih sayang juga wujud diantara ibu bapa dan anak-anak, di antara adik beradik dan diantara pemimpin dan pengikut. Kasih sayang merupakan komunikasi tersemat di hati, anugerah Ilahi.



c) Huraikan kenapa Komunikasi Tanpa Lisan lebih penting dari Komunikasi Lisan?

Komunikasi Tanpa Lisan dianggap penting memandangkan ianya menggambarkan situasi sebenar orang yang melakukannya.

2 a) FALSAFAH
Supaya pelajar dapat memahami konsep Komunikasi Tanpa Lisan lebih kuat pengaruhnya daripada komuniksi lisan.

b) NILAI MURNI
Pelajar akan lebih berani dalam melakukan aktiviti. Serta menunjukkan semangat kerjasama

FAKTA KUNCI

i. Komunikasi adalah proses penyampaian maksud/mesej oleh individu kepada individu lain.

ii. Komunikasi adalah proses yang memerlukan kedua-dua pihak penghantar memulakan memulakan proses dan penerima melengkapkan proses

iii. Komunikasi lisan ialah apa-apa yang diucapkan oleh penghantar mesej (enkod) dan diterma oleh penerima mesej (dekod) dan mesej itu di fahami.

iv. Komunikasi Tanpa Lisan maklumat yang tidak diucapkan atau bukan bentuk penulisan





PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Sekira terdapat masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Semoga anda maju jaya.

SOALAN 1-1

a) Berikan definisi Komunikasi
b) Berikan DUA jenis Komunikasi.
c) Terangkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan.
d) Berikan 3 contoh Komunikasi Bukan Lisan.


SOALAN 2-1

a) Huraikan secara terperinci proses yang terlibat dalam komunikasi
b) Huraikan konsep komunikasi tanpa lisan beserta contonnya sekali.


MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika “SUDAH” , sila semak jawapan anda.

Jawapan 1-1
a) Komunikasi adalah proses penyampaian maksud/mesej oleh individu kepada individu lain. Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam hubungan antara individu. Ini kerana individu terlibat dalam perhubungan kemanusian

b) Komunikasi Lisan dan Komunikasi Bukan Lisan

c) Keupayaan indidvidu menguasai tahap berkomunikasi akan memberi faedah yang maksimum terhadap tahap hubungan kemanusiaan dan ketuhanan

d) Bentuk senyuman, Pergerakan tangan dan anggukkan.





Jawapan 1.2

a) Komunikasi adalah proses yang memerlukan kedua-dua pihak
penghantar memulakan proses dan penerima melenkapkan proses

Elemen Proses Komunikasi
Individu yang aktif menggunakan 60% dari masa mereka untuk berkomunikasi. Semasa berkomunikasi terdapat 6 elemen utama terlibat dalam aktiviti tersebut.

Pemberi/Penyampai Mesej (Enkod)
Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi. Perlakuan berkomunikasi lisan dan tanpa lisan

Penerima Mesej (Dekod)
Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej/maklumat

Mesej
Maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima mesej

Saluran
Ialah media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej. Saluran yang paling asas ialah melalui pendengaran dan penglihatan. Saluran dari media elektronik dan media massa,.

Maklumbalas
Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
Konteks
Merupakan keadaan dimana keadaan ( situasi ) penyampaian mesej kepada penerima mesej ( contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya ).

b) Komunikasi Bukan Lisan
Ia adalah maklumat yang tidak diucapkan atau bukan bentuk penulisan. Ini termasuklah:
Bahasa Badan
i. Muka
Muka anda dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain. Ianya menggambarkan kesedihan, kegembiraan, terkejut, marah dan malu





Wajah Ceria Wajah Terkejut Wajah Hairan
Rajah 1.1

ii. Gaya Badan
Ini termasuk cara anda bertingkahlaku, contohnya
cara anda berjalan bergerak dan berlari. Gaya badan dapat menyampaikan maklumat dalam berkomunikasi. Antara maklumat tersebut termasuklah keyakinan, kebimbingan, ketakutan, tertarik, status dan keagresifan.

Rajah 1.2
iii. Gerakan Badan
Anda boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan menggunakan gerakan badan dan lambang. Contohnya “bye-bye” dan lain-lain.

Rajah 1.2

iv. Penampilan Diri
Pakaian menggambarkan gaya dan perwatakan peribadi seseorang. Gaya berpakaian memberikan maklumat yang menjadi “ tanggapan pertama ” kepada orang lain. Ini akan mempengaruhi proses komunikasi selanjutnya. Cara anda menyikat rambut termasuklah dalam cara penampilan diri. Penampilan diri dapat melambangkan maklumat tentang tahap ekonomi, tahap pendidikan, kepercayaan dan kedudukan sosial.

Wednesday, January 21, 2009

Unit 5 Akhlak Islam

UNIT
5
OBJEKTIF
AKHLAK ISLAM
















OBJEKTIF AM

1. Memahami konsep akhlak mahmudah dan mazmumah serta mengetahui beberapa punca pelanggaran akhlak,
2. Mengetahui dan memahami cara-cara pengukuhan dan pemantapan akhlak.


OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Mentakrifkan akhlak mahmudah dan mazmumah.
2. Mengenalpasti ciri-ciri akhlak mahmudah dan mazmumah. Serta memberi contoh kedua-duanya,
3. Menghuraikan takrif punca, kesan dan pandangan Islam terhadap rasuah, sumbang mahram serta sikap putus asa.
4. Mengenalpasti peranan solat, puasa dan amalan sunat dalam pengukuhan akhlak.
5. Mengenalpasti peranan rakan dan persekitaran dalam mengukuhkan dan memantapkan akhlak.







INPUT 5A







5.1 AKHLAK TERPUJI

5.1.0 PENGENALAN.

ٰ
ٰAkhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara langsung tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah mencipta perasaan semulajadi ini dalam diri manusia sebagaimana firman Allah swt :
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّهَا. فَأَلَّهَمَهَا فُجُوْرَهَا وَتَقْوَهَا .

“ Demi jiwa dan kesempurnaan ciptaaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaan. Sungguh telah berbahagia orang yang menyucikannya dan kecewa orang yang menodainya.”
(Surah as-Shams:7

Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah menciptakan dalam diri manusia unsur baik dan unsur buruk (fasik) terpulang kepada keturunan manusia untuk memilih salah satu daripadanya. Oleh itu ulamak telah membahagikan akhlak manusia kepada dua kategori akhlak baik atau mahmudah, akhlak jahat atau mazmumah.


5.1.1 KONSEP AKHLAK TERPUJI (MAHMUDAH)

Pengertian Akhlak Terpuji
Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati.


Imam Ghazali telah menetapkan empat prisnsip utama akhlak yang menunjangi akhlak manusia bagi melahirkan akhlak terpuji iaitu:

· Hikmah ( Kebijaksanaan)
iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan pertimbangan baik.

· Adil
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan marah dan nafsunya mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan syariat.

· Syajaah
Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.

· Iffah
Ia adalah keupayaan diri uang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf tolong-menolong, peramah dan kurang mengharap dari orang lain.

Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan melahirkan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau berlebihan dalam diri manusia akan melahirkan sifat yang keji pula. Sabda Rasulullah s.a..w;
ٰ
خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسطُهَا

“Sebaik-baik perkara adalah bersederhana."

Imam al Ghazali berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dicapai melalui proses mujahadah dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba mempertingkatkan akhlak diri sendiri.





5.1.2 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIAH

§ Ciri utama akhlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah s.w.t yang dibimbing melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as Sunnah.
§ Taat kepada Allah dan ingin mendapat keredhaanNya
§ Takut kepada siksaanNya.
§ Tidak mudah berubah, tidak tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
§ MencintaiNya dan mengamalkan segala yang diperintahNya
§ Menjadikan Islam sebagai sumber akhlak yang akan melahirkan insan yang dermawan, berani, adil, dapat dipercayai dan lain-lain serta menjauhkan diri daripada sifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat tercela yang lain.


5.1.3 CONTOH-CONTOH AKHLAK TERPUJI

Akhlak mempunyai tali perhubungan yang akrab dengan iman dan takwa . Tanpa akhlak bermakna iman dan takwa menjadi gersang. Aklak yang baik disaran oleh al Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal soleh, ikhlas, sabar, amanah, zuhud dan sebagainya. Terdapat banyak contoh akhlak terpuji, di antaranya:

a. Kasih sayang (ar-Rahmah)
Sifat kasih sayang kepada semua manusia terutama antara manusia yang seagama sangat dipandang tinggi dan digalakkan oleh Islam sebagaimana dalam surah al-Balad : 17

وَتَوَاصَوْا بِالْصَبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ

“Mereka saling berpesan dengan kesabaran, mereka saling berpesan dengan kasih sayang."

”Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak bersifat belas kasihan kepada yang ada di bumi dia pun tidak dikasihi oleh yang ada di langit.” (At Tibrani)

b. Adil
ٰAdil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang memiliki hak, membebankan kewajipan bagi mereka yang mempunyai kewajipan. Hak yang diberikan itu tidak lebih dan tidak kurang sebagaimana firman Allah Taala
إِنَّ اللهَ يَأمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسنِ

dalam surah an-Nahl : 90 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik.”

c. Berani dan Sabar
Berani ialah menghadapi bahaya dan penderitaan dengan tabah dan dapat menguasai jiwanya dan bertindak menurut semestinya. Syarat berani ialah sabar, iaitu tabah menahan penderitaan, tidak putus asa, tenang menghadapi penderitaan. Oleh itu sabar adalah ciri akhlak yang utama. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm :121 yang bermaksud: “Sabar dan tawakkal kepada Allah adalah pangkal kemenangan.”

d. Keunggulan peribadi.
Individu yang berperibadi tinggi menjalankan tugas-tugasnya dengan rapi dan cekal sepanjang hayat. Inilah yang dinamakan keunggulan peribadi dan setiap kegiatan yang melatih individu untuk membentuk peribadi yang kukuh terpaksa dijalankan secara teratur dan tetap sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Perbuatan yang paling disukai oleh Allah ialah perbuatan yang dilakukan secara berterusan walaupun ia kecil.”

e. Memelihara kesucian diri. (al-Iffah)
ٰIa bererti menjaga diri daripada segala keburukan supaya terpelihara kehormataan diri. Seseorang muslim harus sentiasa berusaha memelihara kesucian dirinya dan hawa nafsu, lidah serta hatinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.
ٰ
ٰ
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ ذَكّهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسّهَا

“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya.”
(Surah a-Shams : 9 – 10)

f. Ketepatan Masa
Menjaga masa adalah ciri-ciri sifat yang baik. Solat mengajarkan kita mengenai ketepatan masa. Latihan ini kita jalankan secara berterusan dan tetap. Jika kita sentiasa tepat dengan solat berjemaah setiap hari insyaAllah kita akan tepat dalam segala kegiatan yang kita lakukan.

KESIMPULAN
Akhlak memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang baik dan beramanah serta menghindarkan insan yang jahat dan khianat. Oleh kerana itu akhlak yang mulia adalah faktor terkuat untuk menyokong pembangunan rohani manusia.





AKTIVITI 5A





5.1 Nyatakan dua kepentingan akhlak Islamiah.

i.
ii.


5.2 Senaraikan empat ciri-ciri akhlak mahmudah.











5.3 Manakah di bawah ini yang merupakan akhlak terpuji yang disarankan oleh Islam.

a. Solat lewat waktu
b. Menutup aurat di tempat-tempat tertentu sahaja.
c. Banyak bercakap semasa belajar.
d. Berani kerana benar

5.4 Berikut adalah contoh-contoh akhlak mahmudah yang perlu ada dalam setiap diri muslim.
i. takbur
ii. iffah
iii. syajaah
iv. ujub

a. i dan iii
b. ii dan iii
c. iii dan iv.
d. I, ii dan iii






MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A









5.1 Dua kepentingan akhlak ialah :
i. Dapat melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t
ii. Dapat mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.


5.2 Ciri-ciri akhlak Islamiah ialah:
i. Ciri yang utama akhlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah s.w.t
yang dibimbing melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as
Sunnah.
ii. Taat kepada Allah dan ingin mendapat keredhaanNya
iii. Takut kepada siksaanNya.
iv. Tidak mudah berubah, tidak tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.


5.3 D

5.4 B


















INPUT 5B









5.2 AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


5.2.0 PENGENALAN

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercelai menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah.” (Riwayat Muslim)

5.2.1 KONSEP AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)
Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah, merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat mazmumah ialah menyengutukan Allah s.w.t., bohong, takbur, dengki, khianat, bakhil, marah dan sebagainya.


5.2.2 CIRI-CIRI AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

· Ciri yang utama akhlak mazmumah itu adalah tidak bertaqwan kepada Allah s.w.t yang tidak berlandaskan melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as- Sunnah.
· Ingkar kepada Allah dan tidak ingin mendapat keredhaanNya
· Tidak takut kepada siksaanNya.
· Mudah berubah, tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
· Tidak mencintaiNya dan tidak mengamalkan segala yang diperintahNya.
· Tidak menjadikan Islam sebagai sumber akhlak, yang akan melahirkan insan yang bersifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat tercela yang lain.




5.2.3 CONTOH AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

a. Dengki
Dengki ialah perasaan iri hati atau rasa benci seseoerang. Biasanya perasaan ini timbul pada seseorang manusia bila mana dia melihat orang lain mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya kemudian dia mengharap semoga nikmat dan kelbihan yang ada pada orang lain itu hilang dan berpindah pada dirinya.
Sifat atau perasaan seperti ini adalah sifat mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah bahkan Allah s.w.t telah mnegaskan di dalam al Quran;
وَلاَ تَتَمَنَّوا مَا فَضَّلَ اللهُ بِهِ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ

“ Dan janganlah kamu iri hati apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian daripada kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.”
(Surah an-Nisak : 32)

Sifat dengki dapat menghabiskan segala amal kebajika seseorang sesuai dengan sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Jauhilah oleh kamu sifat dengki itu, bahawasanya perasaan dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

Islam membolehkan dua perkara hasad iaitu:
i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad seperti ini, seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya bahawa kalau dia kaya seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat demikian.

ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti ini dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam menuntut ilmu pengetahuan.


b. Fitnah
Fitnah dapat diertikan dengan menghasut yang bermaksud menyampaikan cakap seseorang kepada orang lain dengan menambah di sana-sini supaya orang yang mendengar menjadi benci dan naik radang. Perbuatan ini amat tidak disukai dalam Islam sebab orang yang menghasut itu tergolong dalam golongan orang yang fasik. Adapun Islam tidak menerima orang fasik itu sebagai saksi apa lagi untuk mendengar cakapnya.





Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam al Quran dari


ٰ
ٰيَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيْبُوا قَوْمًا بِجَهلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ ندِمِيْنَ


“Hai orang yang beriman jika datang kepadamu orang yang fasik membawa perkhabaran hendaklah kamu periksa kebenarannya kerana ditakuti kalau-kalau kamu menganiaya seseuatu kaum dengan tiada pengetahuannya akhirnya kamu akan menyesal dengan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujarat : 6)


Perbuatan hasad ini diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab:

· Perbuatan menghasut ini boleh menyebabkan pergaduhan dan permusuhan.
· Sebahagian besar daripada penghasut ini adalah berniat untuk memutuskan hubungan orang yang sudah sedia retak hubungannya.
· Akibat dari hasutan itu, banyak orang teraniaya.
· Orang yang hobinya menghasut biasanya lalai dari mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dan dibenci oleh masyarakat, akhirnya perbuatan sendiri akan menganiaya dirinya kembali.

c. Bertengkar
Bertengkar dapat juga diertikan dengan berbantah. Secara takrif yang agak lebih tepat bertengkar dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk mencari kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap perbincangan yang hanya bertujuan untuk mencari kemenangan, kemegahan adalah tidak baik. Bertengkar yang dibolehkan adalah untuk mencari kebenaran.

Pertengkaran yang tidak diingini dalam Islam yang dapat menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan atau perkelahian akhirnya wujudlah pwrmusuhan. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadis yang bermaksud:” Tidak akan sesat sesuatu kaum sesudah diberi mereka petunjuk oleh Allah melainkan orang yang bertengkar.” (Riwayat Termizi dan Ibn Majah)





d. Mengumpat
Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya yang diperkatakan ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Dilihat dari segi bentuknya, mengumpat ini dapat dibahagi kepada tiga jenis:
i. Ghibbah – ialah memperkatakan keburukan seseorang di
belakangnya.
ii. Buhtan – ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang untuk tujuan memburuk-burukkannya supaya harga dirinya jatuh di tengah masyarakat.
iii. Ifkun – iaitu menaburkan berita-berita fitnah yang didengar dari seseorang kemudian menyampaikannya kepada orang lain.

Ketiga-tiga perlakuan di atas termasuk kepada perlakuan mengumpat. Perbuatan ini adalah suatu tindakan yang sangat keji dan diharamkan dalam Islam malahan ia termasuk kepada golongan dosa-dosa besar, sebagaimana Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam al Quran dalam surah al Hujarat: 12

لاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضَا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ
لَحْمَ أَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ.

“ Dan janganlah engkau mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah engkau menghina kepada setengahnya. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu akan merasa jijik.”
(Surah al Hujarat: 12)


Seiring dengan ketegasan Allah s.w.t. ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Janganlah kamu berdengki-dengki, janganlah berbenci-bencian, janganlah berkeras-kerasan, janganlah memutuskan tali perhubungan, janganlah kamu mengumpat sesama kamu malahan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”




AKTIVITI 5B




Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.

5.5 Berikan definisi akhlak mazmumah mengikut pandangan Islam.

____________________________________________________________

____________________________________________________________
____________________________________________________________


5.6 Nyatakan 3 kesan buruk individu yang memiliki akhlak mazmumah mengikut pandangan anda.

i. ____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

iii. ___________________________________________________


5.7. Sebutkan empat contoh akhlak mazmumah yang boleh memecah-belahkan hubungan persaudaraan sesama manusia.

i. ___________________________

ii. ___________________________

iii. ___________________________

iv. ___________________________








MAKLUMBALAS AKTIVITI 5B






5.5. Definisi akhlak mazmumah ialah: perbuatan tercelai menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah.” (Riwayat Muslim)


5.6 3 kesan buruk individu yang memiliki akhlak mazmumah ialah :

i. Ia boleh menyebabkan pergaduhan dan permusuhan.
ii. Boleh memutuskan hubungan persaudaraan sessama manusia.
iii. Berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam masyarakat.

5.7 Empat contoh akhlak mazmumah yang boleh memecah-belahkan hubungan persaudaraan sesama manusia ialah:

i. Dengki
ii. Fitnah
iii. Mengumpat
iv. Sombong













INPUT 5C











5.2 PELANGGARAN AKHLAK

5.3.0 PENGENALAN

Masalah pelanggaran akhlak terbentang luas di hadapan kita dan tidak boleh disembunyikan lagi. Ia merupakan satu fenomena menyeluruh menghakis ketahanan dan kekuatan nilai-nilai Islam. Ia juga mempunyai misi dan visi terhadap pembangunan dan penerusan tamadun agama, bangsa dan negara. Berbagai-bagai krisis akhlak kini terus menular dalam masyarakat kita seperti rasuah, sumbang muhram, penderaan, pelacuran dan lain-lain lagi.

5.3.1 RASUAH

Rasuah bukanlah fenomena baru. Ia adalah fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa ia boleh bebas dari jenayah rasuah. Kewujudannaya bermula sejak sejarah peradaban manusia, dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan suatu jenayah berat yang mudah menular dalam sistem hidup masyarakat.

Pengertian Rasuah
Perkatan rasuah berasal dari perkataan arab yang berbunyi al-risyuah. Mahmud Muhammad at-Tahani dalam kamusnya An-Nihayah Ibnu Athir memberikan definisi rasuah dari segi bahasa ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk memutarbelitkan fakta iaitu untuk membatilkan yang hak atau membenarkan yang batil. Menurut istilah syarak, sebagaimana dikemukan oleh Yusuf al-Qardawi iaitu sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya.





Punca Rasuah

§ Antara faktor terpenting yang menjadi punca rasuah kerana penglibatan golongan atasan yang berkuasa dalam kehidupan yang serba mewah. Justeru untuk memenuhi keperluan berbelanja dengan mewah, golongan atasan terpaksa melakukan rasuah.
§ Faktor kedua yang menyebabkan rasuah berkaitan rapat dengan sikap suka kepada kehidupan mewah. Ini kerana tabie manusia yang amat suka pada harta benda sebagaimana yang dijelaskan dalam al Quran: (Surah al-Fajr :20)
وَتُحِبُّوْنَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

“Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.”
(Surah al-Fajr :20)

§ Selain dari itu, lemahnya didikan agama dalam masyarakat pada masa ini menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dan terpedaya dengan jenayah rasuah.

Kesan Amalan Rasuah
Terdapat banyak kesan amalan rasuah yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Di antaranya ialah:

§ Berlaku ketidakadilan di kalangan masyarakat.
§ Berlaku permusuhan
§ Berlakunya penindasan terhadap orang yang lemah.
§ Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan di dalam masyarakat ataupun organisasi pentadbiran.
§ Melemahkan dan memundurkan umat Islam dan negara.
§ Menjatuhkan kesucian ajaran Islam.
§ Dimurkai oleh Allah s.w.t.



Pandangan Islam Terhadap Amalan Rasuah

Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah. Membenteras gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya mencemarkan Islam. Mereka bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara umumnya malah dengan rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

اَلْرَاشِى وَالْمُرْتَشِى فِى النَِّار

“Pemberi dan penerima rasuah berada dalam neraka.”

Untuk manusia yang beriman, hadis di atas amat menakutkan tetapi buat mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi sabda Rasulullah s.a.w. ini tidak mencecahkan ke hati nuraninya. Rasulullah s.a.w. juga meramalkan bahawa akan datang suatu zaman atas umat manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan menjadi kiblat mereka. Iman mereka sudah hilang kecuali namanya sahaja.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik , jawatan tinggi dan harta kekayaan oleh musyrikin Quraisy agar berhenti daripada berdakwah ke jalan Allah s.w.t. Apa yang nabi s.a.w. jawab ialah seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku nescaya aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikianlah kentalnya iman rasulullah s.a.w. untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan itu.



5.3.2 SUMBANG MAHRAM

Takrif Sumbang Mahram
Dari segi bahasa perkataan sumbang mahram bererti kelakuan yang tidak mematuhi adat. Berzina dengan orang yang tidak halal berkahwin (mengikut kamus dewan). Dari segi istilah sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu bapa dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak tiri, ataupun datuk dan cucu.

Punca Berlakunya Sumbang Mahram

§ Gejala ini semestinya berpunca daripada kurangnya didikan agama dan kurang penerapan serta mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan individu dan institusi kekeluargaan.

§ Peranan media cetak dan elektronik yang berpengaruh di tengah-tengah masyarakat menawarkan kebebasan seks dan kerendahan moral. Keadaan seumpama ini mengajak anak-anak muda kita untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa mengira mahram ataupun tidak.


§ Kurangnya penekanan dari segi pergaulan dan pemakaian di kalangan ahli keluarga seperti memakai pakaian yang mengghairahkan dan bebas dari segi tindakan tanpa mengira adat dan ajaran Islam

§ Tayangan video dan VCD lucah senang didapati di pasaran dan mereka dengan mudah dapat menonton video-video dan VCD-VCD tersebut di rumah ketika ibu bapa mereka sibuk bekerja dan mereka terdorong untuk mempraktikkan apa yang mereka tonton tanpa mengira apa akibatnya.

§ Sikap dan perlakuan ibu bapa menjadi ganas kerana hilang pertimbangan dan mempunyai maruah yang rendah menyebabkan mereka cenderung untuk mendera anak-anak mereka. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk menahan dan menghadapi tekanan dan kekecewaan serta bergelumang dengan berbagai-bagai dosa.


Kesan Sumbang Mahram

i. Terhadap Individu

§ Ia akan merugikan individu itu sendiri iaitu perlu menanggung bebannya sendiri dan memalukan diri sendiri.
§ Menanggung sendiri masalah dan dosa terhadap Allah s.w.t.
§ Akan menyebabkan dibenci oleh masyarakat dan keluarganya sendiri dengan perbuatannya melakukan sumbang muhram.
§ Membawa keburukan dan kemudaratan kepada diri sendiri seperti dihinggapi penyakit AIDS.


ii. Terhadap Masyarakat

§ Akan dipandang hina oleh masyarakat dan akan dipandang serong oleh masyarakat itu sendiri.
§ Masyarakat susah untuk menerima individu yang melakukan sumbang mahram.
§ Malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
§ Rumahtangga akan menjadi porak-peranda.





iii. Terhadap Negara

§ Imej negara akan terjejas kerana masalah gejala sosial semakin bertambah khususnya sumbang mahram di kalangan masyarakat.
§ Menambah beban negara dari segi penubuhan pusat-pusat perlindungan terhadap mangsa-mangsa sumbang mahram.
§ Masyarakat akan berpecah-belah dan akan menimbulkan masalah kepada negara.


Pandangan Islam Terhadap Sumbang Mahram

§ Sumbang mahram amat dibenci oleh Allah s.w.t kerana ia menodai pertalian suci kekeluargaan dan sekaligus mampu menjadi punca perpecahan keluarga umumnya serta perbalahan umat Islam khasnya. Firman Allah s.w.t
وَلاَ تَقْرَبُوْا الزِّنَا
“Dan janganlah kamu menghampiri zina.”

· Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat tersebut bahawa Islam melarang umatnya mendekati apa saja unsur perzinaan kerana jenayah sumbang mahram juga merupakan salah satu daripada perzinaan dan ia boleh terjadi dengan berlakunya rogol, zina, persetubuhan di antara yang mempunyai hubungan kandung atau bersaudara (muhram). Ia biasanya boleh berlaku sama ada secara paksa, rela atau tidak disedari oleh mangsa. Kebanyakan mangsa berlaku kepada golongan kanak-kanak bawah umur.

· Ulamak berselisih dalam menentukan hukuman ke atas pesalah zina dengan mahram. Ada di kalangan mereka menghukumkan pesalah jenayah ini dengan hukuman zina iaitu rejam atau seratus kali sebatan berdasarkan status muhsan atau tidak.

· Ada pendapat yang mengatakan mereka dihukum mati jika mahram itu ialah mahram muabbad iaitu yang haram kahwin selamanya dan ada kalangan berpendapat pesalah dihukum dengan hirabah iaitu bunuh jika ia desertakan dengan paksaan. Abdul Karim Zaidan menyokong pendapat pesalah zina mahram (haram muabbad) dibunuh.







5.3.3 SIFAT PUTUS ASA, MALAS DAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Sifat Putus Asa
Dalam mengejar cita-cita untuk bahagia dan berjaya, biasanya kebanyakan daripada kita akan menghadapi sedikit sebanyak rintangan dan halangan. Namun begitu, ada juga segolongan yang terpaksa menghadapi rintangan dan halangan yang amat perit dan tidak pernah putus-putus. Andai kata kita termasuk ke dalam golongan kedua itu, jangan sekali-kali kita mudah hilang semangat, berpatah hati dan berputus asa.

Kita hendaklah menyedari bahawa kesemua rintangan dan halangan tersebut adalah dugaan daripada Allah s.w.t. Semakin besar dugaan yang terpaksa ditempuh, semakin besarlah ganjaran atau rahmat yang akan diterima Allah s.w.t kelak. Putus asa terhadap rahmat Allah s.w.t adalah salah satu daripada dosa besar.

Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan kepada sifat sabar. Orang yang berputus asa ialah orang yang hilang kesabarannya. Apabila jiwa telah diresapi sifat putus asa maka pudarlah cita-cita, keringlah pengharapan pada rahmat Allah s.w.t., tiadalah lagi daya dan keinginan untuk terus berusaha dan berjuang.

Sifat lekas putus asa dalam menghadapi dugaan dan perjuangan memperbaiki hidup serta cepat hilang kesabaran dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t. samalah dengan mensia-siakan amalan peribadatan dan perhambaaan kepadaNya. Firman Allah s.w.t.

ٰوَلاَ تَايْئَسُوْا مِنْ رَوْحِ اللهِ إِنَّهُ لاَ يَايْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللهِ
اِلاَّ القَوْمُ الكفِرُوا

“Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmaat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf : 87)


Kita tidak perlu berputus asa jika kita sedar setiap rintangan dan halangan itu semua ujian dari Allah s.w.t. Kita juga tidak perlu berputusa asa jika kita insaf bahawa rintangan dan halangan yang menimpa kita itu merupakan pertanda-petanda sayang Allah s.w.t. terhadap kita. Allah s.w.t. berfirman


ٰ
وَاصْبِرُوْا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّبِرِيْنَ

“Dan bersabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal
hati. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Anfal : 46)

Perjuangan dalam hidup mestilah teguh dan tetap dan hadapilah segala cabaran dengan cekal sambil teguh mengingati Allah s.w.t. supaya kita sentiasa terus-menerus dalam pemeliharaanNya serta mesti yakin sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. tetap bersama kita. Sebagaimana firman Allah s.w.t.

فَلاَ تَوَلُّوْهُمُ الأَدْبَارَ

“ Maka janganlah kamu berpaling undur.” (Surah al-Anfal : 15)

Perjuangan hidup kita akan dirahmati Allah s.w.t. selagi matlamatnya dalah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t


مَا أَصَابَكَ مِنْ مُصِيْبَةٍ اِلاَّ بِإِذْنِ اللهِ وَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللهِ يَهْدِ قَلْبَهُ

“Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberi petunjuk kepada dirinya.” (Surah at-Taghabur:11)












MALAS

Sifat malas hampir sama dengan keadaan lemah jiwa dan sama-sama merupakan sumber kegagalan dan kemunduran. Malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah dan semangat kerja.

Sebab Timbulnya Sifat Malas

§ Lesu rohani kerana kuat bekerja.
§ Keadaan fizikal yang tidak normal.
§ Pengaruh persekitaran.
§ Kekurangan pendidikan.
§ Pengaruh keturunan.

Ciri-Ciri Malas

§ Sikap lesu
§ Bersikap acuh tak acuh
§ Hilang kemahuan dan tenaga.


Kesan Buruk Sifat Malas

§ Lumpuhnya semangat bekerja sehingga orang yang terkena penyakit malas tersebut akan menjadi beban masyarakat. Dia hanya mahu dilayani orang tetapi tidak dapat melayani orang lain.

§ Mengakibatkan kebodohan, kebekuan dan kemunduran.

§ Menimbulkan penderitaan zahir dan batin, hanya orang yang bersungguh-sungguh dapat memenuhi kehendak hidupnya.

§ Terbuangnya waktu tanpa makna. Hari-hari dilalui dengan kehampaan, umur habis tanpa jasa dan amal soleh. Tiada kesan dan tiada yang patut untuk dikenang selama hayat dikandung badan.

Cara Mengatasi Sifat Malas

§ Kesedaran akan bahaya sifat malas akan merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

§ Kesedaran akan pentingnya waktu dan nilai hidup.

§ Sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan beristiqamah dalam sesuatu pekerjaan yang dilakuakn.

§ Mempunyai sikap ingin maju dan berdaya saing.



SIKAP TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Takrif
Sikap tidak bersungguh-sungguh ialah melakukan sesuatu perkara dengan tidak memberi perhatian dengan sepenuhnya atau dalam erti kata melakukan perkara dengan sambil lewa.

Punca Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

§ Mengambil mudah terhadap sesuatu perkara, seperti hanya melepaskan batuk di tangga.

§ Tidak berminat di dalam melakukan sesuatu perkara serta tidak memberi tumpuan dengan sepenuhnya.

§ Menghadapi tekanan perasaan dan gangguan emosi seperti mencampur-adukkan masalah peribadi dengan perkara yang hendak dilakukan.

§ Malas, berlengah-lengah membuat sesuatu perkara (bertangguh-tangguh) dan melebihi perkara yang tidak penting.

§ Memilih jalan yang salah terhadap sesuatu perkara serta cemburu atau dengki terhadap kejayaan orang lain dan sebagainya.


Kesan Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

§ Sesuatu pekerjaaan yang dilakukan tidak dapat diselesaikan dengan sempurna dan tertangguh.

§ Hasrat tidak akan tercapai dan kejayaan tidak akan diperolehi kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.

§ Seseorang itu akan rugi dan tidak akan disenangi oleh masyarakat.

§ Akan ketinggalan dalam sesuatu perkara serta akan menghadapi tekanan perasaan dan sebagainya.


Cara-Cara Mengatasi Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

§ Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

§ Selalu berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. supaya tidak ada sikap buruk tersebut dan memperolehi keyakinan diri.

§ Sentiasa mendampingi orang yang bersungguh-sungguh dan baik seperti mencari sahabat yang boleh membimbing dan memberikan semangat kepada seseorang.

§ Membuat atau menyelesaikan perkara yang mudah dahulu sebelum melakukan perkara yang susuah dan sebagainya.


KESIMPULAN

Sikap putus asa, malas dan tidak bersungguh-sungguh adalah suatu sikap yang tidak baik bagi seseorang itu tanpa mengira usia dan akan menyebabkan hidup kita akan sentiasa tidak terurus, teratur dan mudah melakukan perkara-perkara yang tidak baik, sebagaimana firman Allah s.w.t.

وَلاَ تَهِنُوْا وَلاَ تَحْزَنُوْا وَأَنْتُمُ الاَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِيْنَ

“ Dan janganlah engkau merasa emah dan berduka cita (terhadap apa yang menimpa kamu) pada hal kamulah orang yang tertinggi jika kamu orang yang sungguh-sungguh beriman.
(Surah Ali-Imran : 139)


















AKTIVITI 5C





5.8 Berikan definisi rasuah mengikut pandangan Islam.

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________


5.9 Tuliskan kesan perlakuan sumbang mahram di dalam ruangan yang disediakan.


1.


2.


3.





5.10 Nyatakan cara-cara mengatasi sifat malas dan sikap tidak bersungguh-sungguh di dalam kehidupan anda seharian.

i. ____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

iii. ____________________________________________________







MAKLUMBALAS AKTIVITI 1C













5.8 Definisi rasuah mengikut pandangan Islam ialah:

Perkatan rasuah berasal dari perkataan arab yang berbunyi al-risyuah. Mahmud Muhammad at-Tahani dalam kamusnya An-Nihayah Ibnu Athir memberikan definisi rasuah dari segi bahasa ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang untuk memutarbelitkan fakta iaitu untuk membatilkan yang hak atau membenarkan yang batil. Menurut istilah syarak, sebagaimana dikemukan oleh Yusuf al qardawi iaitu sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya.



5.9 Kesan perlakuan sumbang mahram ialah:

1.
Akan menyebabkan dibenci oleh masyarakat dan keluarganya sendiri dengan perbuatannya melakukan sumbang muhram.

2.
Menambah beban negara dari segi penubuhan pusat-pusat perlindungan terhadap mangsa-mangsa sumbang muhram.

3.
Masyarakat akan berpecah-belah dan akan menimbulkan masalah kepada negara








5.10 Cara-cara mengatasi sifat malas dan sikap tidak bersungguh-sungguh di dalam kehidupan saya seharian ialah:

i. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

ii. Selalu berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. supaya tidak ada sikap buruk tersebut dan memperolehi keyakinan diri.

iii. Sentiasa mendampingi orang yang bersungguh-sungguh dan baik seperti mencari sahabat yang boleh membimbing dan memberikan semangat kepada seseorang.








































INPUT 5D





5.3 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

5.4.0 PENGENALAN

Manusia yang unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardu kifayah serta akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal saleh.


5.4.1 PENGUKUHAN AKHLAK DENGAN IBADAT SOLAT, PUASA
DAN AMALAN SUNAT


Ibadat Solat

Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam berbagai-bagai segi. Antaranya ia menjadi sebahagian sifat orang yang bertakwa yang menurut arahan kitab suci al-Quran. Mereka yang memperlengkapkan dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji itu mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. dan seterusnya beroleh kejayaan.

Al Quran dari segi yang lain menerangkan solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawal daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Sebagaimana firman Allah s.w.t;






ٰ
إِنَّ الاِنْسنَ خُلِقَ هَلُوْعَا إِذَا مَسَّهُ الشَرُّ جَزُوْعًا وَإِذَا مَسَّهُ الخَيْرُ مَنُوْعًا اِلاَّ المُصَلِّيْنَ

“Sesungguhnya manusia dijadikan dalam bertabiat resah-gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia peroleh kesenangan dia sangat bakhil kedekut kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.”
(Surah al-Insan : 19 – 22)

Solat sangat memberi kesan dalam membentuk peribadi muslim kerana ia:

· Mencegah dari fasad dan mungkar. Firman Allah s.w.t.
ٰ
ٰ
وَأَقِمِ الصَّلوةَ إِنَّ الصَّلوةَ تَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ


“Dan dirikanlah solat (dengan tetap) sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” Dalam ayat tersebut perkataan ‘fasya’ yang ditakrifkan oleh al-Raghib al-Asfahan ialah sesuatu yang sangat keji sama ada dari segi perbuatan atau perkataan seperti zina, mencuri dan minum arak. Manakala mungkar pula ialah sesuatu yang diingkar daripada syarak.
(Surah al-Ankabut : 45)

· Orang mukmin sahaja yang cintakan solat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. menerangkan terhadap orang munafik iaitu:
ٰ
ٰ
ٰ
ٰ
ٰ
ٰإِنَّ المُنفِقِيْنَ يُخدِعُوْنَ اللهَ وَهُوَ خدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوْا اِلَى الصَّلوةِ قَامُوْا كُسَالَى يُرَآءُوْنَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُوْنَ اللهَ إِلاَّ قَلِيْلاَ

“Sesungguhnya orang yang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak di hadapan manusia dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (Surah an-Nisak: 142 )


· Solat itu dilakukan oleh orang yang berakal. Orang yang tidak berakal sama ada disebabkan oleh gila atau mabuk adalah ditegah daripada melakukan solat. Firman Allah dalam surah an-Nisak : 43

ٰ
ٰ
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تَقْرَبُوْا الصَّلوةَ وَأَنْتُمْ سُكرَى

“Wahai orang yang beriman janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk.” Ayat ini sekali pun turun sebelum diharamkan arak tetapi ia menunjukkan bahawa orang yang mabuk ditegah daripada solat sekali pun disebabkan oleh yang bukan arak.
(Surah an-Nisak : 43)



IBADAT PUASA

Puasa termasuk dalam ibadat yang mempunyai kesan yang kuat dalam membentuk akhlak mulia. Natijah puasa dalam membentuk akhlak dan peribadi muslim adalah seperti berikut:

i. Puasa itu perisai. Puasa adalah pengawal yang menjaga seseorang daripada masuk ke neraka. Oleh itu orang yang berpuasa hendaklah menjaga perbuatan dan perkataan yang keji. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa puasa itu adalah pengawal daripada neraka sebagaimana sabdanya yang bermaksud, “Puasa itu adalah pengawal daripada neraka jahanam sebagaimana perisai salah seorang daripada kamu dari pembunuhan.”

ii. Puasa merupakan alat yang terpenting bagi menjauhkan zina dan perkara-perkara yang sehubungan dengannya. Islam menganjurkan cara bagi meredakan syahwat ialah dengan berpuasa. Ini dapat menjauhkan diri dari melakukan perzinaan yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

iii. Puasa itu ialah separuh kesabaran sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “ Puasa itu adalah separuh kesabaran.”



iv. Puasa mempunyai hubungan dengan amal kebajikan. Oleh itu pada bulan Ramadan dikehendaki supaya membanyakkan lagi amalan kebajikan, maka akan penuhlah bulan itu dengan amal kebajikan dan terhindarlah amalan sia-sia dan maksiat.



AMALAN-AMALAN SUNAT

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa melakukan amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian kerana ia dapat mendekatkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia dengan manusia serta memberi kesan dalam membentuk akhlak seseorang. Terdapat banyak amalan sunat yang dianjurkan Islam, di antaranya ialah:


i. Solat Sunat seperti Solat Tahajjud

Solat sunat yang dikerjakan di tengah malam yang hening-bening menjelang hampir terbit fajar, disebut solat tahajjud atau solat malam. Menurut keterangan al-Quran dan as-Sunnah serta pengalaman peribadi ahli-ahli tahajjud menunjukkan bahawa sungguh besar hikmat dan nikmat yang dapat dipetik daripadanya. Di antaranya ialah:

§ Mengukuhkan keperibadian dan bertambah kuatnya mental dalam menghadapi perjuangan hidup, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muzammil:5-7 yang bermaksud: “Kami akan memberi kepadamu perkataan yang berat , sesungguhnya bangun sembahyanga di malam hari itulebih memperkuat (jiwa) dan lebih betul bacaannya, sesungguhnya di siang hari engkau mempunyai kelebihan yang banyak.”

§ Dapat menyihatkan jasmani. Apabila solat dilakukan, maka secara automatik bergeraklah anggota tubuh di mana pergerakan itu mempengaruhi otot, otak, saraf dan perjalanan darah. Pernafasan lebih dalam dan persediaan darah menjadi lebih lancar, suatu keadaan yang membangun kesihatan.

§ Menimbulkan ketenangan jiwa; kerana tahajjud itu sendiri merupakan zikir dan doa yang boleh merupakan salah satu cara untuk menenangkan jiwa, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah ar-Ra’du: 28 yang bermaksud; “Yang beriman dan tenteram hatinya lantaran ingat kepada Allah, ketahuilah bahawa dengan zikir kepada Allah dapat mententeramkan jiwa.”



ii. Puasa Sunat

Suatu amalan yang menarik ahli-ahli ibadat ialah mengerjakan puasa sunat di samping menunaikan puasa wajib di bulan Ramadan kerana puasa sunat memainkan peranan dalam membentuk akhlak manusia, sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim, yang bermaksud; “Jika kamu puasa maka jangan berkata keji dan marah dan jika ada orang yang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah beritahu saya puasa. Maka jika amalan dipatuhi sudah tentu suatu peningkatan akhlak yang juga akan diterapkan di luar puasa.
Di antara puasa sunat yang digalakkan ialah:

· Puasa enam hari dalam bulan Syawal
· Puasa hari kesembilan dan kesepuluh bulan muharam
· Puasa Syaaban
· Puasa hari Isnin dan Khamis
· Puasa selang hari.

iii. Zikir

Salah satu adab yang mendapat perhatian khusus dalam rangka taqarrub ialah zikir kepada Allah s.w.t. dalam hati dan menyebut namanya pada lisan berdasarkan perintah Allah dalam al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t.

يَا أَيُّهََا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اذْكُرُوْا اللهَ ذِكْرًا كَثِيْرًا وَسَبِّحُوْهُ بُكْرَةً
وَأَصِيْلاً .
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah olehmu pada tiap pagi dan petang.
(Surah al-Ahzab : 41 – 42)

Antara kelebihan berzikir ialah:

· Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankan status kesucian dirinya.
· Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
· Dapat mententeramkan jiwa
· Mendapat keampunan (maghfirah)




5.4.2 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
BERASASKAN HUBUNGAN SOSIAL IAITU MEMILIH RAKAN DAN PERSEKITARAN


Di dalam pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan hubungan sosial didefinisikan sebagai sistem sosial Islam ialah satu penggabungan manusia melalui ikatan undang-undang rabbani untuk mencapai tujuan kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Ini dapat dilihat dari perkaitan di antara cara pemilihan rakan, suasana persekitaran dan peranan kedua-duanya. Firman Allah:
ٰ
ٰ
ٰ
يَا اَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنكُمْ شُعُوْبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقكُمْ.

“Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (iaitu Adam dan Hawa) dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”

(surah al-Hujurat:15)

PERANAN RAKAN DAN PERSEKITARAN

Rakan

· Rakan atau sahabat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap personaliti dan tingkah laku individu. Ini kerana remaja akan terikut-ikut dengan perlakuan rakan sebaya yang rapat dengannya. Oleh itu, dalam hal ini seseorang remaja perlu bijak memilih rakan sebaya yang boleh dipercayai dan mempunyai tingkah laku yang positif agar mereka terhindar daripada gejala yang tidak bermoral. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia, yang boleh memberi manfaat kepada manusia.”

· Remaja biasanya lebih banyak meluangkan masa bersama-sama rakan-rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka sendiri. Di samping itu, rakan sebaya juga merupakan tempat di mana remaja selalu menceritakan masalah serta mendapat sokongan sosial dan keselamatan.


· Rakan sebaya dapat mempengaruhi seseorang secara positif dengan memberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat kumpulan rakan sebaya ke atas remaja boleh digunakan secara konstuktif untuk membentuk tingkah laku positif. Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah: 119 yang bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama-sama orang yang jujur dan setia.”


Keluarga

· Menyediakan semua keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan mengikut kemampuan masing-masing.
· Memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah agar terbentuk sebuah keluarga yang saleh dan bahagia.
· Menjaga tingkah laku dan perbuatan ahli keluarga supaya tidak melakukan perkara yang ditegah oleh syarak dan tidak bermoral.
· Memastikan semua ahli keluarga mengamalkan akhlak-akhlak mulia berpandukan ajaran Islam dengan masyarakat sekeliling.
· Memastikan semua ahli keluarga mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t dengan sempurna seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah at-Tahrim: 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka ...



Masyarakat

· Memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat agar wujud sebuah masyarakat yang aman damai.
· Mencegah perbuatan-perbuatan yang mungkar dan tidak baik daripada berlaku dalam masyarakat.
· Menyeru dan menyuruh anggota masyarakat melakukan perkara-perkara kebajikan dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.





KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan hubungan sosial dalam pemilihan rakan-rakan dan persekitaran serta peranannya menjadikan seseorang itu dapat mempertingkatkan lagi keimanan kepada Allah s.w.t. serta dapat mengukuhkan akhlak seseorang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah : 2 yang bermaksud, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya.”






































AKTIVITI 5D




Pilih jawapan yang betul.

5.11 Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi akhlak mahmudah seseorang ialah
A. Ujub ketika melakukan ibadah
B. Memberi jawapan kepada rakan ketika peperiksaan.
C. Bersedekah di hadapan rakan-rakan sahaja.
D. Berzikir di dalam hati semasa di dalam kesusahan.


5.12 Pilih kenyataan yang SESUAI tentang solat Tahajjud
A. dilakukan ketika matahari naik
B. dilakukan untuk menguatkan jiwa, emosi dan mental.
C. dilakukan dalam bulan ramadan sahaja.
D. tidak boleh dilakukan secara berjemaah


5.13 Masyarakat yang harmoni ialah:
A. Masyarakat yang tidak mengambil tahu urusan orang lain.
B. Masyarakat yang menganjurkan pesta-pesta yang tidak bermoral.
C. Masyarakat yang mementingkan material.
D. Masyarakat yang amar makruf nahi mungkar.


5.14 Nyatakan dua hikmah zikir.

i. .............................................................................................................

ii. ..............................................................................................................








MAKLUMBALAS AKTIVITI 5D










JAWAPAN

5.11 D

5.12 B

5.13 D

5.14 Dua hikmah zikir ialah :
· Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankanstatus kesucian dirinya.
· Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
· Dapat mententeramkan jiwa.
· Mendapat keampunan (maghfirah).



















FAKTA KUNCI











FAKTA KUNCI

1. Akhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara langsung tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah mencipta perasaan semulajadi ini dalam diri manusia.

2. Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati. Di antara contoh-contoh akhlak mahmudah ialah takwa, sabar, berani, pemaaf, ikhlas, zuhud, dan lain-lain lagi.

3. Akhlak Mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal dan syariat Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati serta sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Contoh-contoh akhlak mazmumah ialah dengki, fitnah, hasad, bertengkar, mengumpat, bakhil, khianat, sombong, ujub, riyak dan lain-lain lagi.

4 Pelanggaran akhlak di dalam kehidupan umat Islam boleh berlaku melalui berbagai-bagai perbuatan seperti amalan rasuah, sumbang mahram, sifat malas, tidak bersungguh-sungguh dan putus asa.

a. Rasuah ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya.

b Sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu bapa dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak tiri, ataupun datuk dan cucu.
.
c. Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan kepada sifat sabar. Orang yang berputus asa ialah orang yang hilang kesabarannya dalam menghadapi cubaan dan ujian kehidupan, pudar cita-cita dan pengharapan pada rahmat Allah swt.dan tiada lagi daya dan keinginan untuk terus berusaha dan berjuang.

e. Sifat malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah dan semangat untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja. Ia hampir sama dengan keadaan lemah jiwa dan merupakan sumber kegagalan dan kemunduran.

5. Pengukuhan dan pemantapan akhlak seseorang muslim boleh dicapai sekiranya seseorang itu memiliki keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardu kifayah serta akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal saleh. Di antara perkara atau perbuatan yang beleh mengukuhkan akhlak seseorang ialah:
a. Melakukan solat sama ada solat fardu ataupun solat-solat sunat. Solat menberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawal daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat

b. Berpuasa sama ada puasa yang difardukan ataupun puasa sunat. Berpuasa akan melahirkan insan yang bersifat sabar, amanah dan ikhlas, dapat mengawal seseorang melakukan perkara-perkara keji, meredakan nafsu syahwat, menginsafi kesusahan fakir miskin dan lain-lain lagi.

c. Melakukan amalan-amalan sunat kerana ia akan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah swt. dan hubungan manusia dengan manusia seperti solat sunat tahajjud, solat sunat awwabin, puasa sunat pada hari-hari yang tertentu, berzikir, membaca al quran, bersedekah, membantu orang yang memerlukan, dan lain-lain lagi.

d. Melalui pemilihan rakan-rakan dan persekitaran. Rakan atau sahabat yang baik serta persekitaran yang baik dapat mewujudkan individu yang baik seterusnya melahirkan masyarakat yang beriman dan bertakwa serta berakhlak mulia.













PENILAIAN KENDIRI unit 5









1. Nyatakan empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi
melahirkan akhlak terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________


2. Hasad adalah salah satu sifat mazmumah. Terangkan dua contoh hasad yang
diharuskan dalam Islam.

______________________________________________________________

______________________________________________________________


3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud’ “Pemberi dan penerima rasuah
berada di dalam neraka.” Huraikan hadis tersebut mengikut pandangan anda.



4. Ibadat solat dan puasa sangat memberi kesan dalam membentuk dan
mengukuhkan peribadi muslim. Jelaskan kesan ibadat-ibadat tersebut dalam
membentuk akhlak mulia.









PENILAIAN KENDIRI






1. Empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi melahirkan akhlak
terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali ialah:

a. Hikmah ( Kebijaksanaan)
Iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan pertimbangan baik.

b. Adil –
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan dan nafsunya
mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan
syariat.

c. Syajaah –
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mengawal perasaan marah atau mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani, bermujahadah dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan tetap pendirian.

d. Iffah –
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf ,menolong, peramah dan kurang mengharap dari orang lain.


2. Dua contoh hasad yang diharuskan dalam Islam ialah:

i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad seperti ini, seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya bahawa kalau dia kaya seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat demikian.
ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti ini dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam menuntut ilmu pengetahuan.



3. Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah. Membenteras gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya mencemarkan Islam. Mereka bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara umumnya malah dengan rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela.


4. Kesan ibadat solat dan puasa dalam membentuk akhlak mulia ialah:

· Ibadat solat dan puasa dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang fasad dan mungkar.
· Kedua ibadat tersebut dapat melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t.
· Ianya juga dapat memberi ketenangan jiwa.
· Dapat melahirkan manusia yang sabar.

Unit 4 -Ibadah-ibadah khusus




UNIT
4
OBJEKTIF

















OBJEKTIF AM



1. Mengetahui dan memahami konsep toharah dan cara bersuci.
2. Mengetahui dan mengenalpasti jenis najis dan cara menyucikannya.
3. Mengetahui dan mengenalpasti jenis hadas dan cara menyucinya.
4. Mengetahui cara menyamak kulit binatang
5. Mengetahui bacaan dalam solat dan cara-cara menunaikan solat
dengan betul.
6. Mengetahui dan memahami ajaran dan amalan sesat.



OBJEKTIF KHUSUS


Di akhir unit ini anda akan sepatutnya dapat:

1. menerangkan konsep toharah .
2. menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucinya.
3 menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucinya.
4. menyatakan cara menyamak kulit binatang.
5. Mempraktikkan amali solat, wirid dan doa dengan betul.
6. Mengenalpasti amalan dan ciri-ciri ajaran sesat.

INPUT 4A





4.1 TOHARAH
4.1.0 PENGENALAN.

Toharah atau bersuci merupakan perkara yang sangat penting dalam agama dan merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia dalam mendekatkan diri dengan Tuhan .
Solat tidak sah bila tanpa toharah , hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw. yang bermaksud:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ بِغَيْرِ طُهُوْرٍ

“ Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci “
( H . R Muslim )

4.1.1 KONSEP TOHARAH.

Toharah menurut bahasa ertinya “ bersih “ dan menurut syarak bererti membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran, hadas dan najis.
Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhuk’ atau tayammum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, pakaian dan tempat. Cara menghilangkannya hendaklah dengan air suci dan menyucikan .


4.1.2 PEMBAHAGIAN TAHARAH.

Untuk menjelaskan tentang pembahagian taharah, perlu dijelaskan terlebih dahulu tentang air yang merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga istinjak.



Air.
Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:

a. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun.
b. Air yang terbit dari bumi seperti air laut, air sungai dan air mata air. Air ini kekal dalam kajadiannya yang asal.

Air terbahagi empat:

a. Air Mutlak
Ialah air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak
makruh penggunaannya, iaitu air tanpa qaid lazim. Air qaid tidak lazim seperti air telaga dan air sungai, ianya suci pada dirinya dan menyucikan yang lain.

b. Air Musyammas
Ialah air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh penggunaannya pada badan, iaitu air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat. Ia makruh digunakan pada tubuh kerana ditakuti mendatangklan penyakit sopak. Air yang tersangat panas atau tersangat sejuk juga makruh penggunaannya.

c Air Mustakmal
ialah air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain, iaitu:
air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak bertambah jumlahnya setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh. Air yang berubah salah satu dari tiga sifat kerana bercampur dengan benda yang suci, jika banyak berubahnya dan tidak dapat dinamakan air mutlaq lagi.

d. Air Mutannajis
ialah air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau tidak, dengan syarat najis tersebut menajiskan air. Air ini tidak suci pada dirinya dan tidak menyucikan yang lain. Begitu juga air dua kolah atau lebih yang berubah disebabkan oleh najis adalah najis.









Sukatan air dua kolah:

Jika mengikut timbangan 500 Ritl Baghdad atau,
Bagi tempat empat persegi, ukurannya 11/4 hasta panjang, lebar dan dalam atau,
Bagi tempat yang bulat, luas mukanya satu hasta dan 21/2 hasta dalam (Apabila luas mukanya satu hasta, maka lilitan bulatnya ialah 31/2 hasta) atau,
Bagi tempat 3 persegi, ukurannya 11/2 hasta lebar dan panjang dan dalamnya dua hasta.














Bahagian Taharah (Bersuci)

Bersuci terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Taharah Hissiyyah – iaitu menyucikan kekotoran dan najis dengan menggunakan air dan menyucikan diri daripada hadas dengan berwuduk, mandi, bertayammum dan sebagainya.

Hadas pula terbahagi kepada dua iaitu hadas kecil dan hadas besar.

§ Hadas kecil ialah hadas yang sedikit larangannya seperti kencing dan untuk menyucikan diri dari hadas kecil maka seseorang itu hendaklah berwuduk.
§ Hadas besar pula ialah hadas yang banyak larangan kerananya seperti keluar mani, haid dan lain-lain lagi. Untuk menyucikan hadas besar, seseorang itu wajib mandi wajib ataupun bertayammum.

(b) Taharah Maknawiyah – iaitu menyucikan diri daripada dosa, maksiat, kufur dan syirik dengan cara bertaubat kepada Allah s.w.t.


4.1.3 KEPENTINGAN TAHARAH (BERSUCI)
Bersuci itu selain merupakan syarat sah solat, ia juga mengandungi beberapa hikmat penting di antaranya:

§ Dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.
§ Segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t
§ Dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan pada anggota badan.
§ Dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit.
§ Dapat memberi keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan
§ Masyarakat dapat hidup dalam keadaan bersih daripada perkara keji dan mungkar.


4.1.4 ALAT-ALAT TAHARAH (BERSUCI)

i. Air mutlak – iaitu alat yang terpenting untuk kegunaan menyuci najis,
mengangkat hadas dan lain-lain lagi.

ii. Debu-debu tanah yang bersih - iaitu untuk kegunaan tayammum
ketika ketiadaan air atau tidak dapat menggunakan air kerana sakit
dan sebagainya.

iii. Benda-benda kesat - seperti kayu, batu dan sebagainya iaitu untuk
menyucikan tempat-tempat keluar najis dari saluran najis bahagian
hadapan dan belakang (beristinjak).

iv. Bahan-bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas, kapur dan
seumpamanya. Bahan ini digunakan untuk menyucikan kulit-kulit
binatang yang selain daripada babi dan anjing (samak).


4.1.5 Cara-Cara Menyuci Hadas Dan Najis

A. Pengertian Najis

Dari segi bahasa ialah sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
Dari segi istilah najis bermaksud semua jenis kotoran yang menghalang sah solat apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat. Najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

i. Najis Mukhaffafah.
· Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya.
· Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian direnjiskan air pada benda yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya walaupun tidak mengalir.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan memercikkan air kepadanya.”
( H.R Abu Daud dan Nasa’i )
ii. Najis Mutawassitah (pertengahan)
· Iaitu najis yang selain najis mughallazah dan najis mukhaffafah.
· Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan ainnya lebih dahulu, hingga hilang rasa, bau dan warnanya, kemudian menyiramnya dengan air sampai bersih. Jika najis hukmiyah (tidak ada ainnya) seperti bekas kencing, arak yang sudah kering, maka cara mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pada tempat yang kena najis itu.


iii. Najis Mughalladzah.

· Iaitu najis yang berat : yakni najis dari babi dan anjing.
· Cara menyucinya ialah lebih dahulu dihilangkan ain najis itu, kemudian baru dibasuh dengan air sampai tujuh kali termasuk satu daripadanya dengan air yang bercampur tanah.

Cara ini dilakukan berdasarkan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Sucinya tempat (perkakas) mu apabila dijilat anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali. Permulaanya atau penghabisannya di antara cucian itu dicuci dengan air yang bercampur dengan tanah.
(At-Tirmizi )

Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai dilalukan sebanyak 7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.


B. Istinjak
· Ialah membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak ataupun benda-benda yang kesat. Hukum beristinjak adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada qubul atau dubur seperti kencing, tahi dan sebagainya walaupun jarang berlaku seperti darah, wadi dan seumpamanya.

· Alat istinjak ialah air atau batu atau sesuatu yang keras, kesat lagi suci dan dapat menghilangkan najis, dengan syarat ianya bukan bahan yang dihormati. Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinja’ melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.




Benda-benda yang tidak boleh dijadikan alat istinjak:
· Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
· Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
· Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak.
· Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi ianya tidak hangus).
· Sesuatu yang menjadi makanan jin, seperti tulang walaupun telah dibakar hangus, kerana ia masih dianggap makanan jin.

Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinjak melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.


C. Hadas.

Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan mestilah dihilangkannya dengan bersuci. Hadas terbahagi kepada dua:

i. Hadas besar : iaitu hadas yang banyak larangan-larangan kerananya. Ia
wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.

ii. Hadas kecil : iaitu hadas yang dihilangkan dengan wuduk atau tayammum.


D. Mandi wajib

Ialah meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan hadas besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya. Firman Allah:



“Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka hendaklah kamu sucikan (mandi wajib)”
( Surah Al-Maidah : 6 )





Sebab-Sebab Yang Mewajibkan Mandi.

· Hubungan kelamin (persetubuhan).
· Keluar Mani.
· Mati.
· Haid iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa hari pada tiap-tiap bulan.
· Melahirkan anak.
· Nifas yakni darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.

Fardu / rukun mandi.

Rukun mandi tiga perkara:

· Niat.
Orang yang dalam keadaan berjunub itu hendaklah berniat mengangkat janabah atau mengangkat hadas besar atau mengharuskan fardu sembahyang atau fardu mandi atau menunaikan fardu mandi atau mandi yang difardukan atau mandi wajib.

· Menghilangkan najis.
Iaitu menghilangkan najis yang terdapat pada badan.
· Meratakan air keseluruh rambut/bulu-bulu dan kulit.
Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda,maksudnya “Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat, kerananya cucilah rambut itu dan bersihkanlah kulit “
( H.R Abu Dawud dan Tarmidzi dan dilemahkannya)

E. Wudhuk.

Wudhuk menurut bahasa bererti bersih dan indah. Menurut syarak bererti membersihkan anggota-anggota wudhuk untuk menghilangkan hadas kecil. Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya solat yang dikerjakan sebelum seseorang mengerjakan solat. Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman Allah SWT :








Syarat-Syarat Sah Wudhuk.

· Islam : Orang yang tidak beragama Islam tidak sah mengerjakan wuduk.
· Mumayyiz : Ertinya orang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk dari pekerjaan yang dilakukan.
· Menggunakan air yang suci menyucikan untuk mengangkat hadas.
· Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya air wuduk pada anggota wuduk.
· Tidak ada sesuatu pada anggota wuduk’ yang dapat merubah air yang digunakan untuk berwuduk.


Fardhu Wudhuk.

· Niat Wudhuk: Hendaknya berniat menghilangkan hadas kecil, dan cara melakukannya tepat pada waktu membasuh muka .
· Membasuh muka : Yakni mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan hujung dagu sampai antara kedua telinga.
· Membasuh kedua belah tangan sampai siku.
· Menyapu sebahagian dari kepala rambut.
· Membasuh dua belah kaki sampai kedua mata kaki.
· Tertib iaitu menurut susunan.

Sunat-Sunat Wudhuk.

· Membaca basmallah sebelum melakukan wuduk.
· Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
· Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung.
· Membasuh seluruh kepala.
· Mengusap kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam.
· Mendahulukan anggota wuduk yang kanan dari yang kiri.
· Menyela-nyela jari tangan dan kaki.
· Meniga kalikan pada tiap-tiap membasuh anggota wuduk.
· Berurutan : Tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota yang satu dengan yang lain
· Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wuduk
· Bersiwak
· Menghadap kiblat
· Membaca doa setelah selesai mengambil wuduk.






Perkara Yang Membatalkan Wudhuk.

· Keluar sesuatu dari qubul dan dubur meskipun hanya angin .
· Hilang akal kerana gila, pengsan , mabuk atau tidur nyenyak.
· Bersentuh kulit antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya
· Bersentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau jari yang tidak memakai tutup.



































AKTIVITI 4A







4.1 Air terbahagi kepada empat bahagian. Senaraikan empat bahagian air tersebut serta berikan contoh.

Bil
Jenis Air
Contoh
1.


2.


3.


4




4.2 Terdapat alat-alat yang khusus sahaja yang boleh digunakan untuk beristinja’. Nyatakan EMPAT peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinja’.

4.3 Beristinja’ boleh dilakukan dengan TIGA cara. Antaranya ialah dengan menggunakan batu atau benda-benda kesat. Berikut ialah syarat-syarat yang perlu diikuti sekiranya ingin beristinja’ dengan batu atau benda-benda kesat. Pilih syarat-syarat yang betul.
i. Memadai dengan satu kali sapuan.
ii. Najis yang akan dibersihkan sudah kering.
iii. Najis itu tidak berpindah tempat keluarnya.
iv. Najis itu belum bercampur dengan benda lain.
v. Batu atau benda itu tidak bernilai atau dihormati.

A. i, ii dan iii.
B. ii, iii dan iv.
C. iii, iv dan v.
D. ii,iii dan v.

4.4 Ketika Ahmad ingin berwuduk menggunakan air yang ditadah di dalam sebuah bekas yang berukuran lebih kurang dua hasta panjang, lebar dan tinggi, dia ternampak bangkai belalang di dasar bekas tersebut. Bolehkah Ahmad berwuduk dengan menggunakan air tersebut.

A. Tidak boleh, kerana air tersebut telah bercampur dengan najis.
B. Tidak boleh, kerana syarat sah wuduk ialah menggunakan air mutlak.
C. Boleh, kerana air tersebut bukan termasuk dalam kategori air mutannajis.
D. Boleh, kerana air tersebut melebihi had yang ditetapkan dan sifatnya tidak berubah.


MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A









JAWAPAN

4.1 Pembahagian air dan contoh :
Air terbahagi empat:

c. Air Mutlak : Air hujan, air mata air dll.

d. Air Musyammas : Air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat.

e. Air Mustakmal : Air yang telah digunakan.

f. Air Mutanajjis : Air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau tidak.

4.2 Peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak

· Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
· Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
· Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak
· Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi ianya tidak hangus).

4.3 C

4.4 C






INPUT 4B









4.2 AMALI SOLAT

4.2.0 PENGENALAN
Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik amalan solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan solatnya maka buruklah seluruh amalnya yang lain”

Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

اَلْفَرْقُ بَيْنَ الْمُسْلِمِ وَالْكُفْرِ اَلْصَلاَةُ


“Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat”

Pengertian

Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

Kepentingan Solat

Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah swt. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan seseorang kepada Allah SWT.

Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci al-Quran dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala. Merekalah yang beroleh kejayaan.

Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

Firman Allah SWT :





Maksudnya :
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Al-Ankabut : 45)
Firman Allah SWT :






Maksudnya :
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Al-Ma’arij : 19-22)

Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka.








Firman Allah SWT :







Maksudnya :
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).”
(Maryam : 59)

Menurut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda solat dan berkata yang bermaksud:

“Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.”

Firman Allah SWT :






Maksudnya :
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.”
(Al-Baqarah : 153)

Kefardhuan Solat.

Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Hingga kanak-kanak diwajibkan ke atas tiap-tiap penjaganya menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan mewajibkan penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau malas setelah berusia sepuluh tahun.

Perintah solat diturunkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Ia adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Ta’ala di mana perintah itu disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus dengan RasulNya pada malam Mi’raj.

Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat di dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.

Syarat-Syarat Wajib Solat:

i. Islam.
ii. Baligh.
iii. Berakal.
iv. Suci dari haid dan nifas.
v. Sejahtera pancaindera.
Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli sekali pun tidak bisu jika berlaku kedua-duanya sebelum tamyiz.
vi. Sampai seru.
Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam seperti ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada perhubungan langsung.

Syarat-Syarat Sah Solat.
i. Suci dari hadas dan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan dan pada tempat sembahyang.
ii. Menutup aurat.
iii. Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan yang sunat. Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya fardu dan setengahnya sunat dan tidak membezakannya dan dia merupakan orang awam, selagi tidak diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat; sahlah sembahyangnya.
iv. Menunaikan sembahyang ditempat yang suci walaupun secara zan dan jangan bersentuh sebahagian badan atau pakaian dengan najis ketika qiyam atau duduk atau rukuk atau sujud.
v. Mengetahui masuk waktu atau pun zan masuk waktu dengan secara ijtihad seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.
vi. Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.


Rukun-Rukun Solat.
Rukun-rukun solat ialah ada tiga belas iaitu:
i. Niat.
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Takbiratul Ihram.
iv. Membaca Al-Fatihah.
v. Rukuk serta tumakninah.
vi. Iktidal serta tumakninah.
vii. Sujud serta tumakninah.
viii. Duduk antara dua sujud serta tumakninah.
ix. Tasyahhud akhir.
x. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir.
xi. Duduk untuk bertasyahhud, salawat dan salam.
xii. Memberi salam yang pertama.
xiii. Tertib.

Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna maka tidak sah solat

4.2.1 SOLAT BERJEMAAH.
Solat Jemaah ialah solat yang dilakukan secara berama-ramai, sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang mukmin. Hukum solat secara berjamaah selain dari fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang cukup syarat-syaratnya.

Berjamaah di masjid bagi lelaki adalah lebih afdal. Kelebihan solat berjamaah dikira berhasil apabila terdapat seorang imam dan seorang makmum yang sempat bersama-sama imam sebelum imam memberi salam yang pertama walaupun makmum tidak sempat duduk bersama imam.

Kelayakan Imam.
· Hamba layak menjadi imam bagi makmum yang merdeka.
· Kanak-kanak yang mumayyiz layak menjadi imam kepada makmum yang baligh. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah menjadi imam.
· Lelaki layak menjadi imam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.
· Perempuan layak menjadi imam kepada perempuan sahaja.
· Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada lelaki.
· Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada khunsa.
· Orang yang ummi (tidak pandai membaca) tidak layak menjadi imam kepada qari (yang elok membaca surah al-Fatihah).
· Kanak-kanak tidak mumayyiz tidak layak jadi imam.

Syarat-Syarat Mengikut Imam.
· Hendaklah bersamaan perbuatan sembahyang makmum dengan imam. Berlainan niat makmum dengan niat imam tidak menjejaskan ikutan.
· Makmum wajib mengikut imam, tidak mendahului imam dalam rukun fe’li.
· Makmum dapat mengetahui pergerakan imam.
· Makmum berjamaah atau berhimpun bersama imam di suatu tempat.
· Makmum tidak boleh menyalahi imamnya semasa berjamaah pada melakukan perkara sunat yang dianggap keji.
· Kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan dari imam.
· Niat mengikut imam.
· Sah sembahyang imam pada iktikad makmum. Tidak sah sembahyang makmum yang mengiktikadkan sembahyang imamnya batal.
· Hendaklah sembahyang imam itu tidak perlu diulangi semula. Tidak sah mengikut imam yang wajib mengulangi sembahyangnya seperti imam sembahyang dengan tayammum kerana sejuk.
· Tidak berimamkan orang yang sedang menjadi makmum kepada imam yang lain.

4.2.2 SOLAT QASAR DAN JAMAK.
Solat Qasar.

Pengertian Solat Qasar
Qasar dari segi bahasa bererti pendek atau ringkas. Dari segi istilah ialah memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.
Orang musafir yang jauh perjalanannya lagi diharuskan, dibolehkan mengqasarkan sembahyang 4 rakaat kepa 2 rakaat. Firman Allah swt.


ialah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.



“Dan apabila kamu merantau di atas muka bumi, maka tidak menjadi dosa kalau kamu memendekkan solat.” ( An-nisa’ : 101 )

Syarat Sah Solat Qasar
· Safar yang diharuskan oleh syarak kerana tujuan suci baik seperti menunaikan fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
· Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
· Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar. Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha’ semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak harus qadha’ secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
· Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
· Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu lengkap.
· Niat musafir ke tempat tertentu.
· Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
· Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
· qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.
Niat solat Qasar (Fardhu Zohor)
أُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.”

SOLAT JAMAK

Pengertian Solat Jamak
Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Hukumnya adalah harus bagi musafir yang harus menunaikan solat secara qasar. Solat yang harus dijamak ialah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak secara taqdim atau ta’khir. Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdim dan Jamak Takhir.

(a) Jamak Taqdim
ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.


Syarat Jamak Taqdim.
· Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama iaitu Zohor atau Maghrib kemudian diiringi dengan solat yang kedua iaitu Asar atau Isyak.
· Niat menghimpunkan solat itu dalam solat yang pertama.
· Berturut-turut antara keduanya.
· Hendaklah berkekalan dalam perjalanan hingga sudah takbiratul ihram
solat yang kedua.

Niat Solat Jamak Taqdim:
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.
Niatnya:

أُصَلُِى فَرْضَ الظُّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَيْهِ العَصْرُ أَدَاًء
للهِ تَعَالَى


“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesaikan dua rakaat itu, bangun untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:

أُصَلُِى فَرْضَ العَصْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”


Solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.

Niatnya:
أُصَلِّى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا اِلَيْهِ العِشَاءُ
للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isya kepadanya
tunai kerana Allah Ta’ala.”


Selesaikan solat Maghrib itu, bangun untuk solat Isya’ dua rakaat qasar dengan lafaznya:

أُصَلِّى فَرْضَ العِشَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”




(b) Jamak Takhir
Jamak Takhir ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua seperti zohor dan asar dilakukan dalam waktu asar; maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu Isyak.


Syarat Jama’ Takhir.

Selain daripada syarat-syarat yang tersebut pada Jamak Taqdim itu dikehendaki lagi:

§ Ada niat hendak Jama’ Takhir pada waktu yang pertama lagi.
§ Berkekalan dalam perjalanan hingga selesai solat yang kedua.

Niat solat Jamak Takhir.
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.

أُصَلِّى فَرْضَ الظُّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوْعًا اِلَى العَصْرِ
لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar karana Allah Ta’ala.”

Selesai sahaja solat Zohor itu, bangun segera untuk solat Asar pula dengan
lafaz niatnya:
أ‎‎ُصَلِّى فَرْضَ العَصْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْرًا لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Ta’ala.”



Niat solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Isya’:

أُصَلِّى فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ مَْجمُوْعًا اِلَى العِشَاِء لله
تَعَالَى
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’ kerana Allah Ta’ala.”

Setelah selesai solat Maghrib itu, bangunlah dengan segera untuk menunaikan solat Isya’ pula dengan lafaz niatnya:

أُصَلِّى فَرْضَ العِشَاءِ رَكَعَتَيْنِ لله تَعَالَى

“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”


4.2.3 AMALI SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTIKHARAH

SOLAT HAJAT

Pengertian Solat Hajat
Solat Hajat adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk memohon
sesuatu yang diharuskan oleh syarak kepada Allah s.w.t.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Daripada Abi Dardak bahawasanya nabi s.a.w. bersabda sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia menyempurnakan solat dua rakaat Allah mengurniakan apa sahaja yang diminta sama ada cepat atau lambat.”

Hadis ini menjelaskan bahawasanya nabi s.a.w menggalakkan umatnya melakukan solat hajat serta hajat yang harus dipohon hanya perkara yang memberi kebaikan atau untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk mengatasi sesuatu kesulitan. Oleh itu tidak harus memohon sesuatu hajat yang dilarang oleh Allah s.w.t seperti perkara maksiat atau perkara yang ditegah kita melakukannya.

Cara Melakukan Solat Hajat.

i. Cara melakukan solat hajat sama sahaja seperti melakukan solat-solat sunat yang lain. Perbezaannya hanya pada niat.
ii. Lafaz niat solat hajat ialah

أُ صَلِّى سُنَّةً الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لله تَعَالَۍ
"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah s.w.t."

iii. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihram:
§ Baca doa iftitah
§ Baca surah al-Fatihah
§ Baca surah al-Kafirun
§ Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.



iv. Pada rakaat kedua :
§ Baca al Fatihah
§ Baca surah al Ikhlas
§ Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
§ Tahiyyat akhir dan memberi salam.

v. Selepas memberi salam:
§ Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
§ Setelah itu pohonlah hajat anda terhadap Allah s.w.t. seperti memohon dikurniakan kesihatan yang baik serta memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
§ Akhirkan doa anda dengan berselawat kepada nabi s.a.w.


Kelebihan Solat Hajat
Solat hajat memberi faedah yang besar kepada kehidupan orang mukmin, di antaranya ialah:

§ Tidak berputus asa dengan takdir Allah s.w.t
§ Dimakbulkan Allah s.w.t. doa yang dipohon.
§ Dikasihi dan diredhai oleh Allah s.w.t.
§ Dapat memperteguhkan keimanan kepada Allah s.w.t
§ Memberi ketenangan jiwa kepada orang mukmin
§ Gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang baik.



SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Pengertian Solat Sunat Istikharah
Solat sunat Istikharah ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah s.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan atauhal sesuatu yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta hajatnya yang masih ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu. Ia boleh dilakukan sama ada pada siang hari atau pada malam hari.







Cara-Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

i Lafaz niat solat sunat istikharah ialah:

أُ صَلِّى سُنَّةَ الإِ سْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَاَلَى

"Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."

ii. Pada rakaat pertama:
· Baca doa iftitah
· Baca surah al-Fatihah
· Baca surah al-Kafirun
· Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

Iii. Pada rakaat kedua :
§ Baca al Fatihah
§ Baca surah al Ikhlas
§ Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
§ Tahiyyat akhir dan memberi salam.


iv. Selepas memberi salam:
§ Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
§ Bacalah doa yang tersebut:

اَللّهُمَّ إِنِّى أَ ْستَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأًَسْئَلُكَ مِنء فَضْلِكَ

العَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوْب .
ٰ
ٰاَللّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِى فِىْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَافِيَةِ
ٰ
أَمْرِىْ فَاقْدُرْهُ لِى ثُمَّ باَر ِكْ لِىْ فِيْهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هذَا شَرٌّ لِىْ فِىْ

دِيْنِيْ وَمَعاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنُيِ فَأصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيْ

الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ.





Ertinya:
"Ya Allah, aku memohon agar Engkau yang baik menurut Engkau ya Allah; dan aku memohon agar Engkau memberikan kepastian dengan ketentuanMu; dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha Agung kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa sedang hamba tidak tahu dan Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dan baik pula akibatnya bagi persoalan ini kepada hamba, maka berilah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah keberkatan bagiku di dalamnya. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagiku dan bagi agamaku dan penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan berikanlah kebaikan di mana saja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang rela atas anugerahMu ya Allah."













AKTIVITI 4B


Arahan :
Jawab semua soalan .

4.5 Berikan pengertian solat jamak dari segi bahasa dan istilah syarak.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.6 Senaraikan LIMA syarat sah solat qasar.

1.

2.

3.

4.

5



4.7 Melakukan solat dua rakaat dengan tujuan untuk mendapat petunjuk Allah bagi memilih sesuatu keputusan dinamakan ...............................
Solat Jamak Takdim.
Solat Hajat.
Solat Qasar.
Solat Istikharah

4.8 Pilih kenyataan yang tepat tentang syarat sah solat berjemaah.

i. Makmum lelaki boleh mengikut sembahyang imam wanita
ii. Makmum mesti mengikut perbuatan imam
iii. Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya.
iv. Kedudukan makmum hendaklah di hadapan imam.

i dan iii.
ii dan iii.
ii, iii dan iv.
i dan iv.





4.9 Semua kenyataan di bawah adalah BENAR, kecuali…..

Ali telah bertolak dari Ipoh ke Kota Bharu, Kelantan untuk berkursus selama 2 hari, dia boleh menjamakan solatnya.
Solat yang empat rakaat sahaja boleh diqasarkan.
Azlan telah bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan tujuan menyertai perlumbaan haram, dia boleh menjamak dan qasar solatnya.
Syarat jamak ta’khir mestilah berkekalan dalam perjalanan sehingga selesai solat yang kedua.








































MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B






9.1 Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu seperti menghimpunkan solat zohor dan asar dalam satu waktu.


9.2 Syarat sah solat qasar ialah :

§ Safar yang diharuskan oleh syara’ kerana tujuan suci baik seperti menunaikan fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
§ Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
§ Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar. Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha’ semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak harus qadha’ secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
§ Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
§ Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu lengkap.
§ Niat musafir ke tempat tertentu.
§ Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
§ Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.


9.3 D.

9.4 B.

9.5 C.












INPUT 4C






4.3 WIRID DAN DOA

4.3.0 PENGENALAN

Wirid dan doa merupakan salah satu cara untuk mendapatkan perhatian khusus dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. Berwirid dan berzikir boleh dilakukan untuk dengan cara mengingat Allah s.w.t. dalam hati ataupun menyebut nama-namaNya dengan lisan. Amalan wirid dan doa merupakan penggantungan harapan insan dalam memulai kehidupan hariannya agar dilimpahkan dengan kebaikan, pertolongan dan kemenangan. Jika dilakukan dengan hati yang bersih, maka akan melimpahlah rahmat dan pertolongan Allah swt.


4.3.1 WIRID SELEPAS SOLAT

Bacaan selepas memberi salam ke kanan:

(ramai)

(seorang)


"Ya Allah aku / kami memohon keredhaan dan syurgaMu".



Bacaan selepas memberi salam ke kiri



"Aku memohon perlindungan dari kemurkaanMu dan dari azab api neraka".


Bacaan semasa menyapu tangan ke muka






"Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhan kami, hapuskanlah daripadaku kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan )dukacita".


Bacaan semasa masih duduk dalam tahiyat akhir







(Surah al-Israk : 111)


"Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh"


Istighfar tiga kali atau lebih






"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya"




Baca:


(10 kali)
(Selain dari sembahyang Maghrib dan Subuh, 3 kali sahaja)



"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu"



Mengubah keadaan duduk dan imam berpaling menghadapi makmum di sebelah kanan serta membaca:

( 3 atau 7 kali )


"Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka"










Baca:




"Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepad Engkaulah kembalinya ssejahtera itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu yan Allah ya Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan"






Baca:

"Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam"






Baca Surah al-Fatihah:






"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan dan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat".



Baca:


"Tuhan, kamu Yuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Dia, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".






Baca Surah al Baqarah:255 ( Ayat Kursi ):


















"Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya). Yang Tidak Mengantukusahkan Tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (dapat kemuliaanNya) lagi Maha Besaar (kekuasaanNya)".















Baca Surah al-Baqarah:284


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan kepunyaan Alah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".











Baca Surah al-Baqarah: 285



"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkannya daripada TuhanNya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-MalaikatNya, kitab-kitabNya dan rsul-rasulNya, (mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi; Kami dengar dan kamu taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan KepadaMu jualah tempat kembali"



Baca Surah al-Baqarah : 286




"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maaflah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapati kemenangan terhadap kaum-kaum kafir".



Baca Surah Ali-Imran : 18


"Allah menerangkan (kepada) sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti, bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana"



Baca Surah Ali Imran : 19


"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam"















.



Baca Surah Ali Imran : 26 -27:


"Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yanag Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Engkaulah wahai Tuhan yang memasukkan malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya"














Baca Surah al-Ikhlas – 1 atau 3 kali


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Katakanlah (wahai Muhammad); Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan; dan tiada sesiapapun yang setara dengannya"



21. Baca Surah al-Falaq : 1 atau 3 kali













"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk; dari bencana makhluk-makhluk yang diciptakan dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus (pada simpulan-simpulan) dan ikatan-ikatan; dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya"



22. Baca Surah an-Nas 1 atau 3 kali


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekalian manusia; yang menguasai sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; dan dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"


23. Baca surah al Fatihah - 1 kali



24. Baca – 3 kali

"Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak menjadi mudharat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi maha Mengetahu"






25. Baca :
"Ya allah Ya Tuhanku"



26. Baca 33 kali :

"Maha Suci Allah"




27. Baca :


"Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya"


28. Baca 33 kali :
"egala kepujian untuk Allah"


29. Baca :


"Segala kepujian untuk Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam atas mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaannya"



30. Baca 33 kali

Allah Maha Besar



31. Baca :



"Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, segala puji untuk Allah sebanyak-banyaknya, maha suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dengan ketunggalannya, tiada sekutu bagiNya, untuk Allah segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang menghidupkan dan yang dmematikan dan Dialah Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, tiada daya dan tidak upaya melainkan dengan pertolongan Allah, Tuhan Maha Tinggi lagi Maha Besar"


















4.3.2 DOA SELEPAS SOLAT



















· Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat sekelian.
· Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperolehi keampunan setelah mati.
· Ya Allah, mudahkanlah kami ketika gelombang sakaratulmaut, dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.
· Ya Tuhan kami, janganlah goncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
· Ya Tuhan kami, berikan kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa api neraka.
· Allah Taala memberikan rahmatNya ke atas junjungan kita Nabi Muhamaad s.a.w dan mensejahterakannya begitu juga ke atas sahabat-sahabatnya, dan segala puji itu bagi Allah Taala sekalian alam.






AKTIVITI 4C






4.9 Anda dikehendaki memperdengarkan:

Doa Iftitah
Surah al Fatihah
Bacaan ketika rukuk, duduk antara dua sujud dan sujud.
Tahiyyat Awal dan Tahiyyat Akhir
Doa Qunut

4.10 Tunjukkan cara solat-solat yang berikut:

Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Istikharah
Solat Zohor qasar
Solat Jamak Takdim Maggrib dan Isyak
Solat Jaak Takhir dan qasar serentak Asar dan Zohor.























MAKLUMBALAS AKTIVITI 4C











4.9 Pelajar-pelajar memperdengarkan bacaan yang berkenaan.

4.10 Pelajar-pelajar menunjukkan cara solat-solat yang berkenaan.






























INPUT 1D





4.4 AMALAN DAN AJARAN SESAT

4.4.0 PENGENALAN

Ajaran sesat adalah suatu amalan atau fahaman yang tidak menepati ajaran Islam yang hakiki. Ajaran sesat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan dan membawa kepada perpecahan umat Islam.


4.4.1 TAKRIF AJARAN DAN AMALAN SESAT

Ajaran dan amalan sesat bermaksud segala ajaran dan amalan yang dibawa oleh orang Islan atau bukan orang Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut adalah ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya amalan atau ajaran tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Ajaran sesat adalah suatu amalan atau fahaman yanga tidak menepati ajaran Islam yang hakiki. Ajaran sesat menimbulkan kekeliruan umat Islam dalam kehidupan beragama.


KEMUNCULAN AMALAN DAN AJARAN SESAT

· Kemunculan ajaran sesat berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan lama yang mengandungi unsur animisme dan dinamisme.

· Melalui campuran doktrin-doktrin Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme dan lain-lain lagi.

· Wujudnya unsur-unsur kebatinan dalam pembersihan rohani seperti dalam ilmu persilatan yang boleh menyebabkan munculnya ajaran sesat ini.




SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA AMALAN DAN AJARAN SESAT

· Wujudnya individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan mengajar ajaran sesat untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan sebagainya.

· Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran perpaduan umat Islam. Mereka telah bertindak memesongkan kefahaman masyarakat Islam.

· Wujudnya golongan manusia yang hanya bertujuan untuk mengejar hari akhirat semata-mata. Mereka ini mereka-reka kaedah wirid dan amalan untuk tujuan tersebut.



FAKTOR TERSEBARNYA AJARAN SESAT

§ Tersebarnya secara meluas buku-buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau melalui guru-guru ajaran sesat tersebut.

§ Terdapat ramai individu yang cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata kerana mempunyai kepentingan diri.

§ Kelemahan dari aspek undang-undang Negara yang mempunyai peruntukan untuk pengamal ajaran sesat terlalu ringan berbanding dengan kemudaratan ajaran tersebut.



4.4.2 CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN SESAT

· Sesorang yang mengaku atau mendakwa dirinya atau gurunya sebagai nabi atau rasul atau percaya ada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w. serta wahyu masih lagi turun.

· Seseorang yang mengaku sebagai Imam Mahadi. Sejarah pernah membuktikan hampir setiap zaman atau dekad, terdapat orang yang mengakui dirinya menjadi Imam Mahadi. Mereka itu sama ada dari Pakistan, India, Arab atau di Nusantara semuanya adalah sama sahaja.

· Seseorang yang mendakwa roh orang mati menjelma di dalam badannya.

· Sesuatu kumpulan yang mendakwa kunci syurga terletak di tangan guru mereka dan guru mereka sahajalah yang boleh menentukan siapa boleh masuk ke syurga atau neraka, serta boleh pula menjamin seseorang untuk diampunkan dan kemudian masuk ke syurga.



4.4.3 CONTOH-CONTOH AJARAN DAN AMALAN SESAT

AJARAN QADIANI

Ajaran Qadiani diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani dari India tahun 1889. Ajaran tersebut tersebar ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang. Ajaran ini mula bertapak di Malaysia pada awal 1930 an oleh Maulana Husin Iyaz walaupun ditentang oleh ulama-ulama Islam.

Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah menggunakannya agama Islam untuk menyampaikan ajarannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Mirza Ghulam Ahmad mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi pada tahun 1891. Sementara pada tahun 1901 pula beliau mendakwa menjadi nabi dan pada tahun 1904 pula mendakwa dirinya sebagai jelmaan Krishna bagi orang-orang Hindu.

Qadiani juga turut mengubah ayat-ayat al Quran menurut kefahaman mereka umtuk menarik pengikut-pengikutnya.


AJARAN BAHAI

Ajaran Bahai diasaskan oleh Mirza Husain Ali bin Mirza Abbas Buruzq al Muzandarani al-Nuri. Beliau telah menghasilkan satu kitab suci bagi agamanya yang dikenali sebagai al Bayan dan mendakwa dirinya sebagai ’Baha’ullah’ yang bermakna tuhan wujud dalam dirinya dan dalam alam ini. Beliau juga mendakwa dirinya paling sempurna dan dirinya sebagai tuhan yang mesti disembah. Ajaran ini akhirnya dikenali sebagai ajaran Bahai.

Sembahyang dalam ajaran Bahai mempunyai sembilan rakaat dan perlu dilaksanakan tiga kali sehari. Ibadat puasa hanya dilakukan sebanyak sembilan belas hari dalam setahun dan kekecualian diberikan kepada orang sakit, musafir, permpuan mengandung dan wanita menyusukan anak. Dalam pelaksanaan ibadat haji pula hanya diwajibkan ke atas kaum lelaki. Semasa beliau masih hidup, pekerjaan haji dilakukan dengan menziarahi rumahnya sahaja dan selepas kematiannya berpindah pula ke kuburnya di Carmel, Israil.


AJARAN TASLIM

Ajaran Taslim merupakan ajaran sesat yang tertua di Malaysia yang dibawa oleh Haji Muhammad bin Shafie atau Mohammad Matahari pada tahun 1870 an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini kemudiannya berkembang ke Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain..




KESIMPULAN

Langkah terbaik supaya tidak terjebak ke dalam ajaran sesat ialah dengan belajar dan mempelajari landasan agama Islam dengan kukuh. Sebarang keraguan dapat di atasi dengan ilmu dan iman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Bertanyalah kepada ahli-ahli zikir (orang alim) sekiranya kamu tidak mengetahui”. (An-Nahl)
































AKTIVITI 4D











Jawab semua soalan berikut.



4.11 Terangkan maksud ajaran sesat.

...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................




4.12 Nyatakan dua kesan penyebaran ajaran sesat terhadap masyarakat Islam hari ini.

i. .......................................................................................................................
ii. .......................................................................................................................





















MAKLUMBALAS AKTIVITI 4D












JAWAPAN



4.11 Maksud ajaran sesat ialah ajaran dan amalan yang dibawa oleh orang Islan atau bukan orang Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut adalah ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya amalan atau ajaran tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.




4.12 Kesan penyebaran ajaran sesat di kalangan asyarakat Islam ialah

i. Masyarakat Islam akan berpecah-belah dan akan menimbulkan kekeliruan sesama mereka.

ii. Maruah ajaran Islam akan tercemar di kalangan orang bukan Islam.


















FAKTA KUNCI


1. TOHARAH atau BERSUCI
· Dari segi bahasa - Membersihkan diri daripada segala kekotoran dan hadas.
· Dari segi istilah - Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran, hadas dan najis.
· Toharah terbahagi kepada dua bahagian: Toharah Hissiyah dan Toharah Maknawiyah.

2. ALAT-ALAT yang boleh digunakan untuk bersuci ialah:
· Air mutlak
· Debu (tanah) yang bersih
· Bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas.

3. NAJIS
· Dari segi bahasa - sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
· Dari segi istilah najis bermaksud – semua jenis kotoran yang menghalang sah solat apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat.

· Najis terbahagi kepada tiga bahagian :
i. Najis Mukhaffafah (Najis Ringan)
ii. Najis Mutawassitah (Najis Pertengahan)
Ia terbahagi kepada dua iaitu Najis Hukmi dan Najis Aini
iii. Najis Mughallazah (Najis Berat)

4. SOLAT
· Dari segi bahasa ialah doa.
· Dari segi istilah solat bermaksud ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

5. SOLAT QASAR
· Qasar bererti pendek atau ringkas.
· Solat Qasar bermaksud memEndekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.






6. SOLAT JAMAK
· Jamak bererti himpun.
· Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu ke dalam satu waktu.
· Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu: Jamak Takdim dan Jamak Takhir.

i. JAMAK TAKDIM
Ialah melakukan dua solat dalam waktu pertama.
Contoh: - Solat Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Zohor;
- Solat Maghrib dan Isyak dilakukan dalam waktu Maghrib.

ii. JAMAK TAKHIR
Ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua.
Contoh - Solat Zohor dan Aar dilakukan dalam waktu Asar;
- Solat Maghb dan Isyak dilakukan dalam waktu Isyak.


7. SOLAT HAJAT
Ialah melakukan solat sunat dua rakaat untuk memohon sesuatu hajat yang diharuskan syarak kepada Allah s.w.t.

8. SOLAT ISTIKHARAH
Ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah s.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan atau hal sesuatu yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta hajatnya yang masih ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu.













































































































PENILAIAN KENDIRI unit 4












1. Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat banyak kegunaanya kepada manusia. Dilihat dari segi hukum ia terbahagi kepada beberapa jenis, salah satu darinya ialah air yang suci tetapi tidak dapat digunakan untuk bersuci.
Manakah antara air-air berikut termasuk dalam kategori ini ?

i. Air Salji.
ii. Air Kelapa.
iii. Air Must’mal.
iv. Air Musyammas.

A. i dan ii.
B. ii dan iii.
C. iii dan iv.
D. ii dan iv.

2. Najis terbahagi kepada tiga jenis, yang perlu dibersihkan dengan cara yang berlainan. Pilih padanan yang betul.



Najis
Jenis
Cara menyucikannya
A
Air kencing
Mukhafafah
Percikkan air
B
Air liur anjing
Mughalazah
Basuh dengan 7 kali basuhan
C
Arak yang sudah kering
Mughalazah
Basuh dengan satu kali air tanah dan enam kali air mutlak
D
Muntah
Mutawasittah
Hilangkan zatnya kemudian siram dengan air bersih









3. Terangkan perbezaan di antara solat Jamak Takdim dan Solat Jamak Takhir.



Solat Jamak Takdim
Solat Jamak Takhir











4. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya amalan dan ajaran sesat. Nyatakan faktor-faktor tersebut.


5. Sebutkan ciri-ciri ajaran dan amalan sesat




























PENILAIAN KENDIRI














1. B.

2. B

3. Perbezaan antara solat Jamak Takdim dan solat Jamak Takkhi ialah:


Solat Jamak Takdim
Solat Jamak Takhir

§ Ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor


§ Ialah menghimpunkan dua solat dalam solat yang kedua seperti menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.


4. Faktor Tersebarnya Ajaran Sesat

§ Tersebarnya secara meluas buku-buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau
melalui guru-guru ajaran sesat tersebut.

§ Terdapat ramai individu yang cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang
arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata kerana
mempunyai kepentingan diri.

§ Kelemahan dari aspek undang-undang negara yang mempunyai peruntukan untuk pengamal ajaran sesat terlalu ringan berbanding dengan kemudaratan ajaran tersebut.






5. Ciri-ciri ajaran sesat ialah :


· Seseorang yang mengaku atau mendakwa dirinya atau gurunya sebagai nabi atau rasul atau percaya ada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w. serta wahyu masih lagi turun.

· Seseorang yang mengaku sebagai Imam Mahadi. Sejarah pernah membuktikan hampir setiap zaman atau dekad, terdapat orang yang mengakui dirinya menjadi Imam Mahadi. Mereka itu sama ada dari Pakistan, India, Arab atau di Nusantara semuanya adalah sama sahaja.

· Seseorang yang mendakwa roh orang mati menjelma di dalam badannya.

· Sesuatu kumpulan yang mendakwa kunci syurga terletak di tangan guru mereka dan guru mereka sahajalah yang boleh menentukan siapa boleh masuk ke syurga atau neraka, serta boleh pula menjamin seseorang untuk diampunkan dan kemudian masuk ke syurga.